Saturday, February 27, 2010

Menziarahi Makam Rasulullah S.A.W

 

   

Inilah "Babussallam" di Mesjid Nabawi Madinah, Pintu Masuk yang menjadi tumpuan Umat Islam seluruh dunia.  Alhamdulillah, kali pertama dapat masuk ke Raudah dan menziarahi makam serta memberi salam kepada Rasulullah S.A.W dan Sahabat2 adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Hati begitu tersentuh sekali. "Ya Allah Aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan peluang dan kemudahan kpd ku menziarahi Makam RasulMu"

Subhannallah,

Ya Rasullullah, Aku telah berada di Mesjid Mu , di hadapan Makam Mu, ........Aku ingin menjadi Umatmu yang beriman dan bertakwa, Aku mengharapkan SyafaatMu . Amin

    

 

Maulidul Rasul Pertama

Saya pernah terbaca di dalam buku Sirah Rasul mengenai majlis sambutan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Mengikut cerita, semasa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, orang yang paling gembira sekali ialah bapa saudaranya Abu Lahab. Oleh kerana merasa terlalu gembira, Abu Lahab telah memerdekakan salah seorang hambanya serta mencarikan ibu susuan sementara bagi nabi.

Selain dari itu, beliau juga telah menyembelih beberapa ekor unta sebagai aqiqah untuk Nabi dan ini merupakan sambutan maulidul rasul yang pertama dalam sejarah.

Wallahualam.
Ampun Maaf.

Friday, February 26, 2010

Malam Cinta Rasullah


Alhamdulillah, seperti yang dirancang "Malam Cinta Rasul" sempena dengan Maulidul Rasul 1431H telah berjaya diadakan di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar. Melihatkan kepada kehadiran ahli-ahli PKPI serta keluarga dan rakan taulan yang ramai, hanya ucapan syukur kehadrat Allah yang dapat dilafazkan. Kami amat berterima kasih dengan sambutan ini & mengalu-alukan kehadiran semua.


Inilah sedikit sumbangan dari usaha kami bagi memantapkan Ukhuwah Islamiah dan Usaha Dakwah dikalangan masyarakat khususnya Qariah Pangsapuri TNB Kapar.


Alfadhil Ust Sobri Abd Rani telah berjaya membawa para hadirin kepada Sirah kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang boleh menjadi panduan dan ikutan khusus kepada ibubapa dalam membentuk generasi berakhlak Rasullullah S.A.W.

Wallahualam.





Monday, February 22, 2010

Rumah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Semasa dijemput menjadi tetamu Allah November 2009 yang lalu, saya berkesempatan di bawa melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Mesjidil Haram , iaitu bermula daripada Jabal' Qubais, Mesjid "Kucing", Mesjid Jin serta Perkuburan Ma'aala dan banyak lagi.

Salah satu tempat bersejarah yang diterangkan oleh Al Fadhil Ustaz ialah kawasan/Bangunan dimana Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan.


Rumah kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W sekarang ini telah di jadikan Khutubkhanah Awam. Mengikut cerita, tanah dimana Nabi Muhammad di lahirkan sentiasa berbau wangi sehingga kini.


Wallahuallam. Ampun Maaf

Sunday, February 21, 2010

Kuliah mingguan...Maulid Rasul


Assallammualaikum wbrkth...

Sememangnya telah dijadualkan sepanjang minggu lepas serta subuh tadi kuliah-kuliah dari beberapa Ustaz . 

Sebenarnya minggu ini diriku agak keletihan dengan jadual kerja yang padat serta memenuhi undangan majlis perkahwinan dan perjumpaan dengan rakan-rakan. Walaupun begitu , mata &  telinga  ini terasa amat memerlukan santapan rohani dengan kehadiran Tuan Guru @ Ustaz2 bagi menyampaikan kuliah mereka di Surau Kami.

Sepertimana kehendakNya, kita merancang...Allah sahaja menentukan, ada hikmah disebalik penangguhan kuliah2 ini.

Insyaallah,pada 25/2/2010 pihak Persatuan Pekerja2 Islam SJSSAA Kapar telah merancang satu "Majlis Cinta Rasullah" dan majlis makan malam sempena dengan sambutan MaulidulRasul pada tahun ini.

Semuga majlis ini akan memberikan manfaat dan memberi  semangat untuk mengembeling usaha-usaha dakwah serta pengimarahan surau/Balai Islam sesuai sebagai Pusat Ibadah, Ilmu, Dakwah  dan kemasyarakatan.

"Ya Allah! Berikan kami kekuatan dan Permudahkan segala Urusan Kami" Amin.


Ampun Maaf


KT102 Reunion... foto Muslimah

   

   


KT102 Reunion @ SS2 Kelana Jaya

      

Alhamdulillah, semalam 20/2/2010 dengan izin Allah kami dijemput oleh  "YB" Tuan Haji Zainal & Hajjah Normah makan tengahari dan solat Zuhor di rumahnya. Syukur, dengan majlis begini dapatlah kami bertemu dan beramah mesra sesama bekas jemaah KT102 dan apa yang lebih mengembirakan saya ialah kehadiran Al Fadhil Ustaz Haji Shamsudin Sidek & Ustazah Hajjah Masirah Maslan bersama-sama kami. Sepertimana pesan Ustaz Haji Shamsudin dulu,"disamping kita menunaikan ibadat haji...jalinkanlah persaudaraan sesama kita, semasa di sana mahupun selepas kembali di sini" . Insyaallah, muga kita menjadi insan yang sentiasa berusaha menjalin & mengekalkan sillaturrahim sesama kita.

Petikan Sabda Rasullah S.A.W:


1).  Sesungguhnya rahmat Allah tidak turun kepada satu kaum yang ada dikalangan mereka seseorang yang memutuskan silaturahim (Imam Al Baihaqi)




2).  Tidak ada dosa yang paling wajar disegerakan Allah akan siksanya kepada pelakuna didunai ini daripada pemutus silaturahim (Abu Daud, Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

Ampun Maaf & Terima kasih.



Tuesday, February 16, 2010

Nabi Yusof & Aura Baju Yang belum dibasuh....


Beberapa hari lalu,aku berpeluang mendengar kuliah mengenai kisah Nabi Yusof, bapanya Nabi Yaakob serta adik beradiknya. Diterangkan mengenai kebaikan Nabi Yusof terhadap saudaranya biarpun mereka sebenarnya telah mengkhianatinya serta melanggar amanah bapa mereka Nabi Yaakob. Terserlah juga kepintaran Nabi Yusof mengatur strategi dan kecekapannya menguruskan Perbendaharaan Negara. Kejayaannya menangani isu 7 Tahun senang & 7 Tahun Sukar.

Tidak tergambar betapa sedihnya Nabi Yaakob atas kehilangan Nabi Yusof serta sikap anak-anaknya yang dengki dengan Nabi Yusof sehingga menyebabkan ia menjadi buta. Di pengakhiran kuliah, diterangkan Nabi Yaakob sembuh dengan izin Allah selepas anak-anaknya mengibas-ngibas Pakaian Nabi Yusof yang dibawa pulang daripada negeri Mesir. 

Maka...Fahamlah saya bahawa bau Pakaian seseorang itu ada auranya...lebih-lebih lagi seorang Nabi, agak sinonim dengan Masyarakat Melayu yang meninggalkan sebarang pakaian yang tidak dibasuh sebelum pergi berjauhan.


Wallahuallam..Ampun maaf.

EFFA ~ Transit di Sydney

Cantiknya...Insyaallah nanti kami juga akan ke sana.

Walaubagaimanapun ingatlah bahawa disamping keriangan itu , kamu ada matlamat utama yang satu.

Pesan Ayah:  Jaga Diri, Hiasi Peribadi, Tuntutlah Ilmu , kelak dirimu di Berkati, Insyaallah.

          

Untuk Renungan :Sabda Nabi Muhammad S.A.W

“Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah di situ”. Lalu sahabat
bertanya; “Apa itu taman syurga, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah; “Iaitulah majlis majlis
ilmu
””. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


Wassallam.




Sunday, February 14, 2010

Perjalanan yang diredai & dirahmati Allah - Menuntut Ilmu itu satu kewajipan

Bukannya hajatku untuk bercerita tetang "Hari ini" tetapi sengaja ingin mengenang "Hari Semalam Tanggal 13 Februari 2010".

Alhamdulihhah, Aku bersama keluarga bertolak ke KLIA ~ jam 4.00  tg menghantar Puteri sulongku Hani Afiffa untuk berangkat Ke New Zealand. Selalunya seorang lelaki bergelar bapa sering cekal, kuat semangat dan cool dengan apa jua situasi tetapi tidak berlaku pada hari semalam. Dakapan dan ciuman terakhir yang ku berikan kepada Puteriku "Effa" merentap hati & sanubari. Aku cuba mengawal perasaan ketika itu tetapi aku tidak dapat membohongi diriku. Sebutir air jernih dikelopak mata adalah umpama sebutir berlian yang bukan mudah untuk diperolehi setiap masa. Hanya kepada ALLAH aku berdoa semuga puteriku diberikan kemudahan, perlindungan, kesejahteraan serta limpahan Iman & Takwa selamanya. Kami meredai hasrat dan cita-cita nya demi memartabatkan Agama Islam, Keluarga, Masyarakat dan Negara. 

Kami mendoakan semuga Allah memberi kemudahan dan dan perlindungan kepada puteriku Hani Afiffa di sepanjang penerbangan sehingga sampai ke destinasi nya seterusnya berjaya menjalani kehidupan yang sempurna di NZ.

Pesan Ayah, Jagalah dirimu, sentiasa menjaga Solat, Bacalah Al-Quran, jaga budi pekerti dan sentiasa menjauhi segala larangan Allah dan elakkan daripada perkara2 lagho seterusnya berwaspada daripada anasir2 tidak baik atau orang2 yang sentiasa mengambil kesempatan dan mengajak kearah keburukan.

Wassallam.


Wednesday, February 3, 2010

Foto di Madinah Al Munawarrah

Sebahagian gambar2 semasa di Madinah.


1. "Pemandangan di sekitar Mesjid Nabawi"



Pemandangan waktu malam disekitar Mesjid Nabawi.



Menara Payung yang "kuncup" pada waktu malam.


Mengabdikan kenangan yang teramat indah di dataran Mesjid Nabawi Madinah.


Tuesday, February 2, 2010

Foto kenangan


Foto pertama~ sebaik saja menjejakkan kaki di Jeddah Airport.



.......selepas melepasi pemeriksaan Imigeresen & kastam, Jemaah berehat sambil menanti Bas yang akan membawa kami ke Bumi Madinah.


Itulah Bas yang membawa kami ke Madinah....Kami berdoa & berserah kepada Allah supaya perjalanan kami dirahmati serta diberi keselamatan .(....walaupun hati berdebar-debar dan risau dengan cara pemanduan Pemandunya)


Perhentian pertama dalam perjalanan ke Madinah Al Munnawarah. Gambar bersama isteri , semasa singgah untuk solat suboh di R&R Restoran Yamen.



Alhamdulillah....kami telah sampai ke Bumi Rasul Mu Ya Allah. Pemandangan dari dalam bas semasa mencari lokasi "Pilgrimage Centre" untuk melaporkan kedatangan Jemaah serta Penyerahan dokumen2.
Insyaallah...ada lagi yang ingin dikongsi pada masa depan.










Tetamu ALLAH ~ Haji 1430H

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya , saya dan isteri terpilih sebagai tetamu Allah bagi tahun ini.
Ini merupakan saat-saat penuh bermakna dan penuh keberkatan . Setinggi-tinggi rasa syukur kerana dikurniakan kekuatan serta kemampuan untuk menunaikan kewajipan Rukun Islam yang ke-lima ini . Melalui ibadah Haji ini, mulalah kita menunaikannya sebagai suatu puncak kesempurnaan fardu ain dalam hidup kita.





"Ya Allah, Kami Mohon pertolonganmu Ya Allah.
Tunaikanlah Permintaan Kami ,Ya Allah.
Tahun Ini Kami Ingin Menunaikan Fardu Haji Dan Menjadi Tetamu Mu,
Ya Allah. Permudahkanlah Kami , Lindungilah Kami, Ya Allah .
Kurniakanlah Kesihatan Yang Baik Kepada Kami Ya Allah,
Fizikal Yang Baik Ya Allah, Fikiran Yang Lapang Dan Tenang , serta
Perbelanjaan Yang Mencukupi Ya Allah".

"Ya Allah, Hanya Padamu Kami Berserah Bagi Menjaga Anak-Anak Kami. Jagalah Keselamatan Mereka, Ya Allah. Berikanlah Jalan Dan Permudahkanlah Setiap Urusan."


Semuga Allah memberi kami kekuatan dan kesabaran dalam menjalani ibadah ini. Insyaallah.
"Rabbiyasser wala tu'asser rabbi atmim billkhairi"




Ampun Maaf.