Tuesday, November 3, 2009

TEAMU ALLAH - LAMBAIAN MADINAH 2009

Menyambung lagi perjalanan selepas subuh dari Jeddah ke Madinah dengan bas. Bermacam-macam perkara yang berligar dikepala..

Ya Allah! Berikan kepadaku serta para Jamaah semua kekuatan dan keselamatan serta kemudahan untuk melaksanakan ibadah kami.


Abu Serhad - Bas yang membawa kami dari Jeddah Airport ke Madinah.

Alhamdulillah...menjamah juadah yang di sediakan (diberi di suatu kawasan stesen pengagihan)

Mula memasukki Kota Madinah...4/11/2009 @ 2.30 petang Waktu Malaysia.


Ya Allah! Ini adalah Tanah Haram NabiMu. Engkau telah menjadikannya Tanah Haram dengan Pernyataan Rasulullah S.A.W. Maka jadikanlah Tanah Haram ini sebagai Pemeliharaku daripada Api Neraka dan mendapat keamanan daripada keburukan Hisab (Hari Kiamat)...



Foto diambil dari dalam bas- Bangunan-bangunan di sepanjang Jalan menuju Masjid Quba.

Allahuakbar ! Sesungguhnya Benarlah Kata Rasulullah SAW.
Madinah yang begitu cantik dan tenang.

Mula memasukki kawasan Hotel Penginapan ~ 50 meter daripada Masjid Nabawi.

Jamaah sudah agak Ramai di Madinah sekarang ni.


Alhamdulillah, kami selamat sampai dan menjejakkan kaki di Bumi Madinah. Kelihatan ketibaan berpuluh-puluh buah bas serta ramai jamaah yang berjalan kaki.

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Aku telah semakin hampir untuk menziarahi KekasihMu Ya Allah, Muhammad S.A.W. Berikan Aku Kekuatan dan kemudahan untuk melaksanakan amalan Fardu dan sunat. Salawat dan salam Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat, pengikut2 sahabat serta mereka-mereka yang menurutiNya hingga Hari Kiamat.

Menurut Hadith ;
Solat di Masjid Nabawi Pahalanya seumpama seribu solat di masjid lain selain Masjidil haram,

Wallahualam.

Ampun Maaf.

No comments:

Post a Comment