Monday, June 21, 2010

ANGAH KE PSIS

Semalam 20-Jun-2010 adalah Hari bapa dan juga hari Puteri keduaku Hani fareha @Angah mendaftar ke Politeknik Sabak Bernam.Segalanya berjalan lancar dari awal hinggalah bersurai.


Dari jauh dah kelihatan Tangki Air...sumber keperluan yang sangat mustahak dalam asrama.



Salah sebuah Tasik yang ada....Cantik permandangannya



Atuk dan nenek turut sama menghantar Angah....beri semangat untuk cucu-cucu



Wahhh...Ibunya posing di depan Department of Hospitality & Tourism



Ayah, Ibu & Aqeel bergambar bersama Angah dengan Pakaian Minggu suai kenal



Blok B1...disinilah Angah tinggal



Dah 6 bulan Angan di rumah, kini masanya Angah berpisah buat sementara demi masa depannya. Good bye... Have a nice stay @ PSIS and do your best on your study. Insyaallah dengan usaha dan keazaman, Angah akan dapat mengejar apa yang di cita-citakan selama ini.

Ayah dan Ibu akan sentiasa berdoa agar Angah diberikan Allah Nikmat kesihatan yang baik, kekuatan akal fikiran, semangat, kecekalan menempuh pelajaran dan persaingan serta mohon dijauhi dari segala musibah dan godaan syaitan yang dilaknat.Amin

Pesan Ayah! Sentiasa Ingat Allah dan Jaga Solat. 


Ampun Maaf. Wassallam.










Saturday, June 19, 2010

PDRM INSPECTOR WEDDING REHERSAL

Dah lama tak tengok secara live acara perkahwinan pegawai samada dari PDRM atau ATM. Kekadang seronok pula melihat pelbagai formation yang sering dijalankan.


Tengahari tadi dapat peluang melihat rehersal ini......






Tapi sayang......tak sempat melihat acara sebenar kerana kesuntukan masa.

Kami doakan semuga Ikatan Perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat, Insyaallah.

Ampun Maaf. Wassallam.


AQEEL 8 TAHUN


18-JUN-2010, Aqeel genap 8 Tahun...besar dah putera ku. Walaupun kekadang rajuknya macam bebudak kecil. Seperti biasa, ada satu permintaan nya yang biasa iaitu apa lagi nak kek coklat....Secret recepie lagi.


Tanda sayang kami kepada Aqeel....Happy Birthday


Birthday cake untuk Aqeel

Aqeel dengan aksinya...potonglahhhhhhhhhh

lepasni nak makan berapa potong???

Ayah,Ibu ,Ayong,Angah dan Adik ucapkan Selamat Hari Jadi semuga jadi Anak yang Soleh Insyaallah.

Janji tau...mesti rajin belajar dan mengaji.


Wassallam.

Thursday, June 17, 2010

Hanya Untuk Sesuap nasi...

Kita tentunya biasa melihat menara penghantaran elektrik ini. Tahukah kita bagaimana ianya dipasang? Siapa pula yang bekerja memasangnya? Apakah pekerjaan ini selamat? Kontraktor mana yang Mampu dan berkebolehan dalam kerja ini?



Transmission tower



Lihatlah pemandangan begini. mampukah kita bekerja seperti mereka? Hanya kerana sesuap nasi , mereka lupakan segala bahaya, kesusahan dan natijah yang mungkin menimpa.





Bersyukurlah..mereka juga menyumbang kepada keharmonian dan keselesaan kehidupan kita seharian.

"SAFETY FIRST"

AKU ANAK ABAH III

Alhamdulillah, Abah semakin cergas dan ceria tambahan pula ramai  anak-anaknya & cucu-cucunya yang balik ke kampung. Semacam suntikan semangat baginya.

Hampir 20 hari abah tak sihat. Kerisauan kami hanya Allah yang mengetahuinya. Mujurlah ada Emak disisinya yang sentiasa membantu dan mengelolanya.

Masa aku & keluarga baru tiba ,kami terus mencari Abah bersalaman  termasuklah anak bujangku Aqeel. Suatu kenyataan dari aqeel yang dikira "observing" ialah "Eh, Tok bah dah ada Janggut dan Misailah" lainlah muka Tok bah katanya...

Memang Abah tak biasa berjanggut & bermisai tetapi oleh kerana kesihatannya begitu, dibiarkan saja tidak berbela.



Keesokan harinya aku nampak abah bercukur...aku terus mendapatkan Abah untuk membantunya bercukur. Inilah saat paling manis bagiku kerana dapat peluang berkhidmat kepada Abah. Alhamdulillah, tugasku selesai.

Maaf Abah,inilah khidmat yang mampu hanif lakukan bagi membantu Abah.

Ampun Maaf . Wassallam

Tuesday, June 15, 2010

BILA KITA BERJANJI......Renovation 24 AP6J/KU5

Sedih betul rasa dihati bila janji tidak ditepati malahan terasa macam dikhianati pula. Mana tidaknya dah hampir 2 bulan kerja yang dijanjikan tidak siap...dalam kata lain "terbengkalai @ projek lembab".


05/05/2010- DAY1..nampak macam teratur aje

25/05/2010 - DAY 20...tak banyak yang dapat dibanggakan.

06/06/2010 -  DAY 30...KERJA BANYAK YG BELUM SIAP
..............pekerja ada,tapi barang tak ada.


07/06/2010 - DAY 31 ...Masih tak banyak yang berubah.

Aku dah letih dengan keadan ini. Aku nak balik kampung. Binggung ...apa kena dengan Mamat ni? Duit dah bagi tapi kerja macam kura-kura---ops..bukan kura2 tapi kura2 yang hanya ada 3 kaki saje.


Hari ni 14/06/2010, balik dari Johor terus ke tapak projek !!!!!! Sedih,Marah...Tak banyak perubahan sepeninggalan ku Jumaat lepas.. Apa tindakan seterusnya????????

" Bahkan (Mereka berdosa memakan hak orang kerana,) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak Orang lain) dan Bertakwa, Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang Bertakwa" - Al Imran ayat 76.

"Ya Allah, bantulah mereka yang bermasalah ini supaya mereka mendapat bantuan  dan perlindunganMu. Muga mereka bertakwa kepada Mu". Amin.


Ampun maaf. Wassallam.

Monday, June 14, 2010

PERTUNANGAN ANAK SAUDARA..CICA

"SELAMAT BERTUNANG"
Rahiza & Affendy



13-06-2010 merupakan hari yang bersejarah dan amat bermakna bagi anak sedara ku Rahiza Dalik. Bermula detik ini, terjalinlah satu ikatan awalan yang seterusnya akan menjadi penambat muktamad bagi perhubungan mereka.





Insyaalah, marilah kita berdoa semuga Allah memberikan mereka kekuatan serta mengurniakan mereka rasa kasih sayang disepanjang tempoh yang dipersetujui agar mereka dapat menjalani tempoh "percubaan" ini dengan tenang dan penuh makna yanag berserikan persefahaman dan tanggungjawab yang bakal mendatang.

Ampun Maaf. Wassallam.