Tuesday, June 8, 2010

AKU ANAK ABAH II

29-05-2010~ Alhamdulillah, adik2 ku Nana, Roza & suaminya Anwar,  & Atoi & isterinya Gee dapat balik ke kampung menjengok Abah. Abg Zober terpaksa ke Cyberjaya menghantar puterinya Scha yang akan memulakan kariernya isnin nanti. Pagi ni kamidah berpakat serta cadang nak bawak abah buat pemeriksaan di Hospital. Malam tadi dah minta emak beritahu Abah perkara ini. Alhamdulillah, Abah setuju.

Sampai di GH Batu Pahat, terus ke Wad kecemasan unuk daftar dan En HA terus buat pemeriksaan awal serta sedikit soal selidik...prosidur biasa.

Doktor minta sampel air kencing dan ambil sampel darah Abah untuk analisa. Sementara itu doktor beritahu abah kena "drip" untuk selama ~ 3 jam kerana kurang air dalam badan serta akan diletakkan di wad Pemerhatian. Almaklumlah dah beberapa hari tiada selera makan dan kalau pun minum, sekadar membasah tekak sahaja.

Urusan di Hospital berjalan lancar , sebelum ke wad, abah duduk menunggu dikerusi roda di depan bilik pemeriksaan berseorangan kerana katil belum "ready"  kata  kakak nurse.. Agak lama juga di situ, Abah sejuk lalu emak ambilkan selimut buat abah . Kesian tengok Abah "merekot" kesejukan. Adikku masuk menanyakan hal Abah dan selepas beberapa kali barulah Abah dibawa ke katil di Wad pemerhatian.

L.kurang pukul 2.45ptg, Doktor datang & memberitahu keputusan analisa darah & air kencing. Alhamdulillah, everything was OK except kencingnya kotor sedikit.

Abah dibenarkan balik dengan dibekalkan ubat2 serta vitamin untukmenambahkan tenaga.

Insyaallah, semuga Abah cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment