Thursday, June 17, 2010

AKU ANAK ABAH III

Alhamdulillah, Abah semakin cergas dan ceria tambahan pula ramai  anak-anaknya & cucu-cucunya yang balik ke kampung. Semacam suntikan semangat baginya.

Hampir 20 hari abah tak sihat. Kerisauan kami hanya Allah yang mengetahuinya. Mujurlah ada Emak disisinya yang sentiasa membantu dan mengelolanya.

Masa aku & keluarga baru tiba ,kami terus mencari Abah bersalaman  termasuklah anak bujangku Aqeel. Suatu kenyataan dari aqeel yang dikira "observing" ialah "Eh, Tok bah dah ada Janggut dan Misailah" lainlah muka Tok bah katanya...

Memang Abah tak biasa berjanggut & bermisai tetapi oleh kerana kesihatannya begitu, dibiarkan saja tidak berbela.



Keesokan harinya aku nampak abah bercukur...aku terus mendapatkan Abah untuk membantunya bercukur. Inilah saat paling manis bagiku kerana dapat peluang berkhidmat kepada Abah. Alhamdulillah, tugasku selesai.

Maaf Abah,inilah khidmat yang mampu hanif lakukan bagi membantu Abah.

Ampun Maaf . Wassallam

No comments:

Post a Comment