Sememangnya kami telah bersedia dan menanti-nantikan saatnya sahaja. Syukur kepada Allah yang telah mengkabulkan doa kami. Subhannallah.
Tuesday, November 3, 2009
TETAMU ALLAH - 2009
Sememangnya kami telah bersedia dan menanti-nantikan saatnya sahaja. Syukur kepada Allah yang telah mengkabulkan doa kami. Subhannallah.
Monday, September 21, 2009
TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH 5
Jalan-Jalan Tambah Iman - sekitar Masjidil Haram disebelah Pintu Al Fath
Tuesday, June 9, 2009
Sejuk Mata Memandang,Bertuah Ibubapa ini
Aku dalam perjalanan pulang ke Klang daripada Batu Pahat. Beberapa R&R aku singgah untuk melepaskan penat memandu sambil mencari "Teh Tarik". Hari ini , 2 peristiwa penting berlaku:
1. Hentian pertamaku ialah Stesen Petronas Jalan Batu Pahat Air Hitam ~ 2km drp Pekan Air Hitam. Tujuan utamanya ialah untuk mengisi minyak. Sebaik saja aku selesai swap kan kad mesra, datang seorang anak muda attenden stesen ini menawarkan bantuan kepadaku untuk mengisi minyak. Dalam masa yang sama isteriku & anak bujangku masuk ke Kedai Mesra membeli sedikit jajan disamping suratkhabar dan "Baju Transformer". Apabila selesai, aku masuk ke kereta untuk meneruskan perjalanan , malangnya kereta tak boleh start pulak..mungkin bateri kong kot. Aku tanya budak atendan tadi dimanakah woksyop terdekat. Dia kata..dekat aje bang , nanti saya panggilkan Pomennya. Memang benar , bateri dah rosak..Tukar bateri kenalah juga RM180.00. Yang aku rasa amat bersyukur ialah, keikhlasan anak muda ini sudi membantuku.. Bertuahlah kedua ibubapanya.
2. Hentian seterusnya ialah R&R Air Keroh . Sebaik saja dapat makanan,aku sekeluarga duduk di sebuah meja. Sedang aku makan, aku nampak 2 orang suami isteri memimpin seorang perempuan tua (besar kemungkinan ibunya) sambil berjalan dengan perlahan dan berhati2. Beliau duduk berhadapan dengan mejaku. Si suami bangun membelikan nasi ayam, lalu diletakkan dihadapan ibunya sambil berkata dengan senyuman menyuruh ibunya makan . Si isteri pula mengambil sudu lalu mengacukan kepada tangan ibu tua itu. Aku rasa penglihatan ibu itu agak terbatas. Allahuakbar, aku bangga dengan sikap mereka. Si isteri melayan ibu tua itu makan dengan wajah yang berseri, mengambilkan beberapa potong ayam lalu meletakkan ke dalam pinggan ibu tua itu. Tiba2 si isteri itu bangun serta kembali semula dengan segelas air kosong. Sekali lagi tangan ibu tua itu di suakan kepada tangkai gelas tersebut bagi memudahkan ia minum. Begitulah layanan 1st.class . Kedua suami isteri itu duduk disitu sehingga ibu tua itu agak selesa dengan kedudukan makanan dan minumannya barulah mereka bangun mengambil makanan untuk diri sendiri.
Hatiku sayu melihat layanan kedua anak ini kepada ibunya. Sesungguhnya bertuahlah Si Ibu ini mempunyai anak2 yang faham dengan peranan dan tanggungjawab mereka.
Nasihat buat diriku dan anda semua:
"Jika kita tidak dapat memberikan kebahagiaan serta kesenangan kepada MEREKA, Jangan pula kita tambahkan Beban kesedihan serta kesusahan kepada MEREKA".
Semuga kita menjadi insan Soleh & Solehah. Insyaallah.
Saturday, May 16, 2009
Bala & Wabak..Berdoalah kepada Allah

Ertinya "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tidak nyata, Aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati selama lamanya. Semuga engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu.
NB:sumber doa (maxolon.tripod.com)
Saturday, May 9, 2009
Kursus Pengurusan Jenazah
Pagi tadi aku berpeluang mengikuti kursus Intensif Pengurusan Jenazah di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar (walaupun tak sampai habis) yang dibimbing oleh Ybhg Ustaz Sapuan Nayan daripada JAIS.
Alhamdulillah, kedatangan peserta sangat memuaskan. Tahniah diucapkan kepada yang hadir terutamanya kepada anak-anak muda(bawah 40 tahun) yang turut menyertainya. Ilmu yang sangat berguna , sukar didapati daripada buku-buku dipasaran melainkan kita sendiri berguru serta mengikutinya secara teori dan amali.
Perkara penting yang mula-mula diterangkan ialah susunan pengurusan jenazah . Sebagai contoh,jika si suami meninggal dunia....waris yang perlu menguruskan jenazah tersebut adalah seperti berikut (mengikut Ranking):
1. Isteri dan anak anak lelaki dan perempuan.
2. Adik beradik suami yang perempuan.
3. Ibu @ Bapa saudara.
4. Adik Beradik isteri yang lelaki
5. Orang Awam (Nazir,Imam,Bilal Dll)
Daripada susunan ini,Isteri,adik perempuan telah di berikan ranking yang tinggi dalam menguruskan jenazah. Dapatlah difahami bahawa perkara penting disini ialah mengenai soal "Batas-batas Aurat".
Adalah menjadi kebiasaan kita memberikan ranking pertama kepada Orang Awam spt Imam,Bilal dll.
Persoalannya apakah kita bersedia untuk merubah kebiasaan ini ? Adakah orang yang tersayang kita bersedia dengan tanggungjawab ini ? Rasanya, Tarbiah serta ilmu adalah jalan penyelesaian terbaik disamping usaha gigih yang berterusan.
Muga-muga usaha ini diberkati Allah,Insyaallah.
Tuesday, May 5, 2009
DaripadaNYA kita dijadikan & KepadaNYA kita dikembalikan...
Alfatihah...Amin.
Semalam 04-mei-2009, kami kehilangan seorang Rakan setugas di KEV yang telah terlebih dahulu dijemput oleh Allah Subhannahuwataala. Allahyarham Zainuddin Bin Ismail, berasal daripada Kota Tinggi Johor telah pergi meninggalkan kita semua termasuk seorang isteri dan seorang anak yang masih kecil yang belum mengerti semua keadaan ini.
Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan motorsikal semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan mengalami kecederaan yang serius dibahagian kepala sehingga mengakibatkannya koma.
Kami berdoa semuga keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ketentuan Ilahi ini serta tabah menjalani kehidupan mendatang.
Semuga Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin,Amin
Wassallam
Friday, May 1, 2009
Alhamdulillah
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009.
Sempena Hari Pekerja, ingin ku sampai-sampaikan "Pesanan Luqman pada anak-anaknya" kepada Diriku, keluargaku, jiranku, sahabatku serta muslimin & muslimat semua.
"sepanjang hidupku,aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka nabi yang lalu,iaitu sabda mereka.."
Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT, Maka jagalah baik-baik fikiranmu.- Apabila engkau berada di rumah orang lain, Maka jagalah pandanganmu.
- Apabila engkau di tengah-tengah majlis,Maka jagalah lidah mu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, Maka jagalah perangaimu.
- Ingat pada Allah SWT.
- Ingat akan mati.
- Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu.
Muga menjadi panduan dan ingatan sepanjang hidupku. Amin