Sunday, August 1, 2010

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA

Assalammualaikum wbrkth,

Tadi balik daripada Solat Isyak di Balai Islam, dapat panggilan dari Tn Hj Zaid yang berhajat nak berjumpa..Suspen betul, apakah halnya ni.....

Sebenarnya benda ni lah yang hendak diberitahu...Buah Tunjuk Langit.



Buah TUNJUK LANGIT telah mendapat perhatian dan permintaan ramai dikalangan warga Pangsapuri TNB kapar.

Ini adalah kerana telah diketahui ramai bahawa banyak kajian bioteknologi yang dijalankan menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripada buah ini.

Syukur alhamdulillah, Pokok Tunjuk langit atau Pokok Mahogani ini tumbuh subur tumbuh di kawasan kediaman kami. Ada hikmahnya sempena kempen menanam 1 juta pokok yang dijalankan beberapa tahun dulu.

Sesuai dengan hadis Nabi S.A.W :


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram".

(Hadis Riwayat Abu Daud)


Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa biji dari buah Mahogany mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem pengedaran darah di dalam tubuh manusia.










Buah TUNJUK LANGIT mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, ia juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya.



Bagaimanakah cara memakannya ?


Cara yang biasa dimakan ialah dengan hanya dikunyah begitu sahaja, kunyah hingga lumat dan terus ditelan, rasanya memang pahit tapi hasilnya mengagumkan.



Dikatakan boleh juga direbus atau direndam dalam air panas, minum air rendaman yang sudah tentu rasanya amat pahit.


Selamat mencuba , Ampun Maaf. Wassallam.







No comments:

Post a Comment