Thursday, April 23, 2009

Ilmu....


Assallammualaikum wbr..

Lepas magrib tadi sempat ikuti Kuliah Maghrib Ybhg Dato'Timbalan Mufti Negeri Selangor. Seorang yang berilmu , banyak pengalaman serta lembut pendekatannya. Tajuknya macam tiada kaitan dengan aku tetapi  sebenarnya adalah tanggungjawab aku untuk mempelajari & memahaminya.  Ini berkaitan dengan orang perempuan, emak kita,isteri,anak perempuan ,ipar duai dll.Tajuknya "Haid, Nifas & Istihadah". Kitab rujukan Matla'ul Badrin,diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Sebenarnya ini mengembalikan nostaglia zaman kanak2 semasa belajar di Sekolah Ugama Johor. Kitab inilah yang kami gunakan dulu dalam bab Fiqh,Munakahat, muamallat & Jenayat.Yang bezanya ialah kitab sekarang sudah menggunakan bahasa moden dan mudah difahami berbanding dulu dengan bahasa Zaman Munshi Abdullah...ejaannya pun jauh berbeza. Contoh Bumi dieja Bom, Topi dieja tupai dan banyak lagi.

Berbalik kepada kuliah tadi, kesimpulannya fahamlah saya ta'rif Haid,Nifas & Istihadah...tempoh masa ia berlaku & berakhir,perkara perkara yg diharamkan ,cara-cara membersihkannya..bagaimana untuk bersolat dalam hadas (da'imul hadas) lengkap dengan kaedah berwuduk serta solat.

Alhamdulillah,  dengan sedikit ilmu yang dipelajari,maka bertambahlah manfaat kepada diri,keluarga & masyarakat.Insyaallah

Wassallam.

Wednesday, April 22, 2009

AKU DISINI.....

Kampung Tok Muda Letak Negeri,

Tiga Chimney  Teguh Berdiri,

Tersergam indah tampak berseri,

Stesen Janaelektrik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Kapar nama diberi,


Wasiat - Fikirkan Orang Tersayang

Alhamdulillah,  Jam 3.30 ptg tadi Staff salah satu syarikat Pengurusan Wasiat membuat kunjungan hormat ke pejabatku. Mereka datang bertiga iaitu sepasang suami isteri dan rakannya. Sebelum kunjungan ini, mereka ada urusan di Klang justeru itu ambil peluang berjumpa aku.

Hasratku disini ialah untuk berkongsi maklumat serta memberikan kesedaran kepada diri sendiri serta saudara saudara mengeni pentingnya Wasiat ini. Demi mereka yang ditinggalkan, seharusnya perkara ini menjadi agenda utama . Tak kiralah berapa jumlah harta & nilainya, sikit atau banyak biarlah ianya diurus dengan sebaiknya dan yang penting sekali ia tidak mengambil masa yang terlalu panjang. Sudah tentu ia memberikan kebaikan kepada isteri,anak & mereka yang ditinggalkan.

Mudah Mudahan mereka yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan dengan selesa serta mendapat keadilan kepada semua yang terlibat.

Jangan berlengah lagi, dapatkan penerangan daripada wakil wakil syarikat pengurusan wasiat kemudian pilihlah yang terbaik. Insyaallah,ada keberkatan.

Wallahhu'alam

Tuesday, April 21, 2009

..Kepada Mu aku Berserah


Sedikit catitan ku semasa menghadiri siri kuliah oleh Al Fadhil Ust.Mohd Zaid Hamzah iaitu mengenai Doa .

Semasa berdoa, kita bukan hanya setakat MEMBERITAHU AKAN SESUATU kepada Allah Subhannahuwataala tetapi jangan lupa untuk MEMINTA SESUATU daripada ALLAH .

Wallahu'alam

Monday, April 20, 2009

Catatan seribu makna- TAKWA


Assallammualaikum wbrkth..

Alhamdulillah sebentar tadi aku berpeluang bersama sahabat-sahabat mengikuti kuliah Ybhg Ust.Abdullah Loutfy. Diantara isi kuliah yang mengejutkan rasa mengantukku dan masih upaya ku ingati ialah perkara mengenai ini. Kata Ustaz," Tinggalkan Yang Halal Untuk Mencapai Takwa yang sebenar". Apa hubungan diantara menanggalkan cincin suasa, tidak makan Budu, tidak Makan Ayam di Restoran Terkenal dengan perkara ini. Biasanya kita disuruh meninggalkan perkara yang haram saja tetapi ini pula benda yang Halal. Memeningkan juga jika tak dapat penjelasan menyeluruh.

Apa yang dimaksudkan oleh Ust ialah  contohnya Budu, hasil produk yang memang sedap dimakan . Tahukah kita bagaimanakan bermulanya proses pembuatannya ,daripada ikan yang pelbagai,dicampur garam dan lain lain bahan sehingga menjadi budu. Dipersoalkan, adakah proses ini menepati tuntutan syarak?

Kedua Ayam Goreng Restoren Terkenal misalnya, bagaimanakah prosesnya berlaku daripada sembelihan,pencucian sehingga penyediaannya. Yakinkah kita cukup dengan Sijil yang ada?

Ketiga, tanggalkan cincin suasa yang kita pakai...ada sedikit kandungan emas di dalamnya. Walaupun sedikit ,yakinkah kita?

Isunya disini ialah walaupun benda-benda ini dianggap kecil...dosanya juga kecil dan kita pula akan sentiasa menanggung dosa yang kecil kecil ini sepanjang terlibat dengan perkara ini. Apa akan berlaku pada jangkamasa yang panjang...Subhannallah.

Alhamdulillah, fahamlah saya akan perkara ini..rupa-rupanya banyak benda yang tidak diambil serius sedangkan natijahnya amat besar.

Muga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.

Wassallam.

...... SELEPAS NOKTAH


Assallammualaikum wbrth..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ini, selepas "sedetik dekad" terhenti. Alhamdulillah dengan berbekalkan semangat dan hasrat, hari ini terlaksana juga apa dicita. Berhijrah kepada blog yang baru ini adalah satu muhasabah diri. Saya berdoa semuga apa yang saya hasratkan akan terlaksana dan mencapai matlamat sebenar, Insyaallah.