Monday, June 14, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH




Jumaat 11-06-2010, kami lima beranak pulang ke Johor. Tujuan utamanya ialah menjengok Abah & emak serta secara kebetulan Cica nak bertunang.Alhamdulillah perjalanan pulang lancar, tengahari kami sampai di Air Hitam. Memandangkan baru pukul 1.00 tgh, sempatlah aku dan Aqeel bersolat jumaat di Masjid pekan Air Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke kampung.

Sampai saja di kampung, dah kelihatan "Puteri Gunung ledang" hitam...PGLtu  plet no kereta adikku Nana.Dia baru aje sampai semalam dari Arau Perlis bersama keluarganya.

Sampai saja , aku terus mencari Abah yang rupanya ketika itu sedang menjamah hidangan di dapor..emak sedang suapkan abah . Wajah Abah nampak  lebih segar dan semakin bersemangat  jika dibandingkan minggu2 sudah. Syukur kepada Allah yang memberikan nikmatnya ini.

Sepanjang keuzuran Abah, Abang Zober & kak Mim banyak membantu dan mereka sekeluarga sanggup menjaga Abah di rumah mereka.Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan mereka. Tak lupa kepada rakan-rakan karib Emak serta jiran2 yang sentiasa mengambil berat serta tak putus putus menziarahi Abah serta sering menalipon bertanya khabar.

Sesungguh aku sedar walaupun aku anak mereka tetapi aku berada jauh...sedangkan jiran & teman2 emak/abah  adalah sebenarnya saudara terdekat yang sangat ku harapkan. Terima kasih semua.Semuga Allah memberikan mereka semua keberkatan dan rezeki diatas segala amal baik mereka, Insyaallah.

"Ya Allah! Berkatilah dan Rahmatilah kami dalam kehidupan ini" Amin

No comments:

Post a Comment