Friday, August 20, 2010

IFTAR RAMADAN - Majlis Berbuka Puasa



RAMADAN bukan semata-mata bertujuan untuk mencapai ketakwaan serta meningkatkan amal soleh dengan amalan-amalan khusus tetapi Ramadan memberikan kita platform pendidikan untuk mengharungi kehidupan sebagai umat islam yang perkasa dari segi fizikal malah kaya dari sudut rohaninya. Semuanya ini demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia maupun diakhirat, insyaallah.

Kita maklum, setiap amalan dilakukan akan diberi pahala dan rahmat berganda.
Diantara amalan yang digalakkan ialah memberi makan orang yang berpuasa.

"Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa"


Hidangan berbuka...Alhamdulillah


"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Insyaallah, jika ada rezeki...berjumpalah kita dengan Lailatul Qadar …Malam dimana segala amalannya lebih baik dari seribu bulan.



Wallauuallam. Ampun Maaf

Friday, August 13, 2010

MARHABAN YA RAMADAN - JUMAAT PERTAMA DIKEV SDN BHD



Alhamdulillah, selepas bacaan Yaasin mingguan, ada sedikit Tazkirah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Pekerja-Pekerja islam SJSSAA Kapar Tn Hj Abdul Rahman Mohamed.

Sesungguhnya tazkirah yang disampaikan sangat relevan dan kena pada masanya. Salah satu Pesan Beliau, "Dalam zaman mutakhir ini, Kerja Dakwah Mesti Diteruskan..siapa lagi sekiranya bukan kita sendiri."

Fikirkanlah....

YDP Tn Hj Abdul Rahman Mohamed

Hadirin sedang kyusuk mendengar...


Sekian. Ampun Maaf.
Wassallam.

..

Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN KAREEM - SOLAT TARAWIKH





Alhamdulillah , dah 4 hari kita berpuasa. Bagi diriku, Ramadhan tahun ini adalah berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Banyak azam dan perkara baru yang dilakukan demi mengharapkan keberkatan Ramadan Al Mubarak ini dari Allah SWT.

 "Ya Allah, berikan aku kekuatan serta kesabaran dalam menjalani Ibadah ini, Berkatilah segala amalan dan Rahmatilah kehidupan ini, Amin"

Selepas 24 tahun aku  berada di sini menjalani ibadah puasa dan bertarawikh di Balai Islam ini, sejarah baru bermula pada 4 ramadhan 1431H dimana aku dilantik untuk menjadi Bilal solat Tarawikh. Besarnya penghormatan bagi diriku atas tanggungjawab ini dan InsyaAllah akan aku cuba laksanakan dengan sebaiknya.

Semuga Allah memberikan kemudahan dan petunjuk kepadaku dalam menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.


Ampun Maaf.

Wassallam.

....

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1431H






ALLAHHUAKBAR, ALLAHHUAKBAR, ALLAHHUAKBAR.

Assalamualaikum…


Alhamdulillah kita baru saja melangkah ke Ramadhan 1431H.
Bulan Ramadhan merupakan “bulan latihan”, iaitu melatih diri kita bagi melaksana semampu boleh amal dan keberkatan pahala berganda dengan melaksanakan perkara-perkara fardu dan diiringi dengan perkara-perkara sunat. Besarnya harapan kita dengan memohon doa kehadrat Allah SWT , agar latihan amal ini dapat terus dipraktikkan ke bulan-bulan seterusnya sepanjang tahun hingga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Sama-samalah kita berdoa serta mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima semua amalan puasa kita disamping amal kebajikan yang lain. " Sesungguhnya kurniakan kepada kami Ya Allah sifat ikhlas dan reda atas sesuatu yang engkau datangkan kepada kami " 

Khas Buat Ayahanda & Bonda:

"Ya Allah! Aku menadah tangan kehadratMu agar mengurniakan kedua-dua ayahanda & bonda kesihatan yang berkekalan agar dapat mengecapi kemanisan ramadhan ini dengan  amal ibadah serta kebajikan ...kurniakan kepada mereka Ya Allah, rezeki dan keberkatan Ramadhan ini. Ampunilah segala dosa & kesilapan mereka agar mereka kelak akan ditempatkan di SyurgaMu.....Amin


"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya. ."

Wassallam. Ampun Maaf

Sunday, August 1, 2010

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA

Assalammualaikum wbrkth,

Tadi balik daripada Solat Isyak di Balai Islam, dapat panggilan dari Tn Hj Zaid yang berhajat nak berjumpa..Suspen betul, apakah halnya ni.....

Sebenarnya benda ni lah yang hendak diberitahu...Buah Tunjuk Langit.



Buah TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian dan permintaan ramai dikalangan warga Pangsapuri TNB kapar.

Ini adalah kerana telah diketahui ramai bahawa banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah ini.

Syukur alhamdulillah, Pokok Tunjuk langit atau Pokok Mahogani ini tumbuh subur tumbuh di kawasan kediaman kami. Ada hikmahnya sempena kempen menanam 1 juta pokok yang dijalankan beberapa tahun dulu.

Sesuai dengan hadis Nabi S.A.W :


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

(Hadis Riwayat Abu Daud)


Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.










Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.



Bagaimanakah cara memakannya ?


Cara yang biasa dimakan ialah dengan hanya dikunyah begitu sahaja, kunyah hingga lumat dan terus ditelan, rasanya memang pahit tapi hasilnya mengagumkan.



Dikatakan boleh juga direbus atau direndam dalam air panas, minum air rendaman yang sudah tentu rasanya amat pahit.


Selamat mencuba , Ampun Maaf. Wassallam.