Sunday, April 4, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN – BUKIT UHUD

“Begitu Besar Maknanya Mempertahankan Panji-Panji Islam”


"Bukit Uhud"


Alhamdulillah aku kini berada di bumi dimana ramainya gugur para suhada Uhud seperti Saidina Hamzah , Mus’ab bin Umair dan ramai lagi.
Semasa Perang Uhud, dari awalnya Panji-panji Islam ini di pegang oleh Saidina Hamzah. Dikala syahidnya beliau , Panji2 ini diambil alih oleh Mus’ab bin Umair seterusnya oleh Saidina Ali.

Aku sekadar ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Mus'ab bin Umair. Mus’ab bin Umair sebelum islam adalah seorang anak manja dari kalangan jutawan Arab Mekah. Dia tampan dan menjadi perhatian wanita arab. Namun setelah dia masuk Islam, dia diseksa oleh keluarganya dengan tidak diberikan makan, dikurung dan sebagainya.

Sebelum Rasulullah pergi hijrah ke Madinah (setelah perjanjian Aqabah), Rasulullah terlebih dahulu telah mengutuskan Mus’ab sebagai duta dan pendakwah ke Madinah. Hikmah penghantaran Mus’ab ialah kerana wajahnya yang mirip rupa Rasulullah. Sebab itulah sewaktu dia terbunuh di Uhud, orang kafir sangkakan yang Rasulullah telah terbunuh. Semasa hendak mengkafankan jenazahnya (dengan kain yang dipakainya), tidak cukup untuk menutup keseluruhan tubuhnya. Bila ditarik ke atas, kaki akan nampak, bila ditarik ke bawah, kepala pulak akan nampak. Rasulullah telah mengarahkan bahagian yang tidak dapat ditutup itu ditutup dengan daun-daun kayu sahaja. (Allahhuakbar..)
Keadaan ini membuatkan Rasulullah sedih dan menangis, sedih mengenangkan bahawa dulu semasa di Mekah, Mus’ab amat mewah tapi bila masuk Islam dia tinggalkan semua kemewahan tu, TETAPI ia tidak berpatah balik kebelakang lagi dan terus berjuang sehingga syahid.
Ini lah darjah kemuliaan yang sebenar yang mendapat pengiktirafan paling tinggi dari Rasulullah S.A.W.





“Ya Allah, Aku kini berada di depan jasad Para Suhada Mu Ya Allah. Jadikanlah kami sekuat Iman mereka,
Ikhas berjuang ke JalanMu Ya Allah.
Ampunilah kami Ya Allah,
Amin”.

Akhirulkalam, Ampun Maaf..

Wassallam.


No comments:

Post a Comment