Tuesday, November 3, 2009

TETAMU ALLAH - 2009

Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Kuasa aku dan isteri telah diberikan peluang untuk menunaikan Haji  serta mengunjungi Tanah Haram Mekah & Madinah.

Sememangnya kami telah bersedia dan menanti-nantikan saatnya sahaja. Syukur kepada Allah yang telah mengkabulkan doa kami. Subhannallah.



03-nov-2009, Berkumpul di Kompleks haji Kelana Jaya



Hand Luggage..


Sayu untuk meninggalkan anak-anak....Bujangku Zariff Aqeel termenung memikirkan keadaan semasa ketiadaan kami berdua.

Semuga Allah melindungi kalian semua serta diberikan kemudahan dan kesihatan yang berkekalan, ketenangan serta kesabaran, insyaallah.




Sahabatku Hj Mohd Zaid..... terlalu banyak membantu kami sekeluarga.

Kami berdoa semoga Allah memberkati dan merahmati beliau sekeluarga. Sukar untuk mencari sahabat sepertinya yang telah ku anggap seperti saudara ku sendiri.

Ya Allah! Berikan kami kekuatan serta kemudahan dalam melaksanakan Rukun & Wajib Haji serta perkara-perkara sunat yang lain. Amin

Doakan kami semoga mendapat Haji yang mabrur, InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment