Tuesday, June 8, 2010

AKU ANAK ABAH

28-05-2010~Balik dari kerja...Tetibe dapat call dari Scha @ anak sedara di BP. Nadanya macam ada yang tak kena ni. Return call dan bercakap dengan emak...Betullah sangkaanku..Subhannallah, rupa2nya Abah tak sihat.

Kali terakhir jumpa Abah ialah december lalu sekembaliku dari Mekah, Masa tu,Abah sihat Cuma kakinya sedikit lemah.

Insyaallah, esok pagi aku akan usahakan untuk pulang. Abah !Maafkan Hanif kerana baru hari ini dapat berita tentang keadaan kesihatan abah.

Mengimbas kembali waktu kami adik beradik masih kecil dan bersekolah, Abah banyak berkorban untuk kami. Abah bijak mengurus masalah serta menangani stress. Tenaga & tulang empat keratnya diperah untuk membesarkan kami...Emak juga seiring mencari rezeki tambahan demi keluarga.

Abah memang cekal & tabah serta penyayang. Abah tak pernah marah tanpa sebab...memukulku jauh sekali. Abah ada style tersendiri...Cukup dengan body language nya sahaja mampu membuatku gabra.

Abah mampu melakukan pelbagai usaha demi kami. Rasanya, Abah menyimpan impian untuk melihat anak-anak berjaya menjadi insan berguna yang soleh dan solehah. Cita-citanya tinggi untuk menyaksikan zuriatnya menjadi pewaris yang memimpin dunia ke mercu kehidupan yang diredai Allah.

Terima kasih Abah....Kami mendoakan semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan serta rezeki yang berpanjangan kepada Abah agar kehidupan bersama Emak di Berkati dan dilindungi Allah sepanjang masa. Kini bukan masanya untuk Abah "memugal & menabur benih" tetapinya masanya untuk abah merasai hasil tuaiannya walaupun kadangkala tidaklah semewah mana.Syukur Alhamdulillah.

Insyaallah, kami semua mendoakan semuga Allah mengampunkan segala dosa Abah dan merahmatiMu sentiasa.

“Ya Allah, Terimalah Segala Amalan Kebaikan Bapa Kami, Rahmatilah Dia , Limpahilah Dia dengan Kasih sayangMu. Ya Allah Berkatilah kehidupannya, kurniakanlah kepadanya Kesihatan yang baik Serta murahkan Rezekinya. Pelihara dan Lindungilah dia Ya Allah . Amin.

Pesanan untuk diriku dan anak2 Abah:

1. Jika kita tidak mampu memberikan kesenangan kepada Ayah & Ibu...Janganlah kita tambahkan kesusahan mereka.

2. Jika kita tidak mampu memberikan keceriaan kepada Ayah & Ibu...Janganlah kita tambahkan kedukaan mereka.

3. Jika kita tidak mampu memberikan sesuatu kepada Ayah & Ibu...Berdoalah untuk mereka.


Wallahuallam. Ampun Maaf






 

No comments:

Post a Comment