Wednesday, November 18, 2009

TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH 4



Ziarah ke Ladang Unta 18-Nov-2009.

Ini merupakan diantara aktiviti kami dalam program "Jalan-Jalan Tambah Iman" semasa berada di Makkah. Disi dapatlah kami melihat suasana dan gaya penternakan unta serta yang paling umppph ialah merasai sendiri susu unta yang Fresh (baru diperah) dari ladang.

Mutawif ada menerangkan mengenai kebaikan minum susu unta (bagi yang serasi...), tapi mungkin bukan rezeki saya...hanya boleh merasainya sekadar sesudu aje. Baunya yang menghalang saya dari meneguknya tetapi berlainan pula dengan isteri saya...hampir sebotol dapat dihabiskannya.


Saya pamerkan beberapa gambar yang sempat saya ambil untuk dikongsi bersama.


Berjalan menuju salah satu Ladang Unta.

Isteriku tak melepaskan peluang bergambar.

Gambar bersama dengan Ustaz & Petugas Zahafis Travel di dalam Khemah Badwi.

Unta tu jadi saksi...aku dah ziarah dia.



Dalam Bekas merah tu....Susu Fresh dari Ladang...Sebotol SR5.00 aje


Lepas ni kami nak ke Bukit Magnet pula...tunggu posting seterusnya.

Sekian. Ampun Maaf.

Wassallam

...

No comments:

Post a Comment