Wednesday, March 31, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN~LADANG TAMAR

     

Tadi tergerak nak makan kurma . Pergi dapor terus cari bekas simpan kurma (baki bawak balik dari Mekah). Alhamdulillah, masih ada sedikit lagi kurna Ajwa. kurma ni masih fresh...memang ada kelas tersendiri, makan baru tahu. 

Justeru itu juga teringat pengalaman semasa ziarah ke Ladang Kurma di Madinah. Berbagai-bagai jenis kurma spt Ajwa, Sapawi,Ambal dll yang ada di jual di sini. Malangnya hajat nak petik sendiri buah kurma tak tercapai kerana musim menuai telah berlalu...tinggal pokok saje.

Yang bestdi ladang kurma (kedai) , semuanya kita boleh rasa dulu sebelum beli atau tak jadi hal jika tak nak beli pun. Begitulah cara mereka berniaga. Syukur, pengunjung juga di jamu dengan air "teh O" percuma.

 

Gambar atas : Mengabdikan kenangan di Ladang Kurma bersama Isteri Tercinta..

Sekian sekadar berkongsi pengalaman, Ampun Maaf.

Wassallam.



Saturday, March 27, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - MESJID QUBA'


   

Jalan-Jalan Tambah Iman-Madinah Al Munawwarah.

Dalam sejarah Hijrah Rasulullah S.A.W bersama  Sahabatnya Saidina Abu Bakar RA dari Makkah ke Madinah, baginda telah berhenti dan menetap selama beberapa hari di sini lalu mendirikan sebuah Mesjid. Mesjid Quba ialah Mesjid pertama yang dibina di Madinah Al Munawwarah,terletak hanya beberapa kilometer ke selatan Madinah. 

Mengikut sejarahnya, Nabi SAW pernah menetap disana beberapa hari dan membangun sebuah Masjid yang dikenal sebagai Masjid Quba. Tindakan Nabi SAW ini adalah berdasarkan pada keta'atan kepada Allah SWT dan untuk mencari keredaan Allah SWT .

1. "Sesungguhnya Masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih."


2. Menurut maksud di dalam sebuah Hadits Riwayat At Tirmidzi, "melakukan shalat di dalam Masjid Quba Pahalanya menyamai dengan pahala melakukan Umrah"

Ya Allah! Aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan ku peluang sampai ke sini dan solat sunat di Mesjid Quba'  sesungguhnya aku memohon kehadratMu Ya Allah,berikan kami sekeluarga rezeki dan peluang untuk kami datang lagi menziarahi bumi bersejarah ini". Amin

Semuga mendapat manfaat darinya.Wallahuallam.

Ampun Maaf.


Sunday, March 21, 2010

Pengalaman di Mekah Al Haraam-Mesjid Al Jin


      

 MESJID AL-JIN:


Semasa menyertai aktiviti "Jalan-Jalan Tambah Iman" di sekitar Mesjidil Haram Mekah, saya berpeluang singgah menziarahi salah satu Mesjid yang di namakan Mesjid Jin. Sememangnya terdapat banyak mesjid-mesjid bersejarah di Kota Suci Mekah. Masjid "Al-Jin" berada berdekatan dengan jalan raya utama lebih kurang dua kilometer jaraknya dari Masjidil Haram. Masjid tersebut terkenal di kalangan Umat Islam kerena di sanalah dahulu Nabi Muhammad SAW pernah membaiat jin yang masuk Islam.

Saya mengambil peluang meninjau-ninjau di sekitar Mesjid Jin tetapi oleh kerana jadual yang telah di atur begitu rupa, tidak berkesempatan untuk solat sunat di situ.

Jika di lihat rekabentuk bangunannya , sangatlah menarik dan unik berkonsep moden dengan menampilkan sebuah menara tinggi . Masjid ini mempunyai tiga aras iaitu arah bawah bagi tempat berwuduk dan tandas, aras satu ialah dewan solat muslimin sementara aras dua sebagai dewan solat muslimat .

Dalam pemerhatian saya, kebanyakan jamaah yang berada di Mesjid Jin ini datangnya daripada dari Afganistan, Pakistan, Bangladesh, Turki, India dan Indonesia.

Sekian sekadar berkongsi sedikit pengalaman. Saya berdoa semuga diri saya di berikan oleh Allah Subhannahuwataala kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Marilah kita pesan-memesan kepada keluarga, Jiran2 ,teman sepejabat dan masyarakat untuk mengimarahkan Mesjid & Surau dengan sebaik-baiknya. Insyaallah

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda; “Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.

dan di dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda ;“Sesiapa yang membina sebuah masjid, Allah akan membuatkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Wallahhuaalam.

Ampun Maaf.




Saturday, March 20, 2010

Kuliah Subuh-Mastika Hadis



Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh Ybhg Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi Sahar. Seperti biasa beliau akan menyambung pelajaran menerusi Kitab Mastika Hadith Jilid II mengenai sunat-sunat Hai'aat di dalam solat. 

Salah satu perkara yang diterangkan ialah mengenai hukum mengangkat jari telunjuk semasa takhiyat awal dan takhiyat akhir iaitu tetakala menyebut "illallah".

Apakah rasionalnya perkara ini sepertimana yang diterangkan di dalam Hadis Rasullullah? Mari kita semak tentang kriteria iman seseorang. Pertama ia mesti dilafazkan dengan lisan di ikuti dengan keyakinan dihati dan akhirnya di terjemahkan dengan perbuatan. Perbuatan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan dengan keazaman, kefahaman dan keyakinan yang tinggi. Keazaman yang tinggi diperkuatkan dengan bahasa badan (contohnya, gerakan jari telunjuk) iaitu mengaku Allah Tuhan yang Esa dan layak disembah. Nah, inilah sebenarnya maksud kita mengangkat jari telunjuk ketika takhiyat.

Bertuahlah bagi sesiapa yang hadir kuliah tadi serta sesiapa saja yang singgah ke Blog saya ini ...sekurang-kurangnya dapat menambah kefahaman ilmu terhadap apa-apa yang kebiasaannya kita lakukan, bukan mengikut saja tanpa tahu tujuan atau dalilnya .

Insyaallah, semuga kita sentiasa di berikan Allah kefahaman Ilmu serta dapat menjalani ibadah Solat dengan Khusyuk & Sempurna. 

Ampun maaf

Wednesday, March 17, 2010

Kunjungan ke Saqifah Bani Saidah 1430H

    

Pengalaman di Madinah Al-Haram @ 09-Nov-2009:

Alhamdulillah, Hari ini program "Jalan-Jalan Tambah Iman" akan menuju ke Pasar Tamar. Di sepanjang perjalanan ini,kami akan melalui beberapa tempat-tempat bersejarah dan sungguh penting di dalam pmerintahan khalifah selepas Rasulullah. Pertama sekali kami dibawa melawat ke suatu tempat yang amat bersejarah di dalam perlantikan Khalifah yang pertama. Kami berjalan kaki beramai-ramai diketuai oleh Ybhg Ust Fauzi. Setibanya kami di situ, Ust Fauzi akan memberikan penjelasan & penerangan mengenai tempat ini  yang dikenali sebagai Saqifah Bani Saidah. Inilah satu-satunya tempat yang belum lagi terusik dengan pembangunan semula Madinah. Saya dapat merasakan sesuatu suasana yang sangat berbeza...Persekitaran yang menghijau, tenang lagi sejuk serta nyaman, Subhannallah. Terasa hati ini begitu sayu ...bertuahnya aku kerana dapat menjejakkan kaki di Bumi yang sungguh istimewa, di sinilah Khalifah pertama dipilih bagi meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sepertimana yang kita semua maklum, sememangnya Baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan seseorang dikalangan sahabat sebagai pengganti. Justeru itu berlaku perselisihan pendapat untuk memilih siapa yang akan menjadi pengganti. 

Apabila Rasulullah wafat, Orang Ansar mengadakan perjumpaan di Saqifah Bani Saidah dan melantik Saad b Abi Ubadah dari Suku Khazraj sebagai Khalifah.

Beberapa orang Muhajirin  termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar datang ke tempat itu setelah mengetahui  berita tersebut. Setelah berlaku beberapa perbincangan, kedua-dua belah pihak di kalangan Muhajirirn dan Ansar memberikan ucapan dan mencadangkan supaya mereka melantik sama ada Saidina Umar atau Abi Ubadah. Kedua-duanya membantah dan Saidina Umar mencadangkan dan berjabat tangan dengan Saidina Abu Bakar Assiddiq terus memberi Baiah dan janji setia. Dan di ikuti dengan orang ramai dan akhirnya mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah memerintah kerajaan Islam Madinah.

Wallahuallam. 

"Ya Allah, berikan ku peluang dan kemudahan untukku ke sini lagi. Amin"

Ampun maaf.


Sunday, March 7, 2010

Jemputan Kahwin @ Kondangan



Assallammualaikum wbrkth....
Alhamdulillah, hari ni kami sekeluarga berpeluang menghadiri 3 jemputan kahwin @ kondangan bermula pukul 12.00tgh. Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Tn Haji Mansor & Hajjah Normah (Kawan lama @ Jiran orang umah masa dulu) di Tmn Sri Kerayong Kapar, rumah kedua Rumah Tn Hj Mohamed Affandi & Hajjah Rusni (Tokeh Santan segar & Cili Boh di Pasar Awam Kapar) sementara rumah terakhir ialah rumah Tn Hj Mohamad Marzuki & Hajjah Kamariah di Sec 17 Shah Alam (rakan Jemaah KT102).

Disamping pengantin yang nampak berseri, semua Ibu Bapa pengantin juga berseri...menerima menantu masing-masing serta kunjungan saudara mara dan rakan taulan.

Rumah terakhir yang saya hadiri ialah rumah Tn Hj Mohamad Marzuki, yang merupakan sahabat saya semasa sama-sama menjadi Tetamu Allah 2009 lalu. Maaflah Hj, saya hanya mampu menjamah soto shj kerana "tangki dah penuh".
Walaupun begitu, saya sangat gembira dapat berjumpa dgn Tn Haji & Hajjah serta sahabat2 lain seperti Tn Hj Khalid- Sec.7, Tn Hj Alimuddin- Kg Raja Uda, Tn Hj Mislan - YDP MPK , teman drp Hulu Langat serta ramai lagi. Semuga sillaturrahim ini berkekalan, Insyaallah.
Masa balik tadi teringat kpd beberapa koleksi gambar2 bersama Tn Hj Muhamad , saya uploadkan disini sebagai kenang-kenangan.
NB: Kondangan tu !!!!! biar Tn Hj Muhamad yang jawab.
Sekian ,catitan hujung minggu. Ampun Maaf.
Wassallam.








Saturday, March 6, 2010

Maulidul Rasul Vs Sg Nile

Alhamdulillah, pagi tadi aku berpeluang mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Faudzi Sahar melalui kitab Mustika Hadith Jilid 2. Walaupun begitu kehadiran tidaklah semeriah seperti biasa, mungkin hujan lebat sebelum subuh ,membataskan kehadiran.

Hari ini, bersambung dengan perkara-perkara Sunat Haiyat di dalam Solat. Walaupun terdapat gangguan bekalan tenaga letrik kepada sistem pembesar suara dan lampu, ini tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan serta semangat Al Fadhil Ust Faudzi dalam menjalankan kuliahnya. Seribu kemaafan dari kami kepada Ustaz.

Dalam salah satu selingan, diceritakan tentang kejadian dimana Sungai Nile di Mesir pernah menjadi kering kontang. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah ini tetapi masih belum diizinkan oleh Allah Subhannahuwataala.

Pemerintah ketika itu menitahkan supaya diadakan sambutan Maulidul rasul secara besar-besaran sebagai salah satu usaha serta mengharapkan keredaan Allah. Dengan izin Allah , hujan turun dengan lebat sekali sehingga memenuhi Sungai nile yang menjadi nadi penduduk Mesir.

Begitulah....Fikirkanlah hubungan usaha sebegini yang tidak lain daripada memberi pengiktirafan tertinggi kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad S.a.W dengan limpahan rezeki yang Allah berikan. Subhannallah.

Sesungguhnya , benarlah " Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Wallahuallam.

Ampun Maaf.