Friday, November 13, 2009

TETAMU ALLAH - MAKKAH AL MUKARRAMAH 2




Alhamdulillah selepas selesai bergunting / bercukur, terlaksanalah Umrah bagi diriku , isteriku serta Para Jamaah yang memilih Haji Tamattuk.



Doa selepas sae'i:

"Ya Allah! Kami memohon diterima doa kami, afiatkanlah dan ampunkanlah kami. Berilah kami pertolongan untuk kami taat dan bersyukur kepada Mu. Janganlah engkau biarkan kami bergantung kepada selain daripada Engkau. Matikanlah kami di dalam Iman dan Islam yang sempurna, sedang engkau reda kepada kami.
Ya Allah! Peliharakanlah diriku dan isteriku dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidupku dan peliharalah aku supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi guna dan kurniakanlah kepadaku elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredaan Engkau Wahai Tuhan yang bersifat amat belas kasihan"

Selepas ini jika ada kemampuan kesihatan dan upaya, bolehlah melakukan umrah sunat lagi.......mungkin di tempat Miqat yang lain seperti Hudaibiyah, Jakranah atau Tanae'im.Insyaallah.


Pintu Tingkat Bawah Marwah.

Pemandangan Pintu Marwah dari Dewan makan Tkt 10 Hotel.Nesma Mawaddah

Pemandangan dari Tkt 10 Hotel Nesma Mawaddah


Sekian Ampun Maaf

Wassallam.

..

No comments:

Post a Comment