Tuesday, February 16, 2010

Nabi Yusof & Aura Baju Yang belum dibasuh....


Beberapa hari lalu,aku berpeluang mendengar kuliah mengenai kisah Nabi Yusof, bapanya Nabi Yaakob serta adik beradiknya. Diterangkan mengenai kebaikan Nabi Yusof terhadap saudaranya biarpun mereka sebenarnya telah mengkhianatinya serta melanggar amanah bapa mereka Nabi Yaakob. Terserlah juga kepintaran Nabi Yusof mengatur strategi dan kecekapannya menguruskan Perbendaharaan Negara. Kejayaannya menangani isu 7 Tahun senang & 7 Tahun Sukar.

Tidak tergambar betapa sedihnya Nabi Yaakob atas kehilangan Nabi Yusof serta sikap anak-anaknya yang dengki dengan Nabi Yusof sehingga menyebabkan ia menjadi buta. Di pengakhiran kuliah, diterangkan Nabi Yaakob sembuh dengan izin Allah selepas anak-anaknya mengibas-ngibas Pakaian Nabi Yusof yang dibawa pulang daripada negeri Mesir. 

Maka...Fahamlah saya bahawa bau Pakaian seseorang itu ada auranya...lebih-lebih lagi seorang Nabi, agak sinonim dengan Masyarakat Melayu yang meninggalkan sebarang pakaian yang tidak dibasuh sebelum pergi berjauhan.


Wallahuallam..Ampun maaf.

No comments:

Post a Comment