Friday, June 25, 2010

KLUANG OH KLUANG..


Stesen Kluang buka premis niaga 24 jam .

KLUANG: Buat julung kalinya, kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi hampir 72 tahun lalu di Stesen Kereta Api Kluang, di sini, serta terkenal dengan keenakan kopi dan roti bakar, bakal beroperasi selama 24 jam pada Sabtu ini.

Ia untuk meraikan kehadiran orang ramai serta kedatangan rombongan kereta api Diraja sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 ke stesen milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkenaan.


KLUANG:
Cerita pasal Kluang, suatu ketika dulu  kami sekeluarga pernah menginap di sana. Bandarnya simple tetapi banyak tempat2 yang "happening" .Kalau sebut saja "KLUANG STATION" terbayanglah roti bakar dan kopi 'O' nya. memang istimewa terutama kepada pelanggan tetap. Lokasinya di Stesen keretapi kluang.


Aqeel didepan bangunan stesen keretapi Kluang.


Kluang rail coffee, semasa kami sampai, kedai sedang diubahsuai...cat baru.


Taklah kempunan...rupanya ada satu lagi cawangannya.
Mujurlah terjumpa anak taukehnya yang mengajak kami ke kedai barunya..Penuh dengan pelanggan.

Bertuahlah Kluang kerana tak berapa hari lagi Sejarah akan tercipta dimana Keretapi yang akan dipandu sendiri oleh Baginda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan singgah ke stesen ini dan bertemu dengan rakyat  setempat.

Ampun Maaf. wassallam.





No comments:

Post a Comment