Wednesday, May 30, 2012

Happy Birthday Adik

Puteriku Hani Wajihah,

Maafkan ayah kerana tidak seperti biasanya menyambut ketibaan tanggal 30 Mei. Ayah tidak lupa akan tarikh ini tetapi di fikiran ayah sebenarnya sedang menimbang-nimbang diantara dua cetusan rasa, tambahan begitu sukar untuk melupakan Arwah Tok Bah Mu. Ayah harap Adik faham & sedia memaafkan ayah.

Sesuatu yang sentiasa Ayah  doakan ialah agar Adik mendapat Petunjuk & Hidayah daripada Allah SWT , dikurniakan kesihatan yang baik, akal fikiran yang cemerlang serta kejayaan dalam pelajaran seterusnya jadi muslimah solehah.

Andainya tiada lafaz kata2 yang keluar dari mulut ayah, namun sebenarnya di hati ini,ayah sentiasa menyayangi dan akan tetap mendoakan kejayaan Adik.

Sedar tidak sedar,anak-anak ayah sudah meningkat  remaja dan akan berhadapan dengan pelbagai cubaan dan dugaan alam remaja. pesanan Ayah " Jadilah Profesional Muslim Sejati,Yang Bukan sahaja Mengaku adanya Tuhan (ALLAH) tetapi sentiasa Merasai adanya Allah di dalam diri kita", Insyaallah ,Bila kita jaga hak2 Allah, Allah akan lebih menjaga hak-hak kita.





"Selamat Hari Lahir, Semuga Allah Merahmati UsiaMu.
Khas Buat Puteriku Hani Wajihah"

 Ampun Maaf.

-hanifms-

Tuesday, May 29, 2012

DARINYA DIA DATANG,KEPADANYA JUA DIA KEMBALI...



 ALFATIHAH…..Innalillahi wainnailaihi rojiun”


ISNIN,Tanggal 28-Mei-2012, 7.52 malam, 
Aku kehilangan seorang “teman istimewa” yang sentiasa menjadi sebahagian dari hidupku.
Seorang Lelaki yang hidupnya bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk Ibuku, Anak-anaknya, Saudara Maranya dan untuk Masyarakat.

Seorang Teman yang menjadi Pemimpin dan Pahlawan dalan Keluargaku serta Masyarakat,
Seorang Lelaki yang ku impikan untuk bersama-sama ku ke Jannah
Dengan penuh Redha dan Ikhlas  aku memanjatkan Doa buatnya,

Ya Allah! 
Kurniakanlah kepada Almarhum Ayahandaku kehidupan yang mulia  dan “ABADI DI SANA”, sepertimana  ia amat memuliakanMu.
Berikanlah kepadanya kekuatan untuk melewati cobaanMu, agar ia mampu  dan berjaya melepasinya.
Ya  Allah, Ya Tuhan  kami!  Janganlah  Engkau bebankan kepadanya beban yang berat sebagaimana Engkau berikan kepada orang- orang yang sebelum kami.


Ya Allah, Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepadanya apa yang dia tidak sanggup memikulnya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Ampunilah segala Dosa-dosanya ,dan  berilah kemaafan kepada nya, Rahmatilah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Penolong atas segala sesuatu.
Ya Allah!. Jadikanlah aku anak yang Soleh, sehingga aku dapat menjadi Pembuka Gerbang Surga untuk Dirinya.
Ya Allah!. Lindungilah orang yang kucintai dan mencintaiku dengan cinta yang abadi.


AMEEN….Haniff  @ Kapar June 2,2012.