Sunday, March 21, 2010

Pengalaman di Mekah Al Haraam-Mesjid Al Jin


      

 MESJID AL-JIN:


Semasa menyertai aktiviti "Jalan-Jalan Tambah Iman" di sekitar Mesjidil Haram Mekah, saya berpeluang singgah menziarahi salah satu Mesjid yang di namakan Mesjid Jin. Sememangnya terdapat banyak mesjid-mesjid bersejarah di Kota Suci Mekah. Masjid "Al-Jin" berada berdekatan dengan jalan raya utama lebih kurang dua kilometer jaraknya dari Masjidil Haram. Masjid tersebut terkenal di kalangan Umat Islam kerena di sanalah dahulu Nabi Muhammad SAW pernah membaiat jin yang masuk Islam.

Saya mengambil peluang meninjau-ninjau di sekitar Mesjid Jin tetapi oleh kerana jadual yang telah di atur begitu rupa, tidak berkesempatan untuk solat sunat di situ.

Jika di lihat rekabentuk bangunannya , sangatlah menarik dan unik berkonsep moden dengan menampilkan sebuah menara tinggi . Masjid ini mempunyai tiga aras iaitu arah bawah bagi tempat berwuduk dan tandas, aras satu ialah dewan solat muslimin sementara aras dua sebagai dewan solat muslimat .

Dalam pemerhatian saya, kebanyakan jamaah yang berada di Mesjid Jin ini datangnya daripada dari Afganistan, Pakistan, Bangladesh, Turki, India dan Indonesia.

Sekian sekadar berkongsi sedikit pengalaman. Saya berdoa semuga diri saya di berikan oleh Allah Subhannahuwataala kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai Khalifah di muka bumi ini. Marilah kita pesan-memesan kepada keluarga, Jiran2 ,teman sepejabat dan masyarakat untuk mengimarahkan Mesjid & Surau dengan sebaik-baiknya. Insyaallah

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda; “Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.

dan di dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda ;“Sesiapa yang membina sebuah masjid, Allah akan membuatkan untuknya sebuah rumah di dalam syurga”.

Wallahhuaalam.

Ampun Maaf.




No comments:

Post a Comment