Monday, June 21, 2010

MARILAH BERSATU...

Baru saja kita digemparkan dengan tindakan Regim Israel menyerang kapal-kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.



Gambar diambil drp: telegraph.co.uk/news/worldnews/middleeast


Mereka seakan tidak takut kepada undang-undang dan tekanan antarabangsa serta tindakan dunia amnya.

Kenapa mereka tidak takut ? Adakah kerana mereka ada senjata yang canggih serta sokongan yang kuat dari Amerika dan lain-lain negara barat ?

Tidak! Bukan! Itu hanya perkara kedua...Mereka tidak takut kerana mereka tahu kelemahan umat islam serta ketidakjituan Ukhwan dikalangan negara-negara islam.

Habis, apa yang mereka takut?.........Saya pernah mendengar satu ceramah mengenai kekhuatiran Israel kepada umat islam.Diantaranya ialah;

Pertama, mereka takut kepada kekuatan Umat Islam yang BERIMAN DAN RELA BERJIHAD
Keduanya, mereka takut dengan keadaan ,andainya bilangan Umat Islam yang datang Solat Suboh berjamaah melebihi bilangan yang hadir solat Jumaat.

Baiklah.....Sama ada, KITA ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, kita semua mesti mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman UMAT ISLAM pada keseluruhannya.

Ampun maaf. Wassallam


No comments:

Post a Comment