Sunday, June 27, 2010

JALAN-JALAN TAMBAH IMAN - MENZIARAHI HOTEL TH MAKTAB 85 MEKAH



Alhamdulillah,sewaktu ada kelapangan masa serta ditambah dengan keadaan tubuh badan yang sihat,saya gemar keluar menziarahi jamaah malaysia yang tinggal berhampiran dengan Hotel NESMA MAWADDAH.

Ziarah ini sekurang-kurangnya akan menemukan saya dengan sanak saudara dan rakan2 Jamaah haji dari Malaysia yang datang sebagai Tetamu Allah. Disamping itu biasanya Maktab Tabung Haji dilengkapi dengan Klinik TH serta Kaunter TH untuk urusan perubatan dan pengeluaran wang.

Kemudahan ini merupakan perkara yang paling penting semasa Jamaah berada di Mekah ataupun di Madinah

Semasa melangkah ke tangga berhampiran pintu masuk Maktab 85, saya tertarik dengan pelbagai poster yang diletakkan di dinding. Ini adalah Amalan 5S yang telah dipraktikkan disini. Menarik serta berguna sebagai Panduan bagi Jamaah.



Disamping itu, terdapat juga "bunting" i-Talk yang memberi panduan cara-cara membuat panggilan ke Malaysia.





Kesemuanya ini merupakan hadiah kepada semua Jamaah Haji hasil daripada pengalaman , kajian serta usaha gigih saban tahun  oleh pihak tabung haji bagi memberikan sesuatu yang terbaik kepada Jamaah Haji Malaysia.

Semuga usaha-usaha sebegini akan berterusan. Syabas & Terima Kasih

Ampun maaf. Wassallam.


No comments:

Post a Comment