Tuesday, July 20, 2010

KULIAH TAFSIR SURAH AL BAQARAH - ORANG MUNAFIK





Alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti kuliah Ust Abdullah Loutfy mengenai orang-orang munafik sepertimana yang diterangkan di dalam surah Al baqarah.

Sila rujuk surah Al baqarah Ayat 8 hingga 9.


8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.



Munafik terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Munafik Aqa'edi ( Akidah )

    - Kekal di dalam Neraka

2. Munafik Qauli Wafi'li ( Amali- kata dan perbuatan )

   
Diantara tanda-tanda orang munafik;

1. Bila berkata ia DUSTA.

2. Bila berjanji ia MUNGKIR & INGKAR.

3. Bila diberi Amanah dan tugas, ia TIDAK MENJALANKAN AMANAHNYA.


Dalam bahasa yang lain, MUNAFIK ialah seseorang yang bersikap buruk iaitu sentiasa MENIPU ALLAH --- TIPU RASUL -- DAN TIPU ORANG2 YANG BERIMAN.




"Diantara hadiran yang mengikuti kuliah Ust Abdullah loutfy"


Mengikut sejarah, Pertama kalinya timbul orang munafik ialah di Madinah dan orang Munafik pertama dikenali sebagai Abdullah Bin Ubai Bin Salul.


Wallahuallam. Ampun Maaf

Wassallam.

Monday, July 19, 2010

KELAS AL-QURAN , TAJWID & NASI ARAB



Alhamdulillah, semalam berpeluang keluar santai bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang belajar Al Quran & Tajwid berguru dengan Ybhg Al Fadhil Ust Musa.

Kami semua ke Persiaran Zapin Bukit Raja, Klang bagi merasai "Nasi Arab". Bagi sahabat2 yang pernah ke Mekah & Madinah , nasi begini memang tidak asing , lebih kurang "Nasi Mendi lah kira2nya.


Majlis ini juga sebagai tanda kesyukuran di atas limpah kurnia Allah Subhanahuwataala serta RahmatNya kepada kami semua. Ybhg Ust Musa pun turut sama hadir.



"Ini lah Talam Nasi Arab.. 3-in-1 (Chicken & Lamb Kabshah serta Chicken Roosted)"




"Ust Musa membaca doa kesyukuran......Amin"





"Hidangan telah tersedia....Tapaddhal Sheikh"



Cik Mat ......Pehhhhh..licin nampaknya.




"Hj Yahya, Hj Ahmad & Towkey Zali makan setalam"




"Haaaaaaaa.. Pekenapulak  Teh Arab pulak...terangkat"


Syukur kepada Allah yang memberi kita rezeki serta nikmat kesihatan untuk kita merasai makanan dan minuman yang disediakan.


Ampun Maaf. Wassallam. 

Friday, July 16, 2010

MENSYUKURI NIKMAT KESIHATAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat kesihatan yang baik kepada kita. Belajarlah menginsafi akan nikmat yang tidak ternilai anugerah yang Maha Berkuasa. Elakkan daripada merosakkan nikmat ini atau dengan lain perkataan jangan cuba untuk "Tidak Mensyukuri" nikmat Allah Subhannahuwataala.


Tadi, saya dikejutkan oleh panggilan dari sahabat dan juga jiran sebelah dengan nada suara yang lain dari biasa....rupa2nya beliau tidak sihat. Memanglah beliau ada sejarah kesihatan iaitu pernah menjalani rawatan jantung dan ini merisaukan saya.




Beginilah gambaran jantung kita.....


Dari percakapannya & fizikalnya....ada beberapa simptom yang terjadi:

  1. Beliau merasa tangannya & bahunya berat seperti menanggung beban.
  2. Anggota badanya berpeluh....titik2 peluh yang agak besar
  3. Denyutan jantungnya lebih laju daripada biasa.
  4. Tekaknya kering dan rasa seperti tersekat serta terasa haus.
Apa lagi....beliau terus ku dibawa ke KPJ Specialist centre Shah Alam. Dalam kereta sempatlah berbual-bual ringan serta bertanyakan status kesihatannya dari masa kesemasa ..Alhamdulillah ,setibanya di lebuhraya persekutuan Shah Slam, beliau berkata peluhnya sudah berkurang dan beliau seperti telah mendapat Oksigen kembali dan merasakan sedikit selesa..

Sampai saja di KPJSpecialist Centre Shah Alam, terus ke Emergency Ward utk pemeriksaan tekanan darah & ECG. Doktor yang merawat merumuskan kemungkinan sahabatku ini stress & penat. Beliau disyorkan berehat dan bertenang.

Syukur kepada Allah, hanya kepadaMu kami berserah dan Memohon pertolongan. Amin

Ampun Maaf. Wassallam.

Tuesday, July 13, 2010

WASIAT SAIDINA ABU BAKAR AS SIDIQUE



 


Sebahagian besar sejarah menerangkan bahawa Perlantikan Pengganti Khalifah Saidina Abu Bakar As Sidique telah dilaksanakan menerusi Wasiatnya selepas mengambil kira keputusan mesyuarat dikalangan Pemimpin-pemimpin Islam.

Semasa proses ini hendak dijalankan, Saidina Abu Bakar menangis dan orang-orang lain pun turut sama menangis. Apa kata mereka yang hadir " Wahai pemimpin yang dipilih oleh Rasulullah, kamu adalah orang yang paling baik diantara kita dan orang yang paling mengetahui antara kita, Maka pilihlah untuk kami Pengganti Khalifah seterusnya". Saidina Abu Bakar menjawab " Saya mempunyai cadangan dan saya akan memilih yang paling baik untuk kamu semua,InsyaAllah".

Lalu , Saidina Abu Bakar memanggil Saidina Usman menyuruhnya menulis wasiat berikut:

"Tulislah dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan maha Penyayang. Ini adalah janji Abu Bakar Bin Abu Quhafah semasa akhir umurnya di dunia dan awal masanya di akhirat, sehingga orang kafir menjadi beriman, orang jahat menjadi yakin dan pembohong menjadi benar.
Saya memilih Umar Bin Khatab menguruskan hal2 kamu selepas saya, maka dengar dan taatlah kepada nya, saya mengharap kepada Allah, rasulnya, agamanya , diri saya dan kamu smua hanya kebaikan. Jika memang demikian halnya maka itu adalah perkiraan dan pengetahuan saya. Jika tidak demikian, maka setiap orang bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya. Saya mengharap kebaikan dan saya tidak mengetahui perkara ghaib. Orang yang melakukan kezaliman akan mengetahui ketempat mana mereka akan kembali. Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh"

Kemudian Abu Bakar memanggil Umar bersendirian dan beliau berwasiat seperti wasiat yang diberikan Rasulullah kepadanya.

Pengajaran dari kisah diatas :

  • Abu Bakar memilih Umar bukan atas pendapatnya sendiri
  • Keputusan atas Panduan Nabi Muhamad iaitu melalui Mesyuarat.
  • Mesyuarat terdiri dari para sahabat & pemimpin-pemimpin Islam
  • Keputusan dibuat secara teliti memandangkan Abu bakar lebih memahaminya kedudukan anggotanya kerana pernah memegang jawatan Khalifah
  • Islam memerlukan kekuatan, kegagahan dan keadilan...dan Umarlah calun yang paling sesuai.

Semuga kita mendapat Panduan dan pengajaran dari nya, InsyaAllah.

Ampun Maaf. Wassallam.

Sunday, July 11, 2010

UCAPTAMA SEORANG PEMIMPIN BESAR......KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDIQUE

Khalifah Pertama Kerajaan Islam selepas kewafatan Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW ialah Saidina Abu Bakar As Sidique.


Perlantikan Khalifah tidak ditetapkan oleh baginda Rasulullah tetapi urusan ini dibuat secara mesyuarat dikalangan pemimpin dengan penuh hikmah.



Perlantikannya juga berpandukan kepada beberapa "hint" oleh Nabi Muhamad SAW seperti melantiknya mengimamkan solat semasa keuzuran baginda.

"Kawasan Bani Saidah dimana Persetujuan dicapai dalam melantik khalifah"


Apabila sahaja dilantik menjadi Khalifah, Saidina Abu Bakar As Sidique telah menyampaikan ucaptama sulungnya seperti berikut:

"SESUNGGUHNYA SAYA SUDAH BERKUASA KEATAS KAMU SEMUA PADAHAL SAYA BUKANLAH ORANG YANG PALING BAIK DI KALANGAN KAMU SEMUA.

  • APABILA SAYA BAIK, BANTULAH SAYA, APABILA SAYA BURUK, LURUSKANLAH SAYA.

  • KEBENARAN ADALAH AMANAH, PEMBOHONGAN ADALAH KHIANAT.

  • ORANG YANG LEMAH DIANTARA KAMU SEMUA ADALAH ORANG YANG KUAT DI SISI SAYA, SEHINGGA SAYA MENGEMBALIKAN HAKNYA .

  • ORANG YANG KUAT DIANTARA KAMU SEMUA ADALAH ORANG YANG LEMAH DI SISI SAYA, SEHINGGA SAYA MENGAMBIL HAK DARINYA.

  • JIKA SUATU KAUM MENINGGALKAN PERJUANGAN (JIHAD), MAKA ALLAH MENGHINA MEREKA. DAN TIDAK TERSEBARNYA KEBURUKAN DALAM KAUM KECUALI ALLAH AKAN MENDATANGKAN BALA BENCANA KEPADA MEREKA.

  • TAATILAH SAYA, SELAMA MANA SAYA MENTAATI ALLAH DAN RASULNYA.

  • JIKA SAYA MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, MAKA TIDAK ADA KETAATAN KEPADA SAYA"

"Bergambar di Taman Bani Saidah yang masih dipelihara hingga kini.......
Udaranya sejuk dan sungguh menenangkan..Allahuakbar"


Semuga kita mendapat pedoman & manfaat dari peristiwa ini, Insyaallah.

Ampun Maaf. Wassallam.



Thursday, July 8, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - PINTU MASJIDIL HARAM



Alhamdulillah, kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara2 mengenai Pintu-pintu Masuk ke Masjidil Haram.


"Pemandangan Pintu Masuk  dari sebelah Jabal Kaabah"



"Babul Nadwah"


 
 "Babbul Fatah"


 


"Babul Madinah"




"Babul King Abdul Aziz"


Semuga ada manfaat.

Ampun Maaf. Wassallam.

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - IBADAH ZAKAT

Sedar-sedar dah bulan julai. Insyaallah. tak lama lagi kita akan berpuasa serta berhari raya. Rasanya , baru saja kita tempuh ramadhan lalu...itulah MASA namanya...berputar meninggalkan kita.


Baru-baru ini saya ke Sabak Bernam menghantar Puteri kedua balik ke asrama. Sempat jugalah singgah ke Mesjid Sabak Bernam.

Apa yang menarik perhatian saya ialah mengenai peringatan kepada kita supaya menjalankan tanggungjawab Berzakat.

Lihatlah paparan berikut;

"Sekecil mana Ibadah Zakat ANDA, sudah memadai untuk mereka berlindung"


Justeru itu, Pihak Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPI), telah mengambil inisiatif mengadakan Program kesedaran Berzakat dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor baru-baru ini. Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan.




Penerangan Zakat oleh Wakil PZS semasa Program Sehari bersama
Pusat Zakat Selangor anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam.



......Diantara Pekerja yang mendaftar untuk Berzakat melalui potongan Gaji


Diakhir Program, Pihak PKPI &PZS bertukar-tukar Cenderahati sebagai tanda ingatan menjayakan Program ini.



YDP PKPI menerima cenderahati daripada Pengarah Pusat Zakat Selangor.


Alhamdulillah , semuga kita mendapat suatu suntikan dan manfaat daripada Program seumpama ini demi Kesejahteraan Umat Islam Seluruhnya.


Ampun Maaf. Wassallam.