Saturday, October 30, 2010

CERAMAH PERDANA YBHG USTAZ KAZIM ELIAS AL HAFIZ


Alhamdulillah dengan izin Allah, seperti yang dirancang Ybhg Ust Kazim Elias Al Hafiz telah dapat meluangkan masanya hadir ke Ceramah Perdana di Balai Islam TNB Kapar. Kami semua berasa sungguh bertuah menerima kunjungan Ybhg Ustaz bagi kali yang ke 3 ini.


Sebenarnya ...keutamaan kami ialah Ilmu yang hendak disampaikan bukan perkara2 lain. Approach yang di lakukan oleh ustaz memang menarik ramai khalayak & masing2 kyusuk mendengar butir-butir ilmu yang keluar dari mulut ustaz.

Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 125 : "Serulah ke jalan TuhanMu (Wahai Muhamad) dengan Hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik"



Hadis Riwayat Muslim : "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju Syurga".




Alhamdulillah, diantara tetamu yang hadir khusuk mendengar ceramah ustaz. (YM Ungku Ibrahim, AB Wahab...semua dah pencen tapi tinggal sekitar Kapar)



Saya tak lepas peluang bergambar bersama Ust Kazim..satu kenangan Indah.


Mudah-mudahan kita dapat menjadi Hamba yang sentiasa ingat kepada Maha Pencipta. Ingatlah! Keutamaan menuntut ilmu sangatlah tinggi dan terlalu bernilai.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr: "Andaikata engkau berjalan kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersembahayang seratus rakaat"


Sekian Ampun Maaf

Saturday, October 23, 2010

KT102 REUNION 23-oct-2010

Gambar2 semasa kami Reunion di rumah YB Hj Zainal & hjh Norma.











Jumpa lagi. Ampun maaf.

KT102 REUNION AT KELANA JAYA



Alhamdulillah, Hari ini memang hari yang sangat bertuah dan akan diingati selalu kerana kami dipertemukan sekali lagi dalam majlis  reunion KT102 yang di adakan oleh sahabat yang sangat Baik dan Pemurah iaitu YB Hj Zainal dan isterinya Pn Hjh Norma di rumah beliau di Kelana Jaya.

Ada juga diantara kami yang tercari-cari rumah YB ni tetapi alhamdulillah semuanya selamat sampai. Kalau ingin bertanya mengenai rumah YB, landmarknya ialah Padang PKNS Kelana Jaya, bersebelahan dgn jalan masuk ke rumah YB.



YB Hj Zainal..sedang mengalu-alukan tetamu (macam tengah berucap aje...)

Kami sedang menunggu rakan2 sampai utk solat Zohor berjamaah.

Hj Kadri & Hj Ghazali........saya teringat masa sama-sama  dalam van bertalbiah ke Tanaeim



Solat Zohor berjamaah ...Hj Ghazali Sheikh Ibrahim menjadi Imam.



 Hj Roff, Hj !!!!! maaf lupa nama, saya & Hj Shukery @ Yeob rancak berbual...sambil makan.

Banyak menu disediakan oleh Hjh Norma....Nasi Putih,sambal tumis udang, Kari Ikan Masin, Pecal,"Ayam goreng Kelana Jaya",ulam-ulaman, "Mee Rebus spesel Kelana Jaya" tidak ketinggalan berbagai jenis cookies termasuk kacang special.



Bergambar bersama-sama sebelum pulang..sentimental aje semuanya.


Saya berdoa semoga persahabatan kami ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Subhannahuwataala. Insyaallah.

Jazzakumullah khairan kathiran YB.

Sekian. Ampun Maaf.

Tuesday, October 5, 2010

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA





Alhamdulillah, siri Kuliah tafsir di Balai Islam bersambung setelah berehat sempena Ramadhan & Syawal. Walau pun kehadiranku agak terlewat sedikit tetapi aku dapat catch-up apa yang Ustaz Abdullah Loutfy terangkan dari awal.

Berbuat Baik kepada Ibubapa - itulah tajuknya dan Keterangan ini merujuk kepada Firman Allah, Surah Al-Ahqaaf (46) ayat 15.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan mengenai tempoh mengandung dan menyusu bagi seseorang perempuan (Ibu) iaitu selama 30 bulan. Bagi mencari tempoh sebenar perempuan mengandung, kita merujuk kepada surah Loqman Ayat 14 dan Surah Al Baqarah,ayat 233 dimana diterangkan dengan jelas tempoh bagi penyusuan iaitu selama 2 haulin (2 tahun). Hasil drpd pengiraan matematik, tempoh minima bagi yg dinamakan "mengandung" sahaja ialah 6 bulan (hasil tolak 30 bulan - 24 bulan = 6 bulan).
Berbuat baiklah kepada ibubapa terutamanya ibu yang telah mengandung,menyusu dan berhadapan dengan segala macam kepayahaan dan dugaan sehinggalah anaknya besar. Menghormati,mentaati serta tidak melakukan sesuatu yg menyebabkan mereka sedih dan terasa hati adalah tanggungjawab seseorang anak yang utama.
Memetik kata2 Arwah teman saya, Abg Bakar dulu,"Jika kita tidak dapat menyenangkan mereka, JANGAN pula kita tambah susahnya pula".

Sampai umur 40 tahun, inilah tempoh matang yang sesuai bagi menjadi seorang Pemimpin. Sebagai pemimpin, haruslah bersedia menghadapi pelbagai situasi dan cubaan berbekalkan Ilmu dan asuhan sebelum ini, barulah mereka dapat menjalankan tugas2 untuk mengubah nasib kaum keluarganya atau masyarakat amnya.

Surah Ar-Ra'ad,46 ayat 11.Allah berfirman Mafhumnya:

......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.


Mohon kepada Allah supaya merahmati dan memberi kebaikan kepada anak cucu kita. Justeru itu juga  berusahalah agar sentiasa mendapatkan keredaan kedua ibubapa dalam apa jua keputusan dan keadaan.
Sesungguhnya Bertaubatlah dan berserah diri kepada Allah agar mendapat kerahmatan dan perlindungannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf ayat 16 mafhumnya:

...mereka (yang bersifat Dengan sifat-sifat Yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang Yang Kami terima dari mereka amalnya Yang baik Yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (Mereka akan dimasukkan) Dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji Yang benar, Yang telah dijanjikan kepada mereka.

Sekian Ampun maaf. Wassallam.





PMR BERMULA...

"You can do it my Dear"

Hari ini bermulanya perjuangan Puteri ketigaku Hani Wajihah dalam peperiksaan PMR nya. Insyaallah dengan kesungguhan dan usaha yang telah 'adik' lakukan...Allah Maha melihat dan Mendengar akan keluhan dan permintaan Hambanya ini.


Ayah doakan moga adik tenang dan penuh yakin menghadapi peperiksaan ini. Hilangkan was-was dan perasaan yang tak menentu, terus kan menjawab dengan tepat  & betul.


"Ya Allah! Kurniakan kepada anakku Hani Wajihah kesihatah tubuh badan, ketenangan hati , kebijaksanaan dan daya ingatan yang baik untuk menghadapi PMRnya. Permudahkanlah Urusan peperiksaannya. Jauhilah ia daripada sifat cuai dan melakukan kesilapan, Jauhilah ia dari gejala sosial masa kini. Anugerahkanlah kepadanya Ya Allah, keputusan Yang Paling Cemerlang dalam PMRnya supaya dapat masuk SBP spt , KISAS , MRSM atau SBP yang Lain.

Ya Allah, KepadaMu jualah tempat kami bergantung harap . Tunduk dan mengharapkan keredaanMu Ya Allah." Ameen.