Tuesday, December 7, 2010

Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1432

Hijrah - Muhasabah Semangat Dan Keinsafan.

Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

Peristiwa-peristiwa penting:


1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Semoga ada manfaat. Wassallam.

Wednesday, November 17, 2010

All Black is Back



Alhamdulillah, Hari ni Umat Islam di Malaysia menyambut Eidul Adha dalam suasana yang gembira dan aman.

Petang nanti, Puteri ku Hani Afiffa akan tiba dari Melbourne dan bercuti di M'sia selama 3 bulan. Dua kegembiraan bagiku di Hari Yang mulia ini. Syukur, semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.




Rasa terkilan juga kerana tak dapat menyertai program korban di Pangsapuri TNB, walaubagaimanapun begitu syukurlah kerana semua yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya berkat kerjasama dan semangat tinggi ahli kariah semua.


Akhirulkalam, aku ucapkan Selamat Kembali kpd anakku Hani Afiffa dan Selamat Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir Batin.

Wassallam.


All Black is coming!!!!



Friday, November 5, 2010

IKATAN SILATURRAHIM

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas kami telah diundang ke rumah Dr Roff di Taman Seri Andalan Klang. Dr Roff adalah teman sebilik ketika kami sama-sama mengerjakan haji tahun 1430H. Isterinya Pn Rahmah juga sebilik dengan isteri saya. Situasi beginilah yang ingin kami teruskan kerana disamping amal ibadah yang khusus, mengikat silaturrahim amat di tuntut oleh Islam.

Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi banyakkeuntungan, diantaranya iaitu:

1. Mendapat keredaan Allah S.W.T. sebab Allah S.W.T menyuruh silaturrahim
2. Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah  
     menyenangkan orang mikmin
3. Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
4. Mendapat pujian kaum muslimin
5. Menjengkelkan iblis laknatullah
6. Menambah umur
7. Menjadi berkat rezekinya
8. Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
9. Memupuk rasa cinta dikalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
10. Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya


Foto kami bersama Dr Roff & isteri.
 
Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36, Mafhumnya:

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "


Hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan & berbuat baiklah kepada yang berbuat jahat kepada kamu & bergaullah bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Terima kasih sekali lagi. Ampun Maaf
 
Wassallam

Wednesday, November 3, 2010

BUAT ISTERIKU - ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA KE 21



Assalammualaikum wbrkth...

Alhamdulillah, ku mulakan dengan mengambil Firman Allah SWT Mafhumnya,

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)







Isteriku,
Alhamdulillah, dah 21 tahun usia perkahwinan kita. Cepat sungguh rasanya masa berlalu. Rasanya macam baru je melalui saat2 ketika kita diijabkabulkan sebagai suami isteri. Lepas tu dapat anak, dulu kecik2 sekarang semua dah besar panjang.

Tadi apabila mendengar lagu Inteam, seperti ada suatu tarikan yang kuat untuk menghayati senikatanya. Mari kita amatinya bersama:

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih

Demi syurga Ilahi
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya

Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


Salam Sayang Buat Isteriku.
Ampun maaf

Wassallam.

Saturday, October 30, 2010

CERAMAH PERDANA YBHG USTAZ KAZIM ELIAS AL HAFIZ


Alhamdulillah dengan izin Allah, seperti yang dirancang Ybhg Ust Kazim Elias Al Hafiz telah dapat meluangkan masanya hadir ke Ceramah Perdana di Balai Islam TNB Kapar. Kami semua berasa sungguh bertuah menerima kunjungan Ybhg Ustaz bagi kali yang ke 3 ini.


Sebenarnya ...keutamaan kami ialah Ilmu yang hendak disampaikan bukan perkara2 lain. Approach yang di lakukan oleh ustaz memang menarik ramai khalayak & masing2 kyusuk mendengar butir-butir ilmu yang keluar dari mulut ustaz.

Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 125 : "Serulah ke jalan TuhanMu (Wahai Muhamad) dengan Hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik"



Hadis Riwayat Muslim : "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju Syurga".




Alhamdulillah, diantara tetamu yang hadir khusuk mendengar ceramah ustaz. (YM Ungku Ibrahim, AB Wahab...semua dah pencen tapi tinggal sekitar Kapar)



Saya tak lepas peluang bergambar bersama Ust Kazim..satu kenangan Indah.


Mudah-mudahan kita dapat menjadi Hamba yang sentiasa ingat kepada Maha Pencipta. Ingatlah! Keutamaan menuntut ilmu sangatlah tinggi dan terlalu bernilai.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr: "Andaikata engkau berjalan kemudian engkau belajar satu bab dari ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersembahayang seratus rakaat"


Sekian Ampun Maaf

Saturday, October 23, 2010

KT102 REUNION 23-oct-2010

Gambar2 semasa kami Reunion di rumah YB Hj Zainal & hjh Norma.











Jumpa lagi. Ampun maaf.

KT102 REUNION AT KELANA JAYA



Alhamdulillah, Hari ini memang hari yang sangat bertuah dan akan diingati selalu kerana kami dipertemukan sekali lagi dalam majlis  reunion KT102 yang di adakan oleh sahabat yang sangat Baik dan Pemurah iaitu YB Hj Zainal dan isterinya Pn Hjh Norma di rumah beliau di Kelana Jaya.

Ada juga diantara kami yang tercari-cari rumah YB ni tetapi alhamdulillah semuanya selamat sampai. Kalau ingin bertanya mengenai rumah YB, landmarknya ialah Padang PKNS Kelana Jaya, bersebelahan dgn jalan masuk ke rumah YB.



YB Hj Zainal..sedang mengalu-alukan tetamu (macam tengah berucap aje...)

Kami sedang menunggu rakan2 sampai utk solat Zohor berjamaah.

Hj Kadri & Hj Ghazali........saya teringat masa sama-sama  dalam van bertalbiah ke Tanaeim



Solat Zohor berjamaah ...Hj Ghazali Sheikh Ibrahim menjadi Imam.



 Hj Roff, Hj !!!!! maaf lupa nama, saya & Hj Shukery @ Yeob rancak berbual...sambil makan.

Banyak menu disediakan oleh Hjh Norma....Nasi Putih,sambal tumis udang, Kari Ikan Masin, Pecal,"Ayam goreng Kelana Jaya",ulam-ulaman, "Mee Rebus spesel Kelana Jaya" tidak ketinggalan berbagai jenis cookies termasuk kacang special.



Bergambar bersama-sama sebelum pulang..sentimental aje semuanya.


Saya berdoa semoga persahabatan kami ini sentiasa dirahmati dan diberkati Allah Subhannahuwataala. Insyaallah.

Jazzakumullah khairan kathiran YB.

Sekian. Ampun Maaf.

Tuesday, October 5, 2010

BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA





Alhamdulillah, siri Kuliah tafsir di Balai Islam bersambung setelah berehat sempena Ramadhan & Syawal. Walau pun kehadiranku agak terlewat sedikit tetapi aku dapat catch-up apa yang Ustaz Abdullah Loutfy terangkan dari awal.

Berbuat Baik kepada Ibubapa - itulah tajuknya dan Keterangan ini merujuk kepada Firman Allah, Surah Al-Ahqaaf (46) ayat 15.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya Dengan menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta Dengan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa tiga puluh bulan. setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa Yang sempurna kekuatanNya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan mengenai tempoh mengandung dan menyusu bagi seseorang perempuan (Ibu) iaitu selama 30 bulan. Bagi mencari tempoh sebenar perempuan mengandung, kita merujuk kepada surah Loqman Ayat 14 dan Surah Al Baqarah,ayat 233 dimana diterangkan dengan jelas tempoh bagi penyusuan iaitu selama 2 haulin (2 tahun). Hasil drpd pengiraan matematik, tempoh minima bagi yg dinamakan "mengandung" sahaja ialah 6 bulan (hasil tolak 30 bulan - 24 bulan = 6 bulan).
Berbuat baiklah kepada ibubapa terutamanya ibu yang telah mengandung,menyusu dan berhadapan dengan segala macam kepayahaan dan dugaan sehinggalah anaknya besar. Menghormati,mentaati serta tidak melakukan sesuatu yg menyebabkan mereka sedih dan terasa hati adalah tanggungjawab seseorang anak yang utama.
Memetik kata2 Arwah teman saya, Abg Bakar dulu,"Jika kita tidak dapat menyenangkan mereka, JANGAN pula kita tambah susahnya pula".

Sampai umur 40 tahun, inilah tempoh matang yang sesuai bagi menjadi seorang Pemimpin. Sebagai pemimpin, haruslah bersedia menghadapi pelbagai situasi dan cubaan berbekalkan Ilmu dan asuhan sebelum ini, barulah mereka dapat menjalankan tugas2 untuk mengubah nasib kaum keluarganya atau masyarakat amnya.

Surah Ar-Ra'ad,46 ayat 11.Allah berfirman Mafhumnya:

......Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.


Mohon kepada Allah supaya merahmati dan memberi kebaikan kepada anak cucu kita. Justeru itu juga  berusahalah agar sentiasa mendapatkan keredaan kedua ibubapa dalam apa jua keputusan dan keadaan.
Sesungguhnya Bertaubatlah dan berserah diri kepada Allah agar mendapat kerahmatan dan perlindungannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ahqaf ayat 16 mafhumnya:

...mereka (yang bersifat Dengan sifat-sifat Yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang Yang Kami terima dari mereka amalnya Yang baik Yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (Mereka akan dimasukkan) Dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji Yang benar, Yang telah dijanjikan kepada mereka.

Sekian Ampun maaf. Wassallam.





PMR BERMULA...

"You can do it my Dear"

Hari ini bermulanya perjuangan Puteri ketigaku Hani Wajihah dalam peperiksaan PMR nya. Insyaallah dengan kesungguhan dan usaha yang telah 'adik' lakukan...Allah Maha melihat dan Mendengar akan keluhan dan permintaan Hambanya ini.


Ayah doakan moga adik tenang dan penuh yakin menghadapi peperiksaan ini. Hilangkan was-was dan perasaan yang tak menentu, terus kan menjawab dengan tepat  & betul.


"Ya Allah! Kurniakan kepada anakku Hani Wajihah kesihatah tubuh badan, ketenangan hati , kebijaksanaan dan daya ingatan yang baik untuk menghadapi PMRnya. Permudahkanlah Urusan peperiksaannya. Jauhilah ia daripada sifat cuai dan melakukan kesilapan, Jauhilah ia dari gejala sosial masa kini. Anugerahkanlah kepadanya Ya Allah, keputusan Yang Paling Cemerlang dalam PMRnya supaya dapat masuk SBP spt , KISAS , MRSM atau SBP yang Lain.

Ya Allah, KepadaMu jualah tempat kami bergantung harap . Tunduk dan mengharapkan keredaanMu Ya Allah." Ameen.



Sunday, September 26, 2010

JALAN-JALAN CARI ASAM PEDAS

Alhamdulillah, tergerak nak singgah Parit Jawa Muar . Dah lama tak merasa asam pedas sini. For sure, musim cuti ni...ramailah org2 luar yang singgah merasa Asam Pedas Parit Jawa. Pesan saya, sebelum sampai, set dalam kepala kita..."kalau lambat, kita tunggu, sabar sebab orang ramai". Petua ni untuk elak kita rasa frust dan lebih teruk lagi "naik angin".




Asam Pedas ikan Sembilang, Lokan goreng pedas....pehhhhhhhhhhh terangkat.


Anak-anak pun sama selera dgn ayahnya....



Lokan....fresh


dah solosai....licin licau




Semua puashati...

Sekian. Ampun Maaf. Wassallam




Saturday, September 25, 2010

PROGRAM SOLAT HAJAT & MOTIVASI SMPK KAPAR

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan kesempatan untuk saya , isteri dan puteri ke 3 ku Hani Wajihah menghadiri program solat hajat dan motivasi anjuran Panatia Islam SMKP Kapar. Progranm ini berlangsung di Masjid As Syariff Meru Klang Selangor.



Sememangnya program sebegini amat penting demi mencetuskan kesedaran kepada kita semua akan berharganya semua Anugerah Yang Maha Esa. Justeru harapan khalayak juga menjurus kepada mengharapkan pertolongan dari Allah untuk kejayaan anak-anak selepas melaksanakan berbagai usaha dan ikhtiar.

Selepas Solat Duha dan Solat hajat , ceramah motivasi telah diadakan. Tajuknya sangat menarik terutama kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan kelak iaitu "Anak Solehah Penyejuk Mata ".



Isi penting yang saya dapat catatkan diantaranya ialah:

1. Menyedari diri kita sebenarnya amat kecil berbanding dengan Allah Subhanahuwataala.
2. Tugas dan Tanggungjawab kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.
3. Tetapkan Matlamat  hidup kita serta jelas kearah mana pilihan kita.
4. Setiap perjalanan hidup perlu kekuatan..."Komitmen" .
5. Pentingnya menjaga kebersihan dalam kehidupan seharian.
6. Sentiasa berdoa dan meminta dari Allah.
7. Meminta Restu daripa Ibu bapa, guru, saudara mara, PENTING untuk kejayaan hidup.
8. Bertindaklah dengan cepat dan pantas.
Justeru gabungan ramuan-ramuan di atas, lahirlah insan yang diinginkan sepertimana laungan slogan :

‎'Saya Mukmin Kuat! dan Insyaallah, itu akan menjadi realiti.

Tahniah kepada Motivator En Mohd Hafiszi Othman yang telah memberikan persembahan yang menarik dan berkesan .


Sekian . Ampun Maaf

Sunday, September 19, 2010

Thursday, September 16, 2010

PERSEKUTUAN MALAYSIA - 16 SEPTEMBER 1963

"SELAMAT MENYAMBUT HARI PENUBUHAN MALAYSIA".




Foto  drp :keruak news.


Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak dan dikenali sebagai MALAYSIA.  Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia TETAPI menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei.

Marilah kita imbau kembali rentetan peristiwa yang berlaku selepas penubuhan Malaysia untuk kita jadikan Iktibar dan Panduan bagi rakyat keseluruhannya dalam menghadapi masa-masa mendatang yang penuh dengan cabaran dan ancaman serta rasa hasad khususnya dikalangan negara jiran.

  1. Cubaan Indonesia menakluk Malaysia
  2. Tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah.
  3. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia yang mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
Cabaran berbentuk propaganda dan ancaman sebegini mestilah kita tangani dengan sikap yang profesional berbekalkan akal fikiran yang waras serta semangat toleransi demi memberikan impak yang positif yang akhirnya akan disedari oleh mereka yang cemburu dan curiga dengan MALAYSIA.

Sebagai rakyat Malaysia, Jagalah negara kita ini dari anasir2 yang mengugat kestabilan politik serta benda2 yang menghakis persefahaman antara kaum yang sudah sekian lama dipeterai.

Akhirulkallam, DIRGAHAYU MALAYSIA..


Ampun Maaf.

Wassallam.
..


 

RENUNGANAN - IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA


Petikan dari Berita Harian online:

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek ada harta lebih RM100j


SOSILAWATI dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi

KUALA LUMPUR: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan.

Komen saya: Bila Manusia BERSELINDUNG disebalik Penampilan Diri , Pangkat dan Status yang dikagumi Masyarakat....manusia lupa kepada Yang Maha Pencipta dan status dirinya sebagai HAMBA lantas , meluap-luaplah sikap tamaknya sehingga terhapus sifat kemanusiaan yang ada pada dirinya.. Mereka bertuhankan kepada WANG atau HARTA semata-mata.  ...Nyawa orang lain sudah tidak bernilai lagi bagi mereka asalkan mereka mencapai hajat & cita-cita walaupun dengan jalan yang SALAH dan TIDAK DIREDAI.. 

Firman Allah:
Sesiapa Yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya Dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah Segala kemuliaan. kepada Allah lah naiknya Segala perkataan Yang baik (yang menegaskan iman dan Tauhid, untuk dimasukkan ke Dalam kira-kira balasan), dan amal Yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal Yang makbul - Yang memberi kemuliaan kepada Yang melakukannya). dan sebaliknya: orang-orang Yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa Yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Surah Faathir ayat 10)


Semuga ada manfaat.

Ampun Maaf. Wassallam.

Monday, September 13, 2010

APAKAH JENIS MANUSIA INI? -


Petikan daripada Utusan on line:





Dipukul, dibakar, dibuang.

KUALA LANGAT 12 Sept. – Polis hari ini mengesahkan empat daripada lapan suspek yang ditahan berhubung kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengaku memukul keempat-empat mangsa sehingga mati.

Malah, suspek terbabit turut mengaku telah menahan, membunuh dan membuang abu mayat kesemua mangsa ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Morib dekat sini.

 
INILAH YANG DIKATAKAN,,,,"Bila nafsu telah menjajah manusia & syaitan telah bertakhta dihati".
 
Ketamakan seseorang terhadap harta dan kedudukan akan merosakkan agamanya, dan kerosakan itu lebih besar daripada kebinasaan akibat kebuasan dua ekor serigala terhadap seekor biri-biri. Boleh jadi setara atau mungkin lebih besar kebinasaannya. Ini mengisyaratkan bahawa tidak akan selamat agama seseorang itu jika dia tamak terhadap kedudukan dan kemulian dunia, kecuali amat sedikit yang dapat selamat daripadanya. Sebagaimana halnya seekor biri-biri tidak akan selamat daripada kebuasan dua ekor serigala yang sedang lapar, kecuali amat sedikit peluang untuk selamat.
 
Apabila agama telah rosak...kehidupannya pasti menemui kehancuran. Tiada lagi nilai-nilai dan naluri kehidupan sebagai seorang insan melainkan diganti dengan nilai-nilai yang layak baginya untuk dipanggil sebagai seekor "HAIWAN".
 
Kepada keluarga mangsa-mangsa ini, saya doakan agar tabah menghadapi musibah ini kerana sesuatu itu didatangkan dengan hikmahnya dan termampu bagi mereka ini untuk menghadapinya, insyaallah.
 
Al Fatihah.

KAD RAYA PENGGANTI DIRI


Ucapan Selamat Hari Raya Dan Maaf Zahir Batin kepada Seluruh Muslimin & Muslimat Dimana Jua Berada.



Wassallam.

Saturday, September 11, 2010

MARI BERAYA , BATU PAHAT JOHOR 2010


kami beraya ke rumah Kak Anchom Mohd Noor, sepupuku sebelah abah. Emaknya Zalikha adalah satu-satunya adik perempuan abah dan tinggal bersamanya.

Tahun lepas singgah juga, tak jumpa tetapi alhamdulillah kali ni dapat berjumpa mereka semua. Ada Tapa, Ayong (kamaruzaman), Yan, Oget bersama keluarga masing-masing. Ghalat tak dapat jumpa Apai kerana katanya dia tak berapa sihat. Mudah-mudahan beroleh kesihatan & keafiatan hendaknya.

Yang ditengah berbaju hijau tu...kita panggil "Mak Encik"
 (nama sebenarnya Zalikha, Mak sedara saya sebelah abah)



Seronok berbual....Mustaffa @ Tapa memang pandai menghidupkan suasana. Thanks alot


Anakku Wajihah snap foto ni dengan mode nostaglia....Black & White.


Terima kasih kepada Kak Anchom kerana menghidangkan kami berbagai juadah dari jeruk buah2an , kueh mueh hingga yang paling spesel ...."Mee bandung". Berselera kami semua.

"SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN"


Sekian. Ampun Maaf.

Friday, September 10, 2010

EID FITRI - BERMAAF-MAAFAN


Sesungguhnya...hanya kemaafan yang dipohon.


Memohon keampunan dari ayahanda Hj Mohd Said Mohd Zain



Memohon kemaafan dari Bonda Hjh Siti Abdul Jalil


Aqeel....mohon maaf & janji tak nakal2 & dengar nasihat ayah ibu.



Gelagat Aqeel - Bila dah salam ibu...lupa pulak skrip ???

'SALAM SYAWAL, AMPUN MAAF".

SELAMAT HARI RAYA 2010M/1431H



1 SYAWAL 1431H- BATU PAHAT JOHOR


SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG MULIA
KAMI SEKELUARGA INGIN MEMOHON KEMAAFAN
DIATAS SEGALA SALAH & KHILAF, TERKASAR BAHASA ,
TERSINGGUNG PERASAAN , TINGKAH LAKU ATAU APA-APA JUA PERKARA YANG KURANG MENYENANGKAN TUAN/PUAN.
MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA
SENTIASA MENDAPAT KERAHMATAN DAN BARAKAH ILAHI,
 INSYAALLAH.


WASSALLAM. AMPUN MAAF

IKHLAS DARI KAMI:

MOHD HANIF MOHD SAID
ADIBAH MOHD ISHAK
HANI AFIFFA (Tiada dlm gambar)
HANI FAREHA
HANI WAJIHAH &
ZARIFF AQEEL

Thursday, September 9, 2010

BALIK KAMPUNG

Setiap kali menyambut Raya...Perkataan balik kampung tak lepas ditutur dari bibir ke bibir.

Semalam kami sekeluarga bertolak balik ke kampung di Batu Pahat Johor. Alhamdulillah ,perjalanan lancar dan yang penting ...kami selamat sampai sebelum solat asar. Alhamdulillah.

Yang paling seronok ...anakku Zariff Aqeel. Tak sabar-sabar nak jumpa Tok Bah & Tok Mak serta sepupu-sepupunya..Memang itulah hakikatnya seorang kanak-kanak. (agaknya aku pun begitu..dulu-dulu !!!!)


anak-anak...seorang diperantauan..

Rumah Kampung...

Tahun ini sambutan raya agak lain sedikit dari tahun-tahun lepas..... kerana anak sulongku Beraya di Perantauan. Semuga anakku Effa bergembira beraya bersama teman-teman di New Zealand. Salam sayang,salam lebaran dari ayah.ibu & adik adik serta keluarga di Johor dan Klang...Maaf Zahir Batin

Ampun maaf.



Friday, September 3, 2010

MAJLIS KHATAM AL QURAN - RAMADHAN 1431H


Foto sekitar majlis Khatam Al Quran & Penyampaian saguhati sempena Ramadhan 2010M / 1431H

Menunggu kehadiran  peserta-peserta.

Serius nampaknya Tn hj Zaid...


Saguhati untuk Al Hafiz Ust Ahmad Basri disampaikan oleh Tn Hj Rahim Bakar

Saguhati untuk Tn Hj Thajaruddin


Iftar selepas Khatam Al Quran


Bersedia untuk berbuka puasa...

Sekian Wassallam.