Thursday, October 13, 2011

Cuka Dan Madu

Insyaallah, jika diamalkan meminum campuran cuka & madu setiap hari , tubuh badan kita akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Rasulullah SAW dikhabarkan sangat suka dengan cuka.


 Cuka nipah yang sudah di syifa'.


 Cuka Nipah & Madu


Bila kita makan Ubat, dengan izin Allah seharusnya ia menyembuhkan TAPI kalau pengambilan ubat tersebut disyorkan "sepanjang hayat"....apa ni??????

Cuba fikirkan !!! Lebih baik mengambil makanan sebagai ubat atau mengambil ubat sebagai makanan.

Wallahuallam.

Ampun maaf.

Pewaris @ Pengganti Allahyarham Ust Ghazali Hasbullah

Alhamdulillah, kami amat bersyukur ..dengan izinNya digerakkan hati Ybhg Ust Rizam Bin Ghazali untuk meneruskan amanah Almarhum ayahandanya Ust Ghazali agar dapat meneruskan pengajian " Minhajul Abidin di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar.




Diantara jamaah yang hadir dalam kelas Ybhg ust Rizam.


 Rujukan kitab2 sentiasa dibawa.



Semuga Allah SWT memudahkan usaha beliau dalam memberikan Ilmu kepada semua.Ameen


Ampun Maaf.



Thursday, February 17, 2011

Flight AK72724 ~ Back to Palmee, NZ

Assallammualaikum wbrkth,

Khamis 17-feb-2011; Perjalanan kami dari TNB Qrts Kapar ke LCCT Sepang menaiki kereta berjalan lancar. Singgah breakfast di R&R Dengkil sebelum meneruskan perjalanan. Mengikut rancangan, kami harus berada di LCCT ` pukul 10.00 pagi. Sampai saja di LCCT,terus cari parking..biasalah kena pusing 2 atau 3 round baru dapat.

Kak Yong akan kembali ke New Zealand melalui Melbourne -- Auckland --- Wellington --- Palmerston North, tentunya suatu perjalanan yang memenatkan.


Langkah pertama kami ialah menguruskan check-in baggasi terlebih dahulu disamping mendapatkan boarding pass. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan teratur.
Seterusnya, menunggu penerbangan yang dijangka pada pukul 1.30 tengahari. Apa lagi, Mc Donnald menjadi port kami, berehat menunggu penerbangan.

  




12.30 tgh, kak yong check-in, dan menunggu di kawasan boarding sebelum berlepas pada pukul 1,50 tengahari.

Insaallah, kami doakan keselamatan kak Yong  semuga selamat sampai ke Destinasi.
"Jihad Kedua Untuk kak Yong akan bermula...."


Ingatlah kunci kata berikut : BERUSAHA,BERTAWAKKAL & BERDOA Dan Ingat selalu kepada Allah, Insyaallah kak Yong akan Selamat Dunia & akhirat.

Bila sampai nanti...call kami di sini.

Wassallam.




Thursday, January 20, 2011

KULIAH TAUHID - ASMAAULHUSNA

Assalammualailum wbrkth.....

Alhamdulillah, dengan izin Allah saya bersama Jamaah Balai Islam TNB Kapar menghadiri Kuliah Ybhg Ust Zaid Hamzah yang membawa tajuk nama-nama Allah. Hari ni kita sampai ke nama yg ke #3 iaitu AR- RAHIIM.




Ar-Rahiim  membawa maksud Allah itu Maha Penyayang dan ini dikhaskan kepada orang-orang yang beriman sahaja.

Berikut ialah diantara isi penting yang sempat saya catatkan utk dikongsi bersama.

Ar-Rahiim nya Allah:

a). Sedia menerima Taubat Hambanya.
     - Lihatlah kisah Nabi Adam sptmana diterangkan di dalam surah Al Baqarah ayat 37.

" kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

  - dan seterusnya kisah Nabi Musa sptmana diterangkan di dalam surah Al Baqarah ayat 54.

"dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri Dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah Yang menjadikan kamu; Iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah Yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".




b). Memberi Pahala.
     Di dalam Surah Al Baqarah ayat 143,Allah memberi Rahmat kepada orang-orang yang beriman iaitu mereka yang Yakin dan Patuh SuruhanNya menerusi Rasulullah SAW,\.

"dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)".

c). Mengutus Rasullullah.
     Lihatlah Surah Al Anbiyaa ayat 107 ini..Allah Maha Penyayang dan mengutuskan RasullNya tidak lain untuk kesejahteraan semua.

"dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam".

d). Melembutkan Hati
     Ini dijelaskan dalam Surah Ali Imran Ayat 159 mafhumnya:

"maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya".



 Diantara hadirin yang mengikuti kuliah ini.

Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini, akan memberikan manfaat untuk semua, Insyaallah.

Ampun Maaf. Wassallam

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun baru & Happy Birthday My Dear Adibah


Tahun Baru 2011.



Ya, kita sekali lagi menuju ke ambang 2011.

Seperti biasa setiap kali menjelang tahun baru, aku akan menanti-nanti 2 peristiwa penting dalam hidup ku iaitu bakal merasai Tahun Baru serta Mengingatkanku Hari lahir isteri tercinta.

Ya Allah! Limpahkan kesejahteraan , RahmatMu dan Kebahagiaan kepada Isteriku Adibah agar dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh syukur dan berpaksikan syariatMu..Ameen.

 



 Seperti selalu bermulanya tahun baru, setiap kita menyimpan seribu harapan dari awal walaupun itu bukanlah segalanya, tapi kenyataannya beginilah.


Maka oleh yang demikian, kita tak boleh berhenti untuk berharap. Kita tak boleh kehilangan keyakinan dan sentiasa berdoa mengharapkan hasil yang terbaik. Disinilah bermulanya kekuatan dan usaha untuk memantapkan asas kepada segala pengharapan itu dengan menterjemahkannya kedalam bentuk tindakan yang bijak lagi jitu.

Keyakinan seperti ini amat penting, agar kita tidak menjadi seseorang yang mudah kecewa dan putus harap. Bersedia menerima kenyataan dan berusaha memperbaiki segala kekurangan.


Walaupun begitu, ingatlah…. bahawa segala keputusan itu Hanya Allah lah yang berhak menentukan samada tercapai atau tidak.


Akhirulkallam, ketika kita bersedia berhadapan dan menerima apa jua keputusan , ungkapan yang sangat wajar bagi kita lafazkan ialah “kita hanya merancang, Hanya Allah yang menentukan”.


Semuga Allah memberkati kehidupan kita,Insyaallah.






Sekian Ampun Maaf.Wassallam.


Selamat Tahun Baru

Semestinya majoriti diantara kita akan memulakan tahun baru ini dengan pelbagai azam dan semangat baru dengan mengharapkan sesuatu yang lebih hebat dari tahun tahun yang lalu terutamanya untuk Diri & Keluarga.

Insyaallah,Tuan-tuan pastinya akan menjadi lebih hebat tahun 2011 ini. Bukanlah menjadi masalah besar sekiranya azam kita ditahun tahun lalu tidak dicapai sepenuhnya. Yang penting hari ini kita lihat ke hadapan.” ~ Look Forward” kata orang putih .

Laluilah sinar 2011 dengan lebih yakin , hebat dan bergaya.

Kegagalan dan kehebatan masa lalu, biarlah ia tinggal menjadi satu sejarah. Yang penting, ”Mereka” akan  lebih ambil peduli dan memerhatikan akan kejayaan yang mungkin anda capai pada tahun ini.

Sebagai penutup bicara kali ini, saya ingin berkongsi bersama Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

"Hendaklah kamu rebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihat mu sebelum masa sakit mu, masa kaya mu sebelum masa fakir mu, masa lapang mu sebelum masa sibuk mu dan masa hidup mu sebelum masa mati mu"
 - Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a



Sekian ,Ampun Maaf.
Wassallam