Thursday, April 29, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - BERTEMU SAHABAT DARI INDONESIA

Suatu pertemuan yang menjadi kenanganku ialah semasa berjumpa sahabat yang merupakan sepasang suami isteri dari negara jiran Indonesia . Pertemuan di KFC Mekah adalah secara kebetulan dimana beliau sedang tercari-cari meja yang kosong untuk duduk makan. Oleh kerana hanya saya dan isteri saja berdua dimeja yang boleh memuatkan 4 orang, saya menawarkan beliau tempat duduk dihadapan kami. Alhamdulillah, sahabat ini menerima pelawaan kami  dengan ucapan terima kasih.

Sempat juga aku bertanyakan serba sedikit latarbelakangnya. Namanya Budi dan beliau bekerja di salah sebuah Airport di Indonesia (maaf kalau silaf). Terlupa pula nama pasangannya.

Semasa saya mengacu lensa kamera mengambil gambar2 sekitar restoran, beliau menawarkan diri untuk tolong  mengambil gambar saya dan isteri. Terima kasih Budi. Inilah hasilnya......





Saya juga meminta izin utk mengambil foto mereka berdua untuk kenang kenangan.


Budi & Isteri ....tersenyum sambil makan ayam goreng KFC Mekah



Sesungguhnya persahabatan merupakan suatu kurniaan dari Allah Ta’ala. Di dalam Ayat 103 Surah Al Imran Allah berfirman diantara maksudnya: " Berpegang teguhlah kamu sekelian kepada Tali Allah (Ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.maka jadilah kamu umat islam yang bersaudara"

Ini merupakan nikmat Allah yang sangat agung. Maka seharusnya kita menjaganya dengan memperhatikan hak-hak di antara sahabat. Semoga dirahmati Allah.

Ampun Maaf. Wassallam.

Saturday, April 24, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - GERAI-GERAI SEKITAR MASJIDIL HARAM

Alhamdulillah. Jika ada peluang kerap juga aku meninjau-ninjau gerai @ kedai kedai sekitar Masjidil Haram terutamanya sebelah Masjid Kucing. Happening juga di sini, ramai peniaga runcit menjual minyak wangi, Jubah , Kopiah ,sejadah dan lain lain, tidak ketinggalan penjual kurma,kacang,coklat dsbnya.. Yang menjadikan aku amat bersyukur ialah pabila melihat begitu banyak gerai menjual buah-buahan & sayuran di sini--segar-segar lagi.

.......segarnya buah-buahan yang dijual disini.

Begitu bertuahnya kita ...Inilah doa Nabi Ibrahim yang dimakbulkan oleh Allah Subhannahuwataala iaitu seperti yang di firmankan:

Al Baqarah ayat 126 : Dan (Ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata "Wahai TuhanKu,Jadikanlah (Negeri Mekah) ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan  kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat di antara mereka". Allah berfirman "(Permohonan mu itu di terima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), Kemudian Aku mamaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali"

Wallahualam.

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - MASJID MUSHOLLA

Alhamdulillah , nampaknya masih ada kesempatan untuk posting  ke blog ni.

Semasa mengikuti program "Jalan-Jalan Tambah Iman" menghala ke Pasar Kurma Madinah, kami berjalan kaki sahaja mengikut jalan-jalan kecil diantara dua bangunan melalui beberapa pasar serta melepasi beberapa buah masjid yang sangat unik binaannya. Salah satu Masjid itu ialah Masjid Musholla atau dikenali juga dengan Masjid Al Ghamamah.


" Melintasi depan Masjid Musholla"


 "Masjid Musholla"

Mengikut penerangan Ustaz, Rasulullah pernah solat Hari raya di sini. Masjid ini di bangunkan oleh Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz sesuai dengan projeknya untuk membangunkan masjid di mana-mana tempat Nabi pernah bersolat.

 Pemandangan Masjid Nabawi.dari  Masjid Musholla.

Mengikut cerita, Masjid Musholla ini telah di ubahsuai sehingga berkeadaan begini semasa pemerintahan Sultan Abdul Majid Al-Uthmani.

Masjid Musholla letaknya tidak berapa jauh daripada Masjid Nabawi~ l.kurang 300 meter.


Sesungguhnya saya rasa bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Allah Subhannahuwataala menjejak bumi yang amat dicintai oleh Rasulullah. Subhannallah.

Ampun Maaf. Wassallam

Monday, April 19, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - LADANG UNTA

Alkisah,Pukul 7.00 pagi kami semua sudah bersiap-siap menunggu di depan Hotel untuk pergi ke Ladang Unta. Tergambar dalam fikiranku betapa luasnya ladang berserta ratusan unta-unta yang sedang berjalan di padang pasir.


Sesungguhnya Allah telah menjadikan unta sebagai Haiwan yang sungguh istimewa, samada fizikalnya mahupun keupayaannya membuat perjalanan jauh dengan berbekalkan "bonggol"di belakangnya sebagai tangki air.


  Sesampainya kami disambut dengan beberapa pekerja yang berada di salah sebuah khemah di situ. Ada sebuah khemah yang dikhaskan menjual susu unta


Hj Zulkifli (kawalan lama di LLN/TNB) sedang tekun memetik kamera...untanya di belakann Sheikh...
 Isteriku juga tak lepas peluang bergambar.

 

 Inilah khemah yang menjual susu unta...Fresh from the farm.

Aku cuba juga nak minum...tapi terhalang dek baunya yang hamis. Walaubagaimana pun, kuatkan hati juga untuk merasa. Rasanya sedap, lemak...tapi mungkin rezeki aku bukan susu unta ..................masih tak dapat tahan baunya.Subhannallah.



Bergambar bersama Ust Fauzi  & rakan2 di dalam khemah Badwi.

Begitulah serba sedikit coretan pengalamanku melawat ladang unta, bukan sekadar melawat ladang unta tu saja tetapi yang penting menghargai haiwan yang di panggil  unta, yang pada suatu ketika dahulu pernah membawa Junjungan Besar Nabi muhamad S.A.W berdagang ke Syam serta Berhijrah Ke Madinah. Allahuakbar  
Wallahuallam. Ampun Maaf.

.

Friday, April 9, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - HUDAIBIYAH

Alhamdulillah,Syukur kerana aku diberi peluang menziarahi Masjid Hudaibiyah yang penuh sejarah. Memang sudah ditakdirkan ,oleh kerana kesihatan yang kurang memuaskan, aku tidak bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah. Walabagaimanapun aku reda dengan ketentuan Ilahi.



Bergambar di hadapan papan tanda Masjid Hudaibiyah


Batu-batu yang dipercayai bekas tapak masjid lama dimana berlangsungnya ba'iah - Ba'iahtur Ridwan.


Isteri Kesayanganku tidak melepaskan peluang bergambar di Masjid yang bersejarah ini.

Foto Masjid Hudaibiyah ini diambil dari hadapan sebuah kedai runcit bersebelahan dengan Masjid.


Subhannallah, Binaan Batu peninggalan sejarah masih banyak terdapat di persekitaran Masjid.

Wallahhuallam..Sekadar berkongsi pengalaman. Ampun maaf


Sunday, April 4, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN – BUKIT UHUD

“Begitu Besar Maknanya Mempertahankan Panji-Panji Islam”


"Bukit Uhud"


Alhamdulillah aku kini berada di bumi dimana ramainya gugur para suhada Uhud seperti Saidina Hamzah , Mus’ab bin Umair dan ramai lagi.
Semasa Perang Uhud, dari awalnya Panji-panji Islam ini di pegang oleh Saidina Hamzah. Dikala syahidnya beliau , Panji2 ini diambil alih oleh Mus’ab bin Umair seterusnya oleh Saidina Ali.

Aku sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Mus'ab bin Umair. Mus’ab bin Umair sebelum islam adalah seorang anak manja dari kalangan jutawan Arab Mekah. Dia tampan dan menjadi perhatian wanita arab. Namun setelah dia masuk Islam, dia diseksa oleh keluarganya dengan tidak diberikan makan, dikurung dan sebagainya.

Sebelum Rasulullah pergi hijrah ke Madinah (setelah perjanjian Aqabah), Rasulullah terlebih dahulu telah mengutuskan Mus’ab sebagai duta dan pendakwah ke Madinah. Hikmah penghantaran Mus’ab ialah kerana wajahnya yang mirip rupa Rasulullah. Sebab itulah sewaktu dia terbunuh di Uhud, orang kafir sangkakan yang Rasulullah telah terbunuh. Semasa hendak mengkafankan jenazahnya (dengan kain yang dipakainya), tidak cukup untuk menutup keseluruhan tubuhnya. Bila ditarik ke atas, kaki akan nampak, bila ditarik ke bawah, kepala pulak akan nampak. Rasulullah telah mengarahkan bahagian yang tidak dapat ditutup itu ditutup dengan daun-daun kayu sahaja. (Allahhuakbar..)
Keadaan ini membuatkan Rasulullah sedih dan menangis, sedih mengenangkan bahawa dulu semasa di Mekah, Mus’ab amat mewah tapi bila masuk Islam dia tinggalkan semua kemewahan tu, TETAPI ia tidak berpatah balik kebelakang lagi dan terus berjuang sehingga syahid.
Ini lah darjah kemuliaan yang sebenar yang mendapat pengiktirafan paling tinggi dari Rasulullah S.A.W.





“Ya Allah, Aku kini berada di depan jasad Para Suhada Mu Ya Allah. Jadikanlah kami sekuat Iman mereka,
Ikhas berjuang ke JalanMu Ya Allah.
Ampunilah kami Ya Allah,
Amin”.

Akhirulkalam, Ampun Maaf..

Wassallam.