Thursday, November 12, 2009

TETAMU ALLAH - MENUJU MAKKAH AL MUKARRAMAH 1



 Hari ini 12-Nov-2009, kami akan bergerak meninggalkan Madinah menuju ke Makkah. Sesungguhnya amat sayu rasanya untuk meninggalkan Bumi yang besar makna & sejarahnya dimana disemadikan Kekasih Allah, Junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Allahuakbar. 


Ya Allah! Berikan kepada kami rezeki & peluang untuk kami kesini lagi menziarahi kekasihMu.


Alhamdulillah, maka Hari ini bermulanya perjalanan Haji kami menuju destinasi pertama  iaitu tempat bermiqat. Bagi yang datang dari Madinah tempat Miqatnya ialah di Bir' Ali.
Selepas selesai mandi sunat ihram dan memakai pakaian ihram kami terus menaiki bas bergerak menuju Bir' Ali . Di sinilah nanti kami akan solat sunat Ihram dan Berniat Umrah (bagi yg memilih Haji Tamattuk).

" Sengaja aku berniat mengerjakan Umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Ta'ala"

Dan bermulalah 13 Pantang larang di dalam Ihram.



Inilah Masjid Bir' Ali.
Kami miqat di sini bagi mengerjakan Umrah (bagi yang memilih untuk melaksanakan Haji Tamattuk).


Masjid Bir'Ali

Berpakaian Ihram didepan Masjid Bir'Ali.

Isteriku di depan Masjid Bir'Ali

Insyaallah , sebaik saja sampai ke Makkah, kami akan melakukan Tawaf Umrah, Sae'i dan bercukur serta beberapa perkara sunat yang lain.

Ya Allah! Berikankanlah kami kemudahan bagi mengerjakan Ibadah haji dan Umrah ini.
Ya Allah! Jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara pantang larang didalam Ihram.
Amin.


Sekian Ampun Maaf.

Wassallam.

...

No comments:

Post a Comment