Tuesday, October 5, 2010

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA





Alhamdulillah, siri Kuliah tafsir di Balai Islam bersambung setelah berehat sempena Ramadhan & Syawal. Walau pun kehadiranku agak terlewat sedikit tetapi aku dapat catch-up apa yang Ustaz Abdullah Loutfy terangkan dari awal.

Berbuat Baik kepada Ibubapa - itulah tajuknya dan Keterangan ini merujuk kepada Firman Allah, Surah Al-Ahqaaf (46) ayat 15.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan mengenai tempoh mengandung dan menyusu bagi seseorang perempuan (Ibu) iaitu selama 30 bulan. Bagi mencari tempoh sebenar perempuan mengandung, kita merujuk kepada surah Loqman Ayat 14 dan Surah Al Baqarah,ayat 233 dimana diterangkan dengan jelas tempoh bagi penyusuan iaitu selama 2 haulin (2 tahun). Hasil drpd pengiraan matematik, tempoh minima bagi yg dinamakan "mengandung" sahaja ialah 6 bulan (hasil tolak 30 bulan - 24 bulan = 6 bulan).
Berbuat baiklah kepada ibubapa terutamanya ibu yang telah mengandung,menyusu dan berhadapan dengan segala macam kepayahaan dan dugaan sehinggalah anaknya besar. Menghormati,mentaati serta tidak melakukan sesuatu yg menyebabkan mereka sedih dan terasa hati adalah tanggungjawab seseorang anak yang utama.
Memetik kata2 Arwah teman saya, Abg Bakar dulu,"Jika kita tidak dapat menyenangkan mereka, JANGAN pula kita tambah susahnya pula".

Sampai umur 40 tahun, inilah tempoh matang yang sesuai bagi menjadi seorang Pemimpin. Sebagai pemimpin, haruslah bersedia menghadapi pelbagai situasi dan cubaan berbekalkan Ilmu dan asuhan sebelum ini, barulah mereka dapat menjalankan tugas2 untuk mengubah nasib kaum keluarganya atau masyarakat amnya.

Surah Ar-Ra'ad,46 ayat 11.Allah berfirman Mafhumnya:

......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.


Mohon kepada Allah supaya merahmati dan memberi kebaikan kepada anak cucu kita. Justeru itu juga  berusahalah agar sentiasa mendapatkan keredaan kedua ibubapa dalam apa jua keputusan dan keadaan.
Sesungguhnya Bertaubatlah dan berserah diri kepada Allah agar mendapat kerahmatan dan perlindungannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf ayat 16 mafhumnya:

...mereka (yang bersifat Dengan sifat-sifat Yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang Yang Kami terima dari mereka amalnya Yang baik Yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (Mereka akan dimasukkan) Dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji Yang benar, Yang telah dijanjikan kepada mereka.

Sekian Ampun maaf. Wassallam.





No comments:

Post a Comment