Tuesday, July 13, 2010

WASIAT SAIDINA ABU BAKAR AS SIDIQUE



 


Sebahagian besar sejarah menerangkan bahawa Perlantikan Pengganti Khalifah Saidina Abu Bakar As Sidique telah dilaksanakan menerusi Wasiatnya selepas mengambil kira keputusan mesyuarat dikalangan Pemimpin-pemimpin Islam.

Semasa proses ini hendak dijalankan, Saidina Abu Bakar menangis dan orang-orang lain pun turut sama menangis. Apa kata mereka yang hadir " Wahai pemimpin yang dipilih oleh Rasulullah, kamu adalah orang yang paling baik diantara kita dan orang yang paling mengetahui antara kita, Maka pilihlah untuk kami Pengganti Khalifah seterusnya". Saidina Abu Bakar menjawab " Saya mempunyai cadangan dan saya akan memilih yang paling baik untuk kamu semua,InsyaAllah".

Lalu , Saidina Abu Bakar memanggil Saidina Usman menyuruhnya menulis wasiat berikut:

"Tulislah dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan maha Penyayang. Ini adalah janji Abu Bakar Bin Abu Quhafah semasa akhir umurnya di dunia dan awal masanya di akhirat, sehingga orang kafir menjadi beriman, orang jahat menjadi yakin dan pembohong menjadi benar.
Saya memilih Umar Bin Khatab menguruskan hal2 kamu selepas saya, maka dengar dan taatlah kepada nya, saya mengharap kepada Allah, rasulnya, agamanya , diri saya dan kamu smua hanya kebaikan. Jika memang demikian halnya maka itu adalah perkiraan dan pengetahuan saya. Jika tidak demikian, maka setiap orang bertanggungjawab atas dosa yang dilakukannya. Saya mengharap kebaikan dan saya tidak mengetahui perkara ghaib. Orang yang melakukan kezaliman akan mengetahui ketempat mana mereka akan kembali. Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh"

Kemudian Abu Bakar memanggil Umar bersendirian dan beliau berwasiat seperti wasiat yang diberikan Rasulullah kepadanya.

Pengajaran dari kisah diatas :

  • Abu Bakar memilih Umar bukan atas pendapatnya sendiri
  • Keputusan atas Panduan Nabi Muhamad iaitu melalui Mesyuarat.
  • Mesyuarat terdiri dari para sahabat & pemimpin-pemimpin Islam
  • Keputusan dibuat secara teliti memandangkan Abu bakar lebih memahaminya kedudukan anggotanya kerana pernah memegang jawatan Khalifah
  • Islam memerlukan kekuatan, kegagahan dan keadilan...dan Umarlah calun yang paling sesuai.

Semuga kita mendapat Panduan dan pengajaran dari nya, InsyaAllah.

Ampun Maaf. Wassallam.

No comments:

Post a Comment