Saturday, March 20, 2010

Kuliah Subuh-Mastika Hadis



Alhamdulillah pagi tadi saya berpeluang mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh Ybhg Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauzi Sahar. Seperti biasa beliau akan menyambung pelajaran menerusi Kitab Mastika Hadith Jilid II mengenai sunat-sunat Hai'aat di dalam solat. 

Salah satu perkara yang diterangkan ialah mengenai hukum mengangkat jari telunjuk semasa takhiyat awal dan takhiyat akhir iaitu tetakala menyebut "illallah".

Apakah rasionalnya perkara ini sepertimana yang diterangkan di dalam Hadis Rasullullah? Mari kita semak tentang kriteria iman seseorang. Pertama ia mesti dilafazkan dengan lisan di ikuti dengan keyakinan dihati dan akhirnya di terjemahkan dengan perbuatan. Perbuatan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan dengan keazaman, kefahaman dan keyakinan yang tinggi. Keazaman yang tinggi diperkuatkan dengan bahasa badan (contohnya, gerakan jari telunjuk) iaitu mengaku Allah Tuhan yang Esa dan layak disembah. Nah, inilah sebenarnya maksud kita mengangkat jari telunjuk ketika takhiyat.

Bertuahlah bagi sesiapa yang hadir kuliah tadi serta sesiapa saja yang singgah ke Blog saya ini ...sekurang-kurangnya dapat menambah kefahaman ilmu terhadap apa-apa yang kebiasaannya kita lakukan, bukan mengikut saja tanpa tahu tujuan atau dalilnya .

Insyaallah, semuga kita sentiasa di berikan Allah kefahaman Ilmu serta dapat menjalani ibadah Solat dengan Khusyuk & Sempurna. 

Ampun maaf

No comments:

Post a Comment