Wednesday, March 17, 2010

Kunjungan ke Saqifah Bani Saidah 1430H

    

Pengalaman di Madinah Al-Haram @ 09-Nov-2009:

Alhamdulillah, Hari ini program "Jalan-Jalan Tambah Iman" akan menuju ke Pasar Tamar. Di sepanjang perjalanan ini,kami akan melalui beberapa tempat-tempat bersejarah dan sungguh penting di dalam pmerintahan khalifah selepas Rasulullah. Pertama sekali kami dibawa melawat ke suatu tempat yang amat bersejarah di dalam perlantikan Khalifah yang pertama. Kami berjalan kaki beramai-ramai diketuai oleh Ybhg Ust Fauzi. Setibanya kami di situ, Ust Fauzi akan memberikan penjelasan & penerangan mengenai tempat ini  yang dikenali sebagai Saqifah Bani Saidah. Inilah satu-satunya tempat yang belum lagi terusik dengan pembangunan semula Madinah. Saya dapat merasakan sesuatu suasana yang sangat berbeza...Persekitaran yang menghijau, tenang lagi sejuk serta nyaman, Subhannallah. Terasa hati ini begitu sayu ...bertuahnya aku kerana dapat menjejakkan kaki di Bumi yang sungguh istimewa, di sinilah Khalifah pertama dipilih bagi meneruskan perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W.

Sepertimana yang kita semua maklum, sememangnya Baginda Rasulullah S.A.W tidak pernah menetapkan seseorang dikalangan sahabat sebagai pengganti. Justeru itu berlaku perselisihan pendapat untuk memilih siapa yang akan menjadi pengganti. 

Apabila Rasulullah wafat, Orang Ansar mengadakan perjumpaan di Saqifah Bani Saidah dan melantik Saad b Abi Ubadah dari Suku Khazraj sebagai Khalifah.

Beberapa orang Muhajirin  termasuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar datang ke tempat itu setelah mengetahui  berita tersebut. Setelah berlaku beberapa perbincangan, kedua-dua belah pihak di kalangan Muhajirirn dan Ansar memberikan ucapan dan mencadangkan supaya mereka melantik sama ada Saidina Umar atau Abi Ubadah. Kedua-duanya membantah dan Saidina Umar mencadangkan dan berjabat tangan dengan Saidina Abu Bakar Assiddiq terus memberi Baiah dan janji setia. Dan di ikuti dengan orang ramai dan akhirnya mereka bersetuju melantik Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah memerintah kerajaan Islam Madinah.

Wallahuallam. 

"Ya Allah, berikan ku peluang dan kemudahan untukku ke sini lagi. Amin"

Ampun maaf.


No comments:

Post a Comment