Saturday, May 9, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Pagi tadi aku berpeluang mengikuti kursus Intensif Pengurusan Jenazah di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar (walaupun tak sampai habis) yang dibimbing oleh Ybhg Ustaz Sapuan Nayan daripada JAIS.

Alhamdulillah, kedatangan peserta sangat memuaskan. Tahniah diucapkan kepada yang hadir terutamanya kepada anak-anak muda(bawah 40 tahun) yang turut menyertainya. Ilmu yang sangat berguna , sukar didapati daripada buku-buku dipasaran melainkan kita sendiri berguru serta mengikutinya secara teori dan amali.

Perkara penting yang mula-mula diterangkan ialah susunan pengurusan jenazah . Sebagai contoh,jika si suami meninggal dunia....waris yang perlu menguruskan jenazah tersebut adalah seperti berikut (mengikut Ranking):

1. Isteri dan anak anak lelaki dan perempuan.

2. Adik beradik suami yang perempuan.

3. Ibu @ Bapa saudara.

4. Adik Beradik isteri yang lelaki

5. Orang Awam (Nazir,Imam,Bilal Dll)

Daripada susunan ini,Isteri,adik perempuan telah di berikan ranking yang tinggi dalam menguruskan jenazah. Dapatlah difahami bahawa perkara penting disini ialah mengenai soal "Batas-batas Aurat".

Adalah menjadi kebiasaan kita memberikan ranking pertama kepada Orang Awam spt Imam,Bilal dll.

Persoalannya apakah kita bersedia untuk merubah kebiasaan ini ? Adakah orang yang tersayang kita bersedia dengan tanggungjawab ini ? Rasanya, Tarbiah serta ilmu adalah jalan penyelesaian terbaik disamping usaha gigih yang berterusan.

Muga-muga usaha ini diberkati Allah,Insyaallah.

No comments:

Post a Comment