Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA 2010

Alhamdulillah, diam tak diam dah setahun berposting dalam blog ni. Maka pada hemahnya semakin berusialah kita,semakin berilmulah kita dan semakin dekatnya kita menghampiri hari rehat yang panjang (pencen lah).

Sempena Hari Pekerja ,saya ingin bermuhasabah diri khusus bagi diri ini sebagai seorang Pekerja.

Sedap kek tu...khas utk staff BSS yang lahir pada Jan-Mei Tahun xxxx. 

Kita maklum, Kerja itu suatu Ibadah yang dikerjakan dengan hanya mengharapkan keredaan Allah. Ada misi dan visi yang hendak dicapai.


Perkataan pekerjaan itu sendiri bermaksud apa jua pekerjaan, sama ada pekerjaan yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Terdapat pula dua jenis perlakuan yang menjadi asas kepada kebaikan dalam pekerjaan dan pengeluaran iaitu amanah dan ikhlas. Kedua-duanya bersatu dalam diri seorang mukmin dalam bentuk yang sempurna.

Bersesuaian dengan maksud Surah An Nur ayat 37 "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang Yang kuat imannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan".

Iman mendidik seorang mukmin untuk tidak hanya bekerja atas dorongan peribadi semata-mata, tetapi yang menjadi perhatiannya adalah bagaimana untuk meningkatkan kualiti pekerjaannya. Semua itu didasari oleh perasaan yang penuh yakin dan pasti bahawa Allah mengawasi pekerjaan kita dan Allah melihat sama ada kita berada di tengah ladang atau di dalam bangunan yang tertutup.


Dalam suatu Hadith Rasulullah bersabda maksudnya:
“Sesiapa yang bekerja untuk menanggung bebanannya, maka dia adalah seperti mujahid di jalan Allah. Sesiapa yang mencari dunia secara halal dalam keadaan menjaga kehormatan diri, maka dia berada pada darjat para syuhada.” (Riwayat Tabrani daripada Abu Hurairah)

Saya mengajak diri saya sendiri serta rakan-rakan Pekerja ,untuk berusaha bersungguh-sungguh  dalam melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, majikan, masyarakat dan persekitaran dengan Ikhlas dan Amanah selain memelihara segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah dimuka bumi ini. Insyaallah

"Selamat Hari Pekerja"

Ampun Maaf. Wassallam

















No comments:

Post a Comment