Wednesday, November 17, 2010

All Black is Back



Alhamdulillah, Hari ni Umat Islam di Malaysia menyambut Eidul Adha dalam suasana yang gembira dan aman.

Petang nanti, Puteri ku Hani Afiffa akan tiba dari Melbourne dan bercuti di M'sia selama 3 bulan. Dua kegembiraan bagiku di Hari Yang mulia ini. Syukur, semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.




Rasa terkilan juga kerana tak dapat menyertai program korban di Pangsapuri TNB, walaubagaimanapun begitu syukurlah kerana semua yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya berkat kerjasama dan semangat tinggi ahli kariah semua.


Akhirulkalam, aku ucapkan Selamat Kembali kpd anakku Hani Afiffa dan Selamat Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir Batin.

Wassallam.


All Black is coming!!!!



Friday, November 5, 2010

IKATAN SILATURRAHIM

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas kami telah diundang ke rumah Dr Roff di Taman Seri Andalan Klang. Dr Roff adalah teman sebilik ketika kami sama-sama mengerjakan haji tahun 1430H. Isterinya Pn Rahmah juga sebilik dengan isteri saya. Situasi beginilah yang ingin kami teruskan kerana disamping amal ibadah yang khusus, mengikat silaturrahim amat di tuntut oleh Islam.

Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi banyakkeuntungan, diantaranya iaitu:

1. Mendapat keredaan Allah S.W.T. sebab Allah S.W.T menyuruh silaturrahim
2. Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah  
     menyenangkan orang mikmin
3. Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
4. Mendapat pujian kaum muslimin
5. Menjengkelkan iblis laknatullah
6. Menambah umur
7. Menjadi berkat rezekinya
8. Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
9. Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
10. Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya


Foto kami bersama Dr Roff & isteri.
 
Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36, Mafhumnya:

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "


Hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan & berbuat baiklah kepada yang berbuat jahat kepada kamu & bergaullah bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Terima kasih sekali lagi. Ampun Maaf
 
Wassallam

Wednesday, November 3, 2010

BUAT ISTERIKU - ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA KE 21



Assalammualaikum wbrkth...

Alhamdulillah, ku mulakan dengan mengambil Firman Allah SWT Mafhumnya,

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)







Isteriku,
Alhamdulillah, dah 21 tahun usia perkahwinan kita. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Rasanya macam baru je melalui saat2 ketika kita diijabkabulkan sebagai suami isteri. Lepas tu dapat anak, dulu kecik2 sekarang semua dah besar panjang.

Tadi apabila mendengar lagu Inteam, seperti ada suatu tarikan yang kuat untuk menghayati senikatanya. Mari kita amatinya bersama:

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih

Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


Salam Sayang Buat Isteriku.
Ampun maaf

Wassallam.