Saturday, May 16, 2009

Bala & Wabak..Berdoalah kepada Allah


Ertinya "Aku membenteng diri dengan nama Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kekuatan,Aku berpegang teguh kepada Tuhan yang menguasai alam nyata dan alam tidak nyata, Aku bertawakkal kepada Tuhan yang hidup dan tidak mati selama lamanya. Semuga engkau hindarkan kami Ya Allah daripada bala dan wabak. Sesungguhnya engkau Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu.

NB:sumber doa (maxolon.tripod.com)

Saturday, May 9, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Pagi tadi aku berpeluang mengikuti kursus Intensif Pengurusan Jenazah di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar (walaupun tak sampai habis) yang dibimbing oleh Ybhg Ustaz Sapuan Nayan daripada JAIS.

Alhamdulillah, kedatangan peserta sangat memuaskan. Tahniah diucapkan kepada yang hadir terutamanya kepada anak-anak muda(bawah 40 tahun) yang turut menyertainya. Ilmu yang sangat berguna , sukar didapati daripada buku-buku dipasaran melainkan kita sendiri berguru serta mengikutinya secara teori dan amali.

Perkara penting yang mula-mula diterangkan ialah susunan pengurusan jenazah . Sebagai contoh,jika si suami meninggal dunia....waris yang perlu menguruskan jenazah tersebut adalah seperti berikut (mengikut Ranking):

1. Isteri dan anak anak lelaki dan perempuan.

2. Adik beradik suami yang perempuan.

3. Ibu @ Bapa saudara.

4. Adik Beradik isteri yang lelaki

5. Orang Awam (Nazir,Imam,Bilal Dll)

Daripada susunan ini,Isteri,adik perempuan telah di berikan ranking yang tinggi dalam menguruskan jenazah. Dapatlah difahami bahawa perkara penting disini ialah mengenai soal "Batas-batas Aurat".

Adalah menjadi kebiasaan kita memberikan ranking pertama kepada Orang Awam spt Imam,Bilal dll.

Persoalannya apakah kita bersedia untuk merubah kebiasaan ini ? Adakah orang yang tersayang kita bersedia dengan tanggungjawab ini ? Rasanya, Tarbiah serta ilmu adalah jalan penyelesaian terbaik disamping usaha gigih yang berterusan.

Muga-muga usaha ini diberkati Allah,Insyaallah.

Tuesday, May 5, 2009

DaripadaNYA kita dijadikan & KepadaNYA kita dikembalikan...

Alfatihah...Amin.

Semalam 04-mei-2009, kami kehilangan seorang Rakan setugas di KEV yang telah terlebih dahulu dijemput oleh Allah Subhannahuwataala. Allahyarham Zainuddin Bin Ismail, berasal daripada Kota Tinggi Johor telah pergi meninggalkan kita semua termasuk seorang isteri dan seorang anak yang masih kecil yang belum mengerti semua keadaan ini.

Allahyarham telah terlibat dalam satu kemalangan motorsikal semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dan mengalami kecederaan yang serius dibahagian kepala sehingga mengakibatkannya koma. 

Kami berdoa semuga keluarga Allahyarham bersabar menghadapi ketentuan Ilahi ini serta tabah menjalani kehidupan mendatang.

Semuga Roh Allahyarham ditempatkan dikalangan para solihin,Amin

Wassallam

Friday, May 1, 2009

Alhamdulillah


Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009.

Sempena Hari Pekerja, ingin ku sampai-sampaikan "Pesanan Luqman pada anak-anaknya" kepada Diriku, keluargaku, jiranku, sahabatku serta muslimin & muslimat semua.

Kata Luqman :

"sepanjang hidupku,aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka nabi yang lalu,iaitu sabda mereka.."


  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT, Maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, Maka jagalah pandanganmu.
  3. Apabila engkau di tengah-tengah majlis,Maka jagalah lidah mu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, Maka jagalah perangaimu.
  5. Ingat pada Allah SWT.
  6. Ingat akan mati.
  7. Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
  8. Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu.



Muga menjadi panduan dan ingatan sepanjang hidupku. Amin