Saturday, November 7, 2009

TETAMU ALLAH - MADINAH AL MUNAWARRAH 4



Semasa kami di Madinah, segala aktiviti seperti ceramah agama atau lawatan "Jalan-jalan Tambah Iman"  diatur dengan begitu baik sekali oleh Pengelola Pakej Haji iaitu Zahafis Travel sdn Bhd. Petugas-petugasnya sememangnya cekap serta berpengalaman. Penyampaian maklumat serta berita-berita terkini kebiasaannya di umumkan di dewan makan tingkat Mezzannie hotel disamping Poster yang ditampal dibeberapa lokasi strategik. kebiasaan nya, selepas solat isyak & makan malam, kami akan berkumpul di dewan makan yang telah dibersih & dikemas oleh petugas untuk mendengar taklimat maupun ceramah yang disampaikan oleh beberapa Mutawif seperti Ustaz Shamsudin , Ustazah Masirah dan lain-lain.   Pada pendapat saya, kaedah yang dilakukan amat praktikal dan bermanfaat sekali terutamanya bagi orang seperti saya yang baru pertama kali menjejakkan kaki di sini.

Contohnya, sebelum sesuatu lawatan yang hendak diadakan pada esok hari, malam sebelumnya akan diadakan taklimat mengenai aturcara perjalanan (termasuk pembahagian bas yang akan dinaikki), sejarah tempat yang akan dilawati, hubungkait dengan Ibadah Haji atau Umrah serta Sunnah Rasullullah. Kita juga berpeluang bertanya soalan sekiranya inginkan keterangan lanjut. Ini sudah tentu meningkatkan kefahaman Jamaah malahan turut meningkat kecekapan operasi Pengendali Pakej....Jimat Masa, Jimat tenaga..Fulus pun okeylah...



Dewan Makan ini juga dijadikan Dewan Taklimat dan Ceramah Agama - Zahafis travel.
Terdapat beberapa poster maklumat di Pintu Lift dan dinding dewan makan.



Dewan Makan / Bilik Operasi & Taklimat


Jamaah sedang berbincang serta mendengar taklimat.

Roommate ku Dr Roff berkata sesuatu dengan rakan jamaah.

Serious  & Kyusuk Tn Haji mendengar taklimat.

Tn Hj Iqbal Safwan sedang memberikan taklimat.

No comments:

Post a Comment