Wednesday, November 18, 2009

TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH 4



Ziarah ke Ladang Unta 18-Nov-2009.

Ini merupakan diantara aktiviti kami dalam program "Jalan-Jalan Tambah Iman" semasa berada di Makkah. Disi dapatlah kami melihat suasana dan gaya penternakan unta serta yang paling umppph ialah merasai sendiri susu unta yang Fresh (baru diperah) dari ladang.

Mutawif ada menerangkan mengenai kebaikan minum susu unta (bagi yang serasi...), tapi mungkin bukan rezeki saya...hanya boleh merasainya sekadar sesudu aje. Baunya yang menghalang saya dari meneguknya tetapi berlainan pula dengan isteri saya...hampir sebotol dapat dihabiskannya.


Saya pamerkan beberapa gambar yang sempat saya ambil untuk dikongsi bersama.


Berjalan menuju salah satu Ladang Unta.

Isteriku tak melepaskan peluang bergambar.

Gambar bersama dengan Ustaz & Petugas Zahafis Travel di dalam Khemah Badwi.

Unta tu jadi saksi...aku dah ziarah dia.



Dalam Bekas merah tu....Susu Fresh dari Ladang...Sebotol SR5.00 aje


Lepas ni kami nak ke Bukit Magnet pula...tunggu posting seterusnya.

Sekian. Ampun Maaf.

Wassallam

...

Saturday, November 14, 2009

TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH


JALAN-JALAN TAMBAH IMAN :Jalan-jalan tambah iman diteruskan ke Jabal Nur.

Jabal Nur bermaksud "Gunung Cahaya" -The Mountain of Light", Terletak berdekatan dengan kota Makkah .Disini letaknya Gua Hira' dimana Junjungan nabi Muhammad SAW menerima wahyu buat pertama kalinya daripada Malaikat Jibrail.





Bas yang kami naiki - dengan Petugas Zahafis sedang memberikan penerangan tempat dilawati.

Rakan Jamaah di Bas sebelah...Kyusuk aje

Inilah Jabal Nur.

Isteriku posing berlatarbelakangkan Jabal Nur...ada Unta berhias lagi!!

Mengabdikan kenangan di Jabal Nur.


Insyaallah, destinasi seterusnya ialah Bumi Arafah..tunggu postingnya nanti.

Sekian Ampun Maaf.

Wassallam.

...

Friday, November 13, 2009

TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH 2




Alhamdulillah selepas selesai bergunting / bercukur, terlaksanalah Umrah bagi diriku , isteriku serta Para Jamaah yang memilih Haji Tamattuk.



Doa selepas sae'i:

"Ya Allah! Kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunkanlah kami. Berilah kami pertolongan untuk kami taat dan bersyukur kepada Mu. Janganlah engkau biarkan kami bergantung kepada selain daripada Engkau. Matikanlah kami di dalam Iman dan Islam yang sempurna, sedang engkau reda kepada kami.
Ya Allah! Peliharakanlah diriku dan isteriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredaan Engkau Wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan"

Selepas ini jika ada kemampuan kesihatan dan upaya, bolehlah melakukan umrah sunat lagi.......mungkin di tempat Miqat yang lain seperti Hudaibiyah, Jakranah atau Tanae'im.Insyaallah.


Pintu Tingkat Bawah Marwah.

Pemandangan Pintu Marwah dari Dewan makan Tkt 10 Hotel.Nesma Mawaddah

Pemandangan dari Tkt 10 Hotel Nesma Mawaddah


Sekian Ampun Maaf

Wassallam.

..

Thursday, November 12, 2009

TETAMU ALLAH - MENUJU MAKKAH AL MUKARRAMAH 1



 Hari ini 12-Nov-2009, kami akan bergerak meninggalkan Madinah menuju ke Makkah. Sesungguhnya amat sayu rasanya untuk meninggalkan Bumi yang besar makna & sejarahnya dimana disemadikan Kekasih Allah, Junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Allahuakbar. 


Ya Allah! Berikan kepada kami rezeki & peluang untuk kami kesini lagi menziarahi kekasihMu.


Alhamdulillah, maka Hari ini bermulanya perjalanan Haji kami menuju destinasi pertama  iaitu tempat bermiqat. Bagi yang datang dari Madinah tempat Miqatnya ialah di Bir' Ali.
Selepas selesai mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram kami terus menaiki bas bergerak menuju Bir' Ali . Di sinilah nanti kami akan solat sunat Ihram dan Berniat Umrah (bagi yg memilih Haji Tamattuk).

" Sengaja aku berniat mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala"

Dan bermulalah 13 Pantang larang di dalam Ihram.



Inilah Masjid Bir' Ali.
Kami miqat di sini bagi mengerjakan Umrah (bagi yang memilih untuk melaksanakan Haji Tamattuk).


Masjid Bir'Ali

Berpakaian Ihram didepan Masjid Bir'Ali.

Isteriku di depan Masjid Bir'Ali

Insyaallah , sebaik saja sampai ke Makkah, kami akan melakukan Tawaf Umrah, Sae'i dan bercukur serta beberapa perkara sunat yang lain.

Ya Allah! Berikankanlah kami kemudahan bagi mengerjakan Ibadah haji dan Umrah ini.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara pantang larang didalam Ihram.
Amin.


Sekian Ampun Maaf.

Wassallam.

...

Saturday, November 7, 2009

TETAMU ALLAH - MADINAH AL MUNAWARRAH 4



Semasa kami di Madinah, segala aktiviti seperti ceramah agama atau lawatan "Jalan-jalan Tambah Iman"  diatur dengan begitu baik sekali oleh Pengelola Pakej Haji iaitu Zahafis Travel sdn Bhd. Petugas-petugasnya sememangnya cekap serta berpengalaman. Penyampaian maklumat serta berita-berita terkini kebiasaannya di umumkan di dewan makan tingkat Mezzannie hotel disamping Poster yang ditampal dibeberapa lokasi strategik. kebiasaan nya, selepas solat isyak & makan malam, kami akan berkumpul di dewan makan yang telah dibersih & dikemas oleh petugas untuk mendengar taklimat maupun ceramah yang disampaikan oleh beberapa Mutawif seperti Ustaz Shamsudin , Ustazah Masirah dan lain-lain.   Pada pendapat saya, kaedah yang dilakukan amat praktikal dan bermanfaat sekali terutamanya bagi orang seperti saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Contohnya, sebelum sesuatu lawatan yang hendak diadakan pada esok hari, malam sebelumnya akan diadakan taklimat mengenai aturcara perjalanan (termasuk pembahagian bas yang akan dinaikki), sejarah tempat yang akan dilawati, hubungkait dengan Ibadah Haji atau Umrah serta Sunnah Rasullullah. Kita juga berpeluang bertanya soalan sekiranya inginkan keterangan lanjut. Ini sudah tentu meningkatkan kefahaman Jamaah malahan turut meningkat kecekapan operasi Pengendali Pakej....Jimat Masa, Jimat tenaga..Fulus pun okeylah...



Dewan Makan ini juga dijadikan Dewan Taklimat dan Ceramah Agama - Zahafis travel.
Terdapat beberapa poster maklumat di Pintu Lift dan dinding dewan makan.



Dewan Makan / Bilik Operasi & Taklimat


Jamaah sedang berbincang serta mendengar taklimat.

Roommate ku Dr Roff berkata sesuatu dengan rakan jamaah.

Serious  & Kyusuk Tn Haji mendengar taklimat.

Tn Hj Iqbal Safwan sedang memberikan taklimat.

Friday, November 6, 2009

TETAMU ALLAH - MADINAH AL MUNAWARRAH 3


Jalan-Jalan sekitar Masjid Nabawi.

Isteriku bergambar di atas Jambatan di tepi Highway Al Malik Faisal


BIN DAWOOD- Popular & famous in Saudi Arabia


Ambil peluang shopping sikit-sikit di Bin Dawood

Inilah Bilik kami..Teman-teman lain ialah Dr Roff dan  Abg Munir


Sekian Ampun Maaf.

Wassallam.

Thursday, November 5, 2009

TETAMU ALLAH - MADINAH AL MUNAWARRAH 2

MASJID NABAWI DI WAKTU MALAM....ALLAHUAKBAR.


Pemandangan dari sebelah kanan: Melihatnya sahaja Hati Menjadi Tenang.
Payung-payung ditutup kemas sementara Lampu-lampu terang menyala menyinari segenap kawasan Masjid Nabawi..

Jamaah berpusu-pusu masuk ke Masjid.


Sesungguhnya..Madinah memberikan ku ketenangan, Keinsafan dan pengajaran.


Jamaah berpusu-pusu keluar....
Oh Ya .Tak perasan pulak Cikgu & anaknya ada dibelakang
 (berjubah kelabu dengan beg kecil warna kuning/biru).



Jamaah membasahkan tekak dan ada juga yang berwuduk di Pili air Zamzam.


Stesen Air Zam zam berhampiran Pintu Babussallam.

Sekian. Ampun Maaf

Wassallam.

TETAMU ALLAH - MADINAH AL MUNAWARRAH 1

Alhamdulillah kami ditempatkan di Hotel Elaf Al-Huda yang letaknya kira-kira 50 meter drp Masjid Nabawi berhadapan dengan Hotel Moven Pick dimana ramai jamaah Haji Malaysia (TH) tinggal di situ. Kalau dari Masjid nabawi, ia terletak di sebelah kanan bahagian Belakang Masjid .

Isteriku ( bersandar di tiang ) di depan Hotel kami.

Terpampang - "HOTEL ELAF AL-HUDA"

Bilik 203 ni lah saya tinggal ( kongsi 3 orang )..Alhamdulillah, amat selesa sekali.

Berehat sambil menunggu giliran naik Lift di Lobi Hotel bersama isteri.

Pemandangan di Lobi Hotel...Syukur kepada Allah.


Sekian. Ampun Maaf.

Wassallam.

Tuesday, November 3, 2009

TEAMU ALLAH - LAMBAIAN MADINAH 2009

Menyambung lagi perjalanan selepas subuh dari Jeddah ke Madinah dengan bas. Bermacam-macam perkara yang berligar dikepala..

Ya Allah! Berikan kepadaku serta para Jamaah semua kekuatan dan keselamatan serta kemudahan untuk melaksanakan ibadah kami.


Abu Serhad - Bas yang membawa kami dari Jeddah Airport ke Madinah.

Alhamdulillah...menjamah juadah yang di sediakan (diberi di suatu kawasan stesen pengagihan)

Mula memasukki Kota Madinah...4/11/2009 @ 2.30 petang Waktu Malaysia.


Ya Allah! Ini adalah Tanah Haram NabiMu. Engkau telah menjadikannya Tanah Haram dengan Pernyataan Rasulullah S.A.W. Maka jadikanlah Tanah Haram ini sebagai Pemeliharaku daripada Api Neraka dan mendapat keamanan daripada keburukan Hisab (Hari Kiamat)...



Foto diambil dari dalam bas- Bangunan-bangunan di sepanjang Jalan menuju Masjid Quba.

Allahuakbar ! Sesungguhnya Benarlah Kata Rasulullah SAW.
Madinah yang begitu cantik dan tenang.

Mula memasukki kawasan Hotel Penginapan ~ 50 meter daripada Masjid Nabawi.

Jamaah sudah agak Ramai di Madinah sekarang ni.


Alhamdulillah, kami selamat sampai dan menjejakkan kaki di Bumi Madinah. Kelihatan ketibaan berpuluh-puluh buah bas serta ramai jamaah yang berjalan kaki.

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Aku telah semakin hampir untuk menziarahi KekasihMu Ya Allah, Muhammad S.A.W. Berikan Aku Kekuatan dan kemudahan untuk melaksanakan amalan Fardu dan sunat. Salawat dan salam Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat, pengikut2 sahabat serta mereka-mereka yang menurutiNya hingga Hari Kiamat.

Menurut Hadith ;
Solat di Masjid Nabawi Pahalanya seumpama seribu solat di masjid lain selain Masjidil haram,

Wallahualam.

Ampun Maaf.

TETAMU ALLAH - 2009


ASTAGFIRULLAH, ASTAGFIRULLAH, ASTAGFIRULLAH

Ya Allah! Terimalah Kami sebagai tetamuMu
Tetamu IstimewaMu,
Tetamu Yang Sentiasa Mendapat Perlindungan dan KerahmatanMu,
Ya Allah! kami Datang ke sini semata-mata keranaMu,
jangan kau Pesongkan Niat Dan Tujuan Kami,
jangan Kau uji kami dengan Perkara-perkara yang Merosakkan Niat dan Tujuan kami,
Ampunilah kami Ya Allah.


Alhamdulillah, kami selamat tiba di Airport Jeddah ~ 3.30pagi waktu Malaysia.


Airport Jeddah- Menunggu Bas untuk ke Madinah



Bersabar menanti Bas datang .



Sambil menunggu bas, sempatlah membaca doa-doa ,berzikir dll.




Bergambar di hadapan Restoran Yaman,
Kami singgah solat suboh di sini. sebelum meneruskan perjalanan ke madinah ( ~ 6 jam perjalanan)


Rabbi Yaser Wala Tu'aser Rabbi Atmim Bil Khair.

Ampun Maaf.

Wassallam.