Monday, November 5, 2012
SPM 2012 BERMULA
Assalammualaikum wbrkth..
Kepada anakku Hani Wajihah yang akan menduduki peperiksaan SPM hari ini.
Ayah doakan agar 'adik' beroleh kesihatan yang baik, hati yang tenang dan sentiasa siap sedia menghadapi peperiksaan ini.
Muga-muga dijauhi dari kecuaian dan kesilapan agar dapat mencapai keputusan A+ dalam semua matapelajaran yang diambil, Insyaallah.
Ya Allah!berikanlah kemudahan dan tunjukkanlah jalan kepada anakku .
Ameen
Saturday, November 3, 2012
Selamat Ulangtahun Perkahwinan
Assalammualaikum wbrkth..
Bulan November 2012 ini, ramai yang terarah dan memburu angka 11 tetapi tidak bagi ku yang menunggu angka 3.
Bulan November 2012 ini, ramai yang terarah dan memburu angka 11 tetapi tidak bagi ku yang menunggu angka 3.
23 tahun dulu, tanggal 3 November 1989, aku selamat diijabkabulkan dengan insan pilihan .
Alhamdulillah, sehingga kehari ini, kami
masih kekal bersama, menyemai dan membajai kasih sayang berdua berserikan kehadiran putera & puteri disisi.
Apabila difikirkan, memang banyak kenangan suka duka, pahit manis
yang kami dilalui bersama.
Insyaallah, ini tekad ku supaya aku boleh belajar memahami dan menerima apa jua keadaan nya seterusnya membahagiakannya hingga akhir hayatku.
Adalah lumrah kehidupan setiap pasangan.....
ada kalanya kami
selisih faham, namun ku anggapnya sebagai asam garam kehidupan. Ku cuba berusaha menganjak falsafah pemikiran biasa iaitu menukar pengertian sesuatu masalah itu masalah kepada pengertian sebenarnya masalah itu adalah Ujian dari Allah.
Tawa riang kekadang sunyi seketika dengan rajuk nan manja..
Alhamdulillah , biasanya tak panjang...berlalu seperti diangin lalu. Aku akui, aku memang tidak ada seni memujuk...ha..ha..ha Syukur..Allah SWT mempermudahkan segala urusan.
Perkahwinan merupakan proses pembelajaran yang berterusan juga satu proses penambahbaikan. Jangan berhenti belajar walaupun pelajaran itu datang dari anak-anak kita sendiri. Insyaallah, aku berazam akan terus berusaha untuk memahami benda-benda baru tentang diri masing2 setiap hari.
Aku berdoa semuga Allah SWT memberkati Usia serta merahmati kehidupan kami sekeluarga hingga ke akhir hayat kami...He..he..he ~teringin jugak untuk melihat keriuhan cucu2 kami nanti.
Buat Isteriku,
Terima kasih kerana menjadi Ummi kepada anak-anakku dan sentiasa ada disisi menemaniku.
Terima kasih kerana memahami diriku juga Familiku.
Terima kasih kerana bersabar dan menerima segala kekurangan dan kelemahan.
Terima Kasih......Terima kasih yang tak terhingga.
Hai! Tak sahlah pulak entri ni kalau tak berpantun....
Terima kasih kerana memahami diriku juga Familiku.
Terima kasih kerana bersabar dan menerima segala kekurangan dan kelemahan.
Terima Kasih......Terima kasih yang tak terhingga.
Hai! Tak sahlah pulak entri ni kalau tak berpantun....
23 Tahun lalu....sejarahku bermula.
Mula seorang kini berdua
Awalan seorang puteri,kini dah tiga
Tambah ceria hadirnya seorang putera.
Yang kanak2 dah remaja
Yang Remaja dah pun Dewasa
Yang Dewasa pulak dah Tua
YANG PENTING, KITA AKAN TETAP BERSAMA
Ya Allah ,
Tuhan yang menyatukan dua hati
kami,
Engkau campakkanlah ke dalam hati
kami, perasaan kasih
sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati
Nabi Muhammad SAW bersama Saidatina Khadijah R.ha.
Syukur Ya Allah... Berikanlah
kepada kami kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.
Hanya kepadaMU kami bergantung harap..
Ameen
Wassallam.
Thursday, November 1, 2012
Think Big,Think Far & Think Deep
Assallammualaikum wbrkth...
Taufan Sandy membadai Timur Amerika Syarikat. Sebahagian besar Penduduknya terjejas teruk serta ada yang kehilangan jiwa. dan trauma dengan musibah ini.
Petikan dari Berita Harian : "Kerajaan tempatan dari North Carolina hingga ke Cennecticut
mengisytiharkan darurat manakala Delaware mengarahkan perpindahan wajib di
kawasan pantai selepas taufan Sandy yang melanda Caribbean, mula membadai
wilayah timur Amerika Syarikat dengan hujan lebat, angin kencang dan salji tebal
semalam.
Sandy dijangka menjejaskan lebih 60 juta penduduk apabila ia
bertembung dengan dua lagi ribut kuat musim sejuk. Pakar berkata kekuatan angin
bukan menjadi perkara utama apabila ia membadai tetapi kesannya akan dapat
dirasakan sehingga 1,300 kilometer dari Pantai Timur hingga ke Great Lakes.
Pihak berkuasa memberi amaran terhadap penduduk di kawasan pantai untuk
mengelak laluan taufan berkenaan. Pengarah agensi pengurusan kecemasan persekutuan, Craig Fugate
berkata ribut adalah satu ancaman bukan hanya kawasan pantai: Ini adalah sebuah
kawasan yang besar, katanya".
Melihat musibah ini fikiran terus terarah kepada kebesaran Ilahi, Tiada sesuatu pun yang dapat mengatasi kuasa dan takdirnya.Mengapakan semua ini terjadi? Hanya ALLAH sahaja yang Maha mengetahui setiap sesuatu..
Marilah kita bermuhasabah diri....berkronologi rentetan masa silam.
Kononnya atas nama "keadilan", Amerika Syarikat dengan rela hati menghantar tentera-tenteranya ke Afghanistan & Iraq serta negara lain yang mempunyai banyak sumber minyak. Bukan hanya tentera sahaja dihantar tetapi juga dikirim peluru dan api untuk mencapai nafsu yang tersirat iaitu meraut kekayaan sumber minyak. Mengapa mereka tidak ke Rhohinga? ...
Amerika Syarikat lupa dengan erti Kemanusiaan walaupun sering diucap dibibir pemimpin2 mereka. Mereka sombong & mendabik dada dengan kemampuan teknologi yang canggih, persenjataan terkini yang tidak dimiliki oleh negara lain
Beginilah matlamatnya...Hasil minyak dibalas dengan peluru dan api. Sebenarnya mereka silap dengan andaian kehebatan mereka. Mungkin mereka berfikir ,Apalah sangat jika dibandingkan peluru & api dengan air & angin, jauh panggang dari api.
Tetapi Allah SWT Maha Besar...didatangkan angin dan air yang mereka anggap boleh diuruskan yang akhirnya membawa kemusnahan yang bukan kepalang dahsyat..Subhannallah!!
Kita mesti memikirkan musibah ini bukan setakat dipermukaan sahaja tetapi sehingga kedasar. Mudah-mudahan dengan merenung jauh ke dalam akan menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan bertakwa kepada Allah SWT.
Kepada mangsa2 terlibat...Ucapan Takziah dari kami, semuga bersabar dengan Qada' & Qadar ini.
Wallahuallam
Wallahuallam
Tuesday, September 4, 2012
MENCAPAI KEMULIAAN SEBENAR
BELAJARLAH UNTUK MENCAPAI KEMULIAAN HIDUP
MELALUI KEMULIAAN YANG ADA PADA ORANG LAIN.
Wahai Anak Adam!
Perhatikanlah Kepada Dirimu Dan Kepada Seluruh Makhlukku, Sekiranya Engkau
Mendapati Mereka Lebih Mulia Daripadamu, Maka Ambillah Kemuliaannya Kepadamu.
Jika Tidak, Muliakanlah
Dirimu Dengan Taubat Dan Amalan Soleh.
Sekiranya Engkau
Dapati Dirimu Itu Mulia, Maka Ingatlah Nikmat Allah Kepadamu Serta Perjanjianmu
Dengan-Nya Dimana Ketika Itu Kamu Berkata “ Kami Dengar Dan Kami Taat”
Takutlah Kepada
Allah Sebelum Datangnya Hari Kiamat, Hari Yang Didedahkan Segala Kesalahan.
Hari Yang Pasti Terjadi. Hari Yang Kadar Masanya 50 Ribu Tahun.
Hari Yang Tidak
Berbicara Dan Tidak Ada Pengizinan Kepada Mereka Yang Meminta Ampun.
Hari Yang Kelam
Kabut. Hari Penuh Dengan Teriakan. Hari Yang Masam Mencuka Segala Muka Manusia.
Hari Yang Tidak Berkuasa Diri Manusia Terhadap Sesuatu Apapun, Seluruh Urusan
Pada Hari Itu Hanya Daripada Allah. Hari Kekesalan, Hari Keluh Kesah Serta Hari
Yang Penuh Dengan Ketakutan. Hari Keruntuhan Segala Bukit Bukau.
Hari Pembalasan
Serta Segera Tergelincir Matahari. Hari Bunyi Halilintar, Hari Di Mana
Anak-Anak Kecil Menjadi Remaja.
Maka Janganlah Kamu Tergolong Dalam Golongan
Mereka Yang Berkata “Kami Dengar,Tetapi Sebenarnya Mereka Tidak Mendengar. (Al-Anfal:21)
[Dipetik daripada Hadis Qudsi Imam Al-Ghazali " Al Mawa'iz fil Ahadis Al-Qudsiah ]
“ Semakin kita
beremosi, semakin akal tidak berfungsi ”
Ampun Maaf :
Monday, September 3, 2012
SEPUTAR KEHIDUPAN, SATU INGATAN.
HIDUP ini umpama
roda.. sentiasa berputar 24 jam sehari . Ada ketika putarannya berada di Puncak
manakala di ketika yang lain berada di bawah.
Ampun maaf.
Bila di Puncak ,
segalanya indah, penuh ceria & bahagia , tawa gembira, bertenaga.
Bila di Bawah,
segalanya mula suram, tenaga berkurangan, lesu tidak bermaya , senyuman tawar
,memancar derita, bergelora.
Seandainya suram
cahaya yang menyelubungi jadi lesu tidak terpancar ke nurani sejati…….justeru mampu
membuatkan jiwa hambar dan hiba.
Disaat terkenangkan
putaran roda kehidupan ini, tanpa di sedari air mata menitis ke bumi.
Allah SWT tidak
mendatangkan sesuatu dugaan itu melainkan ianya bersesuaian dengan kemampuan
kita menghadapinya.
IKHLASKAN Hati kerana
Allah,
YAKINKAN Sanubari..
Allah akan memberi jalan dan memudahkan urusan,
SAYANGI & HORMATI apa
jua anugerah Allah SWT kepada kita,
BANGKITKAN SEMANGAT, BERUSAHA
bersungguh-sungguh tanpa jemu,
BERFIKIRLAH mendepani waktu, menimbang sewajarnya lantas memutuskan hasil cetusan rasa,
BERHIKMAH dalam
kata-kata, melentur hati yang keras berbatu agar dapat hidayah Allah SWT, Insyaallah.
Seandainya berada di
PUNCAK, jaga peribadi….hindari sifat sombong & bermegah diri, Ingat selalu
kepada Allah SWT.
Seandainya jika ditakdirkan jatuh ke BAWAH, BERSEDIALAH dan BANGKITLAH bersama REDHA Ilahi.
Thursday, August 23, 2012
Entahlah..Aku kesal
Pernahkah kita berfikir, ketika di bibir pantai....merenung jauh ke lautan berombak?
Pernahkah kita berfikir, ketika nun di Puncak....merenung jauh ke daratan yang luas?
Pernahkan kita berfikir, ketika meranjau ke hutan......melihat kecantikan alam?
Pernahkan kita berfikir mengenai hati & perasaan?
Pernahkan kita menimbang situasi kecelaruan dan kedamaian?
Adakah kita bersedia untuk memikirkan dan menimbangkan hal yang menyentuh perasaan...perasaan insan serta mereka2 dikelilingnya?
Lihatlah dengan mata hati
Fikirlah dengan murni budi
Apa salahnya!!
Dalam kehidupan ini....bersedialah untuk menerima kekurangan dan kelemahan orang lain.
Sedarlah, sebenarnya ada kelebihan yang terselindung disebalik kekurangan itu.
Jika sekarang kita tidak bersedia untuk menerima kenyataan ini....
BERSEDIALAH nanti, kerana mungkin orang lain juga tidak dapat menerima kekurangan dan kelemahan diri kita.
"What's you give, you get back"...
Apabila melihat bibir-bibir berbicara sesama...alangkah sedihnya rasa dihati,
tak pernah terjadi sebelum ini, rupanya ada yang bersarang & terpendam dijiwa mereka.
Alangkah elok jika berterus terang? Ini lebih dihormati.
Setelah sekian lama masa beredar, masih tidak sedar dan tak faham atau sengaja tidak berusaha untuk memahami?
Belajarlah...belajarlah...belajarlah menerima semua ini .
Ketahuilah Insan tersebut LAYAK & MESTI dihormati, kalau pun bukan sebagai ".........................." tetapi sebagai manusia. Kita juga akan tua seperti mereka.
Semuga Allah SWT memaafkan KAMU semua.
Wallahuallam.
Monday, August 20, 2012
AL-FATIHAH
Dikesempatan balik kampung, tidak ku lepaskan peluang untuk menziarahi Pusara Ayahanda Al Marhum Ayahanda Hj Mohd Said Bin Hj Mohd Zain.
Alhamdulillah, nampaknya Pusara Almarhum Ayahanda telah pun dilengkapi dengan Kepok & Nisan. Tanahnya pun telah di naikkan sedikit serta diratakan. Lebih menarik lagi tampaknya selepas diletakkan batu putih dipermukaan sebelah dalam kepok.
Terima kasih kepada Keluarga yang terlibat serta Abg simon yang banyak membantu.
Ku hadiahkan bacaan Yaasin kepada Ayahanda sebagai tanda kasih & sayang anakanda terhadap ayahanda.
"Ya Allah! Jadikanlah Pahala Bacaan Yaasin ini sebagai perisai buat mereka Penyelamat, Pendinding dan Penebus dari azab api nerakanya,
Ya Allah! jadikanlah kami dalam suratan ibubapa kami, umumkan sekelian dengan Rahmat dan keredhaan dan masukkanlah kami dan mereka itu ke dalam keluasan SyurgaMU Wahai Tuhan yang memberi Berkat dan yang mengurniakan Rahmat, Wahai Tuhan yang mencipta dan mengindahkan Langit dan Bumi, Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Ya Allah! Ampunilah bagi mereka dan rahmatilah mereka
Ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)




