Saturday, March 6, 2010

Maulidul Rasul Vs Sg Nile

Alhamdulillah, pagi tadi aku berpeluang mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz Faudzi Sahar melalui kitab Mustika Hadith Jilid 2. Walaupun begitu kehadiran tidaklah semeriah seperti biasa, mungkin hujan lebat sebelum subuh ,membataskan kehadiran.

Hari ini, bersambung dengan perkara-perkara Sunat Haiyat di dalam Solat. Walaupun terdapat gangguan bekalan tenaga letrik kepada sistem pembesar suara dan lampu, ini tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan serta semangat Al Fadhil Ust Faudzi dalam menjalankan kuliahnya. Seribu kemaafan dari kami kepada Ustaz.

Dalam salah satu selingan, diceritakan tentang kejadian dimana Sungai Nile di Mesir pernah menjadi kering kontang. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah ini tetapi masih belum diizinkan oleh Allah Subhannahuwataala.

Pemerintah ketika itu menitahkan supaya diadakan sambutan Maulidul rasul secara besar-besaran sebagai salah satu usaha serta mengharapkan keredaan Allah. Dengan izin Allah , hujan turun dengan lebat sekali sehingga memenuhi Sungai nile yang menjadi nadi penduduk Mesir.

Begitulah....Fikirkanlah hubungan usaha sebegini yang tidak lain daripada memberi pengiktirafan tertinggi kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad S.a.W dengan limpahan rezeki yang Allah berikan. Subhannallah.

Sesungguhnya , benarlah " Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Wallahuallam.

Ampun Maaf.

No comments:

Post a Comment