Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


"Selamat Hari Guru" . Ucapan Ikhlas ini ditujukan kepada semua guru-guru, tak kiralah samada yang memang berjawatan Guru atau Pendidik yang tiada gelaran guru / berjawatan..asalkan berfokus ke arah matlamat yang sama  iaitu Memberi Ilmu dan mendidik.

Cabaran sekarang memang berat bagi guru2, Sebagai Ibubapa marilah kita bersama-sama seiring membantu guru-guru dengan melaksanakan tanggungjawab kita tanpa hanya membebankan pihak guru sahaja.


Berlapang dadalah...Tiada sesiapa pun yang hendak anak muridnya gagal dan tidak berdisiplin. kalau hanya dihadiahkan sedikit rotan kecil, anggaplah itu tandanya "sayang"..Jangan mudah melenting, repot sana-sini , saman sana-sini yang akhirnya....Murid juga yang rugi dan tidak berilmu.

Jangan hanya menghukum kesemua guru dengan justifikasi kes-kes terpencil, tetapi bertindaklah dengan persepsi yang lebih luas dan bernas demi kebaikan majoriti anak-anak murid.

Fahamilah....Mereka juga ada perasaan. Tekanan dan bebanan tugas kadangkala membuat mereka hilang sedikit kesabaran. Ibubapa perlu punya kawalan emosi yang baik dalam menangani isu anak2 dan perhubungan dengan pihak sekolah.

Perbincangan dan Hubungan yang baik diantara keduanya pasti menghasilkan sesuatu yang berguna untuk pendidikan dan sahsiah diri pelajar.

Akhirul kalam....Cikgu, Terima Kasih kerana pengorbanan dan ikhtiarmu menjadikan kami Murid yang berilmu dan berjaya dalam kehidupan.

Ampun Maaf. Wassallam

Wednesday, May 12, 2010

SELAMAT HARI LAHIR VS BULAN MEI

Assallammualaikum wbrkth...

Sebenarnya di bulan Mei ini terdapat banyak hari-hari yang kita diraikan ,spt Hari Pekerja ,Hari Ibu,Hari Jururawat, Hari Guru dan macam-macam Hari lagi.

Semuanya sekadar ingin memberikan penghormatan ke atas penglibatan  dan sumbangan seseorang kepada keluarga ,masyarakat dan negara. Syukurlah...kita masih berpeluang merasai bermacam-macam sambutan seperti ini dalam suasana yang mesra dan tenteram.

Hand made B'day card oleh anak2....

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan saya peluang untuk mengecapi hidup serta merasai cubaan dan dugaan yang nyatanya untuk menjadikan saya lebih tabah serta berkeyakinan. Hari ini usiaku menjangkau 49 Tahun...setahun lagi dapat gelaran Y.A.B (Yang Akan Bersara).Terlalu banyak yang belum begitu sempurna pada diriku,lantas akan terus berusaha kearah kesempurnaan yang dihajati. Aku bertambah dewasa manakala....anak-anak pula meningkat remaja.

Depa bagi surprise...kena tiup le pulak!!!
Aku memohon kepada Allah SWT semuga diberikan kesihatan,kesejahteraan,kemampuan berfikir yang tinggi dan tenaga untuk bertindak serta melimpahkan Rezeki kepadaku dan keluarga.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Isteriku Adibah Mohd Ishak dan Anak-anak Hani Afiffa, Hani Fareha, Hani Wajihah & Zariff Aqeel yang bersusah payah menyediakan sebiji Kek Strawberry untuk ku serta memberikan sekeping "Hand made" Birthday card yang sangat cantik dan kreatif.
I luv u all.



Kek Hadiah dari isteri tercinta...Tq Yang

Semuga apa yang ku lakukan tidak sia-sia dan mendapat kerahmatan dari Allah SWT, Insyaallah.

Sekian Ampun Maaf.

Wassallam.


Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU 2010

Assallammualailum wbrkth...


Firman Allah dalan Surah Al Israa' Mafhumnya :"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata) : "Wahai Tuhanku ! Cucurilah Rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil"







Sebenarnya amat sukar untuk meluah kata-kata sempena Hari Ibu yang penuh makna. Aku cuma ingin berpesan kepada diriku sendiri serta sahabat2 yang masih ber IBU beberapa perkataan semuga kita beroleh kerahmatan daripada Allah Subhanahuwataala, Insyaallah.

1. Redha Allah kepada kita atas reda kedua ibubapa.
2. Peliharalah (berbuat baik kepada nya),sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua kakinya.
3. Gembirakan hatinya atau setidak-tidaknya TIDAK menambah Dukanya.
4. Berilah ia kesenangan atau setidak-tidaknya TIDAK menambah Susahnya.
5. Sentiasa menghubungi & mengambil berat kehidupan seharian mereka.
6. Mendoakan Kesejahteraannya & memaafkan mereka selepas setiap Solat.
7. Menunaikan Hajat mereka dengan "Menjadi Insan Yang Berjaya...di Dunia & Akhirat" disamping menjaga kebajikan mereka selama hidupnya.
8. Diwaktu kita punya kesempatan lagi, sentiasalah melakukan Yang Terbaik untuk IBU agar tidak menyesal dikemudian hari.
9.Akhirnya ,setiap kali bertemu dan berpisah....Peluklah & Ciumlah kedua IbuBapa  dan pohon kemaafan dari mereka serta mohon dihalalkan segalanya.
10. Ingatlah ! What You Give, You Get Back

     I   - Ingat , Insafi segala usaha dan derita Ibu selama membesarkan kita.
    B  - Berusaha sebaik mungkin hingga berjaya & Berilah Kebahagiaan kepada mereka
    U  - Usah derhaka, Utamakan Ibumu dan Usah lupa diri umpama "Si Tanggang".


Insyaallah,  Kami akan sentiasa Doakan  , Semuga Emak dikurniakan Kerahmatan, Kebahagiaan, Kesejahteraan, keselamatan, Kesihatan yang Baik dalam menjalani Ibadah dan kehidupan seharian disamping Abah . Amin.

Wassallam.

Ampun Maaf Dari AnakMU.

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA 2010

Alhamdulillah, diam tak diam dah setahun berposting dalam blog ni. Maka pada hemahnya semakin berusialah kita,semakin berilmulah kita dan semakin dekatnya kita menghampiri hari rehat yang panjang (pencen lah).

Sempena Hari Pekerja ,saya ingin bermuhasabah diri khusus bagi diri ini sebagai seorang Pekerja.

Sedap kek tu...khas utk staff BSS yang lahir pada Jan-Mei Tahun xxxx. 

Kita maklum, Kerja itu suatu Ibadah yang dikerjakan dengan hanya mengharapkan keredaan Allah. Ada misi dan visi yang hendak dicapai.


Perkataan pekerjaan itu sendiri bermaksud apa jua pekerjaan, sama ada pekerjaan yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Terdapat pula dua jenis perlakuan yang menjadi asas kepada kebaikan dalam pekerjaan dan pengeluaran iaitu amanah dan ikhlas. Kedua-duanya bersatu dalam diri seorang mukmin dalam bentuk yang sempurna.

Bersesuaian dengan maksud Surah An Nur ayat 37 "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan".

Iman mendidik seorang mukmin untuk tidak hanya bekerja atas dorongan peribadi semata-mata, tetapi yang menjadi perhatiannya adalah bagaimana untuk meningkatkan kualiti pekerjaannya. Semua itu didasari oleh perasaan yang penuh yakin dan pasti bahawa Allah mengawasi pekerjaan kita dan Allah melihat sama ada kita berada di tengah ladang atau di dalam bangunan yang tertutup.


Dalam suatu Hadith Rasulullah bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang bekerja untuk menanggung bebanannya, maka dia adalah seperti mujahid di jalan Allah. Sesiapa yang mencari dunia secara halal dalam keadaan menjaga kehormatan diri, maka dia berada pada darjat para syuhada.” (Riwayat Tabrani daripada Abu Hurairah)

Saya mengajak diri saya sendiri serta rakan-rakan Pekerja ,untuk berusaha bersungguh-sungguh  dalam melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, majikan, masyarakat dan persekitaran dengan Ikhlas dan Amanah selain memelihara segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dimuka bumi ini. Insyaallah

"Selamat Hari Pekerja"

Ampun Maaf. Wassallam