Friday, June 8, 2012

Warkah Buat Bonda....

Jumaat 8 Jun 2012,


Pagi tadi buat panggilan kepada Bonda Siti yang berada di rumah Pak Usu Atoi di Skudai Johor. Kedengaran Bonda sedang membaca Al Quran. Mudah-mudahan Bonda berasa tenang serta Redha dan bersedia menghadapi ketentuan Ilahi.


Rupa-rupanya ,semalam bonda Ke JB dihantar oleh cucu-cucunya Mohd Azmim & Nadhirah. Terima kasih anak-anak sedaraku yang amat prihatin dan banyak membantu.







Sememangnya Bonda amat terasa kehilangan orang tersayang yang amat rapat  dalam hidupnya, bersama melakar susah senang,suka duka,cabaran dugaan dan pahit maung selama lebih 50 tahun


Allah telah mentakdirkan segala-galanya. Tinggallah Bonda sendirian menghadapi hari-hari mendatang.


Insyaallah, KAMI anak-anak Bonda akan sentiasa berada  bersama-sama Bonda, hanya Doa Dipanjatkan kehadrat Ilahi agar Bonda diberi kekuatan Iman & Takwa di saat mengharungi kesedihan ini.


Al fatihah Buat Almarhum Ayahanda Haji Mohd Said Haji Mohd Zain. Ameen.




Ampun Maaf.










No comments:

Post a Comment