Friday, November 5, 2010

IKATAN SILATURRAHIM

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas kami telah diundang ke rumah Dr Roff di Taman Seri Andalan Klang. Dr Roff adalah teman sebilik ketika kami sama-sama mengerjakan haji tahun 1430H. Isterinya Pn Rahmah juga sebilik dengan isteri saya. Situasi beginilah yang ingin kami teruskan kerana disamping amal ibadah yang khusus, mengikat silaturrahim amat di tuntut oleh Islam.

Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi banyakkeuntungan, diantaranya iaitu:

1. Mendapat keredaan Allah S.W.T. sebab Allah S.W.T menyuruh silaturrahim
2. Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah  
     menyenangkan orang mikmin
3. Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
4. Mendapat pujian kaum muslimin
5. Menjengkelkan iblis laknatullah
6. Menambah umur
7. Menjadi berkat rezekinya
8. Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
9. Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
10. Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya


Foto kami bersama Dr Roff & isteri.
 
Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36, Mafhumnya:

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "


Hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan & berbuat baiklah kepada yang berbuat jahat kepada kamu & bergaullah bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Terima kasih sekali lagi. Ampun Maaf
 
Wassallam

No comments:

Post a Comment