Wednesday, June 30, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - SEKITAR MASJIDIL HARAM


Gambar Kenang-kenangan Musim haji 1430H/2009M



Dibelakang tu.. Hotel Dar Al Tawhed...(???? Bila agaknya berpeluang tinggal di sini ye?)


Isteri tak ketinggalan berposing berlatarbelakangkan Zam Zam Tower .


Bangunan dibelakang tu (sebelah kiri kepala saya )  ialah Rumah Pam & sistem Penyejukan Air Zam-Zam



Bergambar-bergambar juga, tapi topeng tetap kena pakai.

BULAN REJAB



BULAN REJAB


Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:


Ya Allah! Berikan daku nikmat kesihatan yang baik serta peluang untukku  merebut ganjaran anugerahMu , agar aku dapat berpuasa rejab & memperbanyakkan amal ibadah kepadaMu. AMIN

AMPUN MAAF. WASSALLAM.

Tuesday, June 29, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - WAKTU MALAM DI MASJIDIL HARAM II


Pemandangan waktu Malam yang sungguh Indah dan tenang


Merenung jauh......
" Ya Allah! Aku datang sebagai tetamuMu, Berilah aku Pertolongan dan Permudahkan segala Urusanku..AMIN "



Setiap ruang Dataran Kaabah sentiasa dipenuhi oleh para Jamaah.

Favourite sport lensa kameraku...Diantara Hijr Ismail, Multazam & Makam Ibrahim


Bergambar di dalam Masjidil Haram....tingkat 2.




Semuga mendapat Haji Yang Mabrur, Insyaallah.


Ampun Maaf. Wassallam.

Sunday, June 27, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - WAKTU MALAM DI MASJIDIL HARAM

Sesungguhnya pemandangan sebegini adalah sesuatu yang sangat indah dan akan sentiasa dikenang. Masih terbayang-bayang peristiwa tersebut hingga kini. Subhannallah

.......Posing sambil menunggu masuk Waktu solat Isyak.

.

...tiada kata-kata yang mampu ku ucap..Aku beryukur kepadaMu Ya Allah.


..pemandangan kawasan sa'ie bersebelah pintu keluar di Marwah.


... didalam kawasan sa'ie dari Pintu Marwah menuju ke dewan solat Masjidil Haram.


Ampun Maaf. Wassallam.

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - TAWAF DI BAITULLAHILHARRAM





ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR.

Sebelum memulakan Tawaf ( sebelum melewati Hajar Aswad ) dianjurkan kita membaca doa ini:

"Dengan Nama Allah dan Allah Maha Besar. Ya Allah! hambamu melakukan ini adalah kerana keimanan kepadaMu, Membenarkan Kitab SuciMu, Memenuhi janjiMu dan Mengikuti Sunnah NabiMu iaitu Nabi Muhamad SAW"


Sejurus selesai Tawaf, dianjurkan pula kita berdoa seperti ini:

" Ya Tuhan yang menguasai Baitullah, merdekakan leher Hamba dari seksaan neraka. Ya Allah, Inilah tempat bagi seseorang yang memohonkan perlindungan daripadaMu dari seksa neraka "


Semuga Ibadah kita diterima oleh Allah Subhannahuwataala, Insyaallah.

Ampun Maaf. Wassallam.


JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - MENZIARAHI HOTEL TH MAKTAB 85 MEKAH



Alhamdulillah,sewaktu ada kelapangan masa serta ditambah dengan keadaan tubuh badan yang sihat,saya gemar keluar menziarahi jamaah malaysia yang tinggal berhampiran dengan Hotel NESMA MAWADDAH.

Ziarah ini sekurang-kurangnya akan menemukan saya dengan sanak saudara dan rakan2 Jamaah haji dari Malaysia yang datang sebagai Tetamu Allah. Disamping itu biasanya Maktab Tabung Haji dilengkapi dengan Klinik TH serta Kaunter TH untuk urusan perubatan dan pengeluaran wang.

Kemudahan ini merupakan perkara yang paling penting semasa Jamaah berada di Mekah ataupun di Madinah

Semasa melangkah ke tangga berhampiran pintu masuk Maktab 85, saya tertarik dengan pelbagai poster yang diletakkan di dinding. Ini adalah Amalan 5S yang telah dipraktikkan disini. Menarik serta berguna sebagai Panduan bagi Jamaah.



Disamping itu, terdapat juga "bunting" i-Talk yang memberi panduan cara-cara membuat panggilan ke Malaysia.





Kesemuanya ini merupakan hadiah kepada semua Jamaah Haji hasil daripada pengalaman , kajian serta usaha gigih saban tahun  oleh pihak tabung haji bagi memberikan sesuatu yang terbaik kepada Jamaah Haji Malaysia.

Semuga usaha-usaha sebegini akan berterusan. Syabas & Terima Kasih

Ampun maaf. Wassallam.


Friday, June 25, 2010

SEKADAR RENUNGAN....


MENGHADAPI MUSIBAH DENGAN SEBAIKNYA;


 
"dan apa jua Yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa Yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan Yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"- Asy Syuura ayat 30..




Seringkali kita menerima pelbagai dugaan serta musibah melalui berbagai bentuk atau catra.Tetapi tahukah kita selain dari ianya sebagai ujian dari Allah, Musibah itu adalah merupakah peluang bagi Hambanya untuk melakukan amal kebaikan serta mendapatkan  ganjaran Pahala.



Sebenar Allah sangat rindu kepada Hambanya dan oleh sebab itu di datangkan musibah supaya hambanya sentiasa bermuhasabah dan mendekatkan dirinya kepada Allah serta sentiasa tunduk dan mengharapkan perlindungan & keredaan dari yang Maha Esa.

Berusahalah untuk memperbaiki kekurangan diri serta bertaubatlah diatas segala kesalahan mudah-mudahan kita termasuk dari orang-orang yang beroleh kerahmatan dan Perlindungan Allah ,Insyaallah.


Ampun Maaf.Wassallam.

KLUANG OH KLUANG..


Stesen Kluang buka premis niaga 24 jam .

KLUANG: Buat julung kalinya, kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi hampir 72 tahun lalu di Stesen Kereta Api Kluang, di sini, serta terkenal dengan keenakan kopi dan roti bakar, bakal beroperasi selama 24 jam pada Sabtu ini.

Ia untuk meraikan kehadiran orang ramai serta kedatangan rombongan kereta api Diraja sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 ke stesen milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkenaan.


KLUANG:
Cerita pasal Kluang, suatu ketika dulu  kami sekeluarga pernah menginap di sana. Bandarnya simple tetapi banyak tempat2 yang "happening" .Kalau sebut saja "KLUANG STATION" terbayanglah roti bakar dan kopi 'O' nya. memang istimewa terutama kepada pelanggan tetap. Lokasinya di Stesen keretapi kluang.


Aqeel didepan bangunan stesen keretapi Kluang.


Kluang rail coffee, semasa kami sampai, kedai sedang diubahsuai...cat baru.


Taklah kempunan...rupanya ada satu lagi cawangannya.
Mujurlah terjumpa anak taukehnya yang mengajak kami ke kedai barunya..Penuh dengan pelanggan.

Bertuahlah Kluang kerana tak berapa hari lagi Sejarah akan tercipta dimana Keretapi yang akan dipandu sendiri oleh Baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan singgah ke stesen ini dan bertemu dengan rakyat  setempat.

Ampun Maaf. wassallam.





Thursday, June 24, 2010

BERITA BAIK BUAT JAMAAH....


MAKKAH METRO TO SERVE PILGRIMS THIS HAJ


Makkah railway to reduce traffic congestions, especially on the day of Arafat, to a large extent. (AN photo)

Petikan berita dari Arab News.com :

MAKKAH: The first phase of the Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro (Makkah Metro) project is expected to be completed before this year’s Haj, the Saudi Railway Organization (SRO) said on Thursday.


SRO President Abdul Aziz Al-Hoqail said this will enable Haj pilgrims to use 35 percent of train service. The first phase will connect the holy sites of Arafat, Muzdalifah and Mina. This will reduce the traffic congestion, specially on the day of Arafat, to a large extent.

“While the entire project will be completed before the Haj season next year, the finishing of the first phase would mean that 35 percent of our services will be offered to the pilgrims this year itself,” Hoqail said.

This would mean that more than 50,000 cars and buses that carry pilgrims between Arafat, Muzdalifah and Mina would no longer be required.

Work on the project began two years ago in the southern parts of the holy sites where majority of pilgrims from Saudi Arabia as well as Gulf countries are traditionally accommodated.

Hoqail said that with the metro system in place, pilgrims will have to walk no more than 300 meters to reach any one of the three boarding stations in Arafat. Muzdalifah will also have three stations. The first station in Mina is close to Muzdalifah, the second in the center and the third close to the fourth floor of the Jamrat Bridge.
The rail is constructed parallel to the pedestrian road so that pilgrim tents in Mina are not disturbed.

Also called the Makkah Metro, the project was originally planned to be a monorail, but was changed to a conventional steel-wheel, steel-rail design running on a viaduct. The entire train system, including stations, will be elevated and pilgrims will have access to escalators and staircases to reach it.


SYUKUR ALHAMDULILLAH...tentunya kelak ia akan menjadi sesuatu yang memberi  kemudahan , keselesaan dan manfaat untuk semua Jamaah Haji.

Wassallam.

Wednesday, June 23, 2010

RENUNGAN BERSAMA


Kata-kata Hikmah yang sempat saya catatkan semasa mengikuti Kuliah Al Fadhil Ustaz Abdullah Loutfy, berkisar dengan 5 Ayat Pertama Surah Al Baqarah. Ayat2 ini menerangkan tentang Ahli-ahli Syurga.


"MUJAHADDAH ITU PAHIT KERANA SESUNGGUHNYA SYURGA ITU MANIS"




Sebenar-benar harta kita ialah 3 perkara:

1. Apa yang kita beli dan makan.

2. Apa yang kita beli dan pakai .

3. Apa yang kita ada dan di sedekahkan.

Selain daripada itu...Harta itu akan pergi kepada orang lain.


Wallahhuallam. Ampun Maaf.

Wassallam.

Monday, June 21, 2010

MARILAH BERSATU...

Baru saja kita digemparkan dengan tindakan Regim Israel menyerang kapal-kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.



Gambar diambil drp: telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast


Mereka seakan tidak takut kepada undang-undang dan tekanan antarabangsa serta tindakan dunia amnya.

Kenapa mereka tidak takut ? Adakah kerana mereka ada senjata yang canggih serta sokongan yang kuat dari Amerika dan lain-lain negara barat ?

Tidak! Bukan! Itu hanya perkara kedua...Mereka tidak takut kerana mereka tahu kelemahan umat islam serta ketidakjituan Ukhwan dikalangan negara-negara islam.

Habis, apa yang mereka takut?.........Saya pernah mendengar satu ceramah mengenai kekhuatiran Israel kepada umat islam.Diantaranya ialah;

Pertama, mereka takut kepada kekuatan Umat Islam yang BERIMAN DAN RELA BERJIHAD
Keduanya, mereka takut dengan keadaan ,andainya bilangan Umat Islam yang datang Solat Suboh berjamaah melebihi bilangan yang hadir solat Jumaat.

Baiklah.....Sama ada, KITA ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, kita semua mesti mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman UMAT ISLAM pada keseluruhannya.

Ampun maaf. Wassallam


TANGGUNGJAWAB KEATAS ORANG LAIN



Semalam singgah solat zuhor di masjid Sabak Bernam. Letaknya strategik sekali ditambah dengan keindahan kawasan sekitarnya. Terdapat pelbagai papan tanda sebagai panduan mahupun peringatan kepada jamaah yang ada.


Salah satu papantanda yang mencuit sanubariku....


"SEKECIL MANA IBADAH ZAKAT ANDA,
SUDAH MEMADAI UNTUK MEREKA BERLINDUNG....."


Semuga Allah memberikan ku kekuatan Iman dan Rezeki serta kesedaran untuk menjalankan kewajipan dan Tuntutan ibadah demi kemakmuran umat Islam, Insyaallah.


Ampun Maaf. Wassallam

ANGAH KE PSIS

Semalam 20-Jun-2010 adalah Hari bapa dan juga hari Puteri keduaku Hani fareha @Angah mendaftar ke Politeknik Sabak Bernam.Segalanya berjalan lancar dari awal hinggalah bersurai.


Dari jauh dah kelihatan Tangki Air...sumber keperluan yang sangat mustahak dalam asrama.



Salah sebuah Tasik yang ada....Cantik permandangannya



Atuk dan nenek turut sama menghantar Angah....beri semangat untuk cucu-cucu



Wahhh...Ibunya posing di depan Department of Hospitality & Tourism



Ayah, Ibu & Aqeel bergambar bersama Angah dengan Pakaian Minggu suai kenal



Blok B1...disinilah Angah tinggal



Dah 6 bulan Angan di rumah, kini masanya Angah berpisah buat sementara demi masa depannya. Good bye... Have a nice stay @ PSIS and do your best on your study. Insyaallah dengan usaha dan keazaman, Angah akan dapat mengejar apa yang di cita-citakan selama ini.

Ayah dan Ibu akan sentiasa berdoa agar Angah diberikan Allah Nikmat kesihatan yang baik, kekuatan akal fikiran, semangat, kecekalan menempuh pelajaran dan persaingan serta mohon dijauhi dari segala musibah dan godaan syaitan yang dilaknat.Amin

Pesan Ayah! Sentiasa Ingat Allah dan Jaga Solat. 


Ampun Maaf. Wassallam.










Saturday, June 19, 2010

PDRM INSPECTOR WEDDING REHERSAL

Dah lama tak tengok secara live acara perkahwinan pegawai samada dari PDRM atau ATM. Kekadang seronok pula melihat pelbagai formation yang sering dijalankan.


Tengahari tadi dapat peluang melihat rehersal ini......






Tapi sayang......tak sempat melihat acara sebenar kerana kesuntukan masa.

Kami doakan semuga Ikatan Perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat, Insyaallah.

Ampun Maaf. Wassallam.


AQEEL 8 TAHUN


18-JUN-2010, Aqeel genap 8 Tahun...besar dah putera ku. Walaupun kekadang rajuknya macam bebudak kecil. Seperti biasa, ada satu permintaan nya yang biasa iaitu apa lagi nak kek coklat....Secret recepie lagi.


Tanda sayang kami kepada Aqeel....Happy Birthday


Birthday cake untuk Aqeel

Aqeel dengan aksinya...potonglahhhhhhhhhh

lepasni nak makan berapa potong???

Ayah,Ibu ,Ayong,Angah dan Adik ucapkan Selamat Hari Jadi semuga jadi Anak yang Soleh Insyaallah.

Janji tau...mesti rajin belajar dan mengaji.


Wassallam.

Thursday, June 17, 2010

Hanya Untuk Sesuap nasi...

Kita tentunya biasa melihat menara penghantaran elektrik ini. Tahukah kita bagaimana ianya dipasang? Siapa pula yang bekerja memasangnya? Apakah pekerjaan ini selamat? Kontraktor mana yang Mampu dan berkebolehan dalam kerja ini?



Transmission tower



Lihatlah pemandangan begini. mampukah kita bekerja seperti mereka? Hanya kerana sesuap nasi , mereka lupakan segala bahaya, kesusahan dan natijah yang mungkin menimpa.





Bersyukurlah..mereka juga menyumbang kepada keharmonian dan keselesaan kehidupan kita seharian.

"SAFETY FIRST"

AKU ANAK ABAH III

Alhamdulillah, Abah semakin cergas dan ceria tambahan pula ramai  anak-anaknya & cucu-cucunya yang balik ke kampung. Semacam suntikan semangat baginya.

Hampir 20 hari abah tak sihat. Kerisauan kami hanya Allah yang mengetahuinya. Mujurlah ada Emak disisinya yang sentiasa membantu dan mengelolanya.

Masa aku & keluarga baru tiba ,kami terus mencari Abah bersalaman  termasuklah anak bujangku Aqeel. Suatu kenyataan dari aqeel yang dikira "observing" ialah "Eh, Tok bah dah ada Janggut dan Misailah" lainlah muka Tok bah katanya...

Memang Abah tak biasa berjanggut & bermisai tetapi oleh kerana kesihatannya begitu, dibiarkan saja tidak berbela.



Keesokan harinya aku nampak abah bercukur...aku terus mendapatkan Abah untuk membantunya bercukur. Inilah saat paling manis bagiku kerana dapat peluang berkhidmat kepada Abah. Alhamdulillah, tugasku selesai.

Maaf Abah,inilah khidmat yang mampu hanif lakukan bagi membantu Abah.

Ampun Maaf . Wassallam