Monday, April 20, 2009

Catatan seribu makna- TAKWA


Assallammualaikum wbrkth..

Alhamdulillah sebentar tadi aku berpeluang bersama sahabat-sahabat mengikuti kuliah Ybhg Ust.Abdullah Loutfy. Diantara isi kuliah yang mengejutkan rasa mengantukku dan masih upaya ku ingati ialah perkara mengenai ini. Kata Ustaz," Tinggalkan Yang Halal Untuk Mencapai Takwa yang sebenar". Apa hubungan diantara menanggalkan cincin suasa, tidak makan Budu, tidak Makan Ayam di Restoran Terkenal dengan perkara ini. Biasanya kita disuruh meninggalkan perkara yang haram saja tetapi ini pula benda yang Halal. Memeningkan juga jika tak dapat penjelasan menyeluruh.

Apa yang dimaksudkan oleh Ust ialah  contohnya Budu, hasil produk yang memang sedap dimakan . Tahukah kita bagaimanakan bermulanya proses pembuatannya ,daripada ikan yang pelbagai,dicampur garam dan lain lain bahan sehingga menjadi budu. Dipersoalkan, adakah proses ini menepati tuntutan syarak?

Kedua Ayam Goreng Restoren Terkenal misalnya, bagaimanakah prosesnya berlaku daripada sembelihan,pencucian sehingga penyediaannya. Yakinkah kita cukup dengan Sijil yang ada?

Ketiga, tanggalkan cincin suasa yang kita pakai...ada sedikit kandungan emas di dalamnya. Walaupun sedikit ,yakinkah kita?

Isunya disini ialah walaupun benda-benda ini dianggap kecil...dosanya juga kecil dan kita pula akan sentiasa menanggung dosa yang kecil kecil ini sepanjang terlibat dengan perkara ini. Apa akan berlaku pada jangkamasa yang panjang...Subhannallah.

Alhamdulillah, fahamlah saya akan perkara ini..rupa-rupanya banyak benda yang tidak diambil serius sedangkan natijahnya amat besar.

Muga kita semua mendapat hidayah daripada Allah.

Wassallam.

No comments:

Post a Comment